Rumah > Akidah, Fikrah, GPK, Jemaah, Semasa, siasah > JAWAPAN BUAT PEJUANG ‘ISLAM GPK’

JAWAPAN BUAT PEJUANG ‘ISLAM GPK’

Baru – baru ini, saya diasak dengan soalan – soalan daripada pihak GPK, katanya saya ini seolah – olah sibuk nak menjatuhkan mereka, bukan mahu berjuang meninggikan Islam seperti mereka. Salah satunya adalah seperti berikut:

http://mqayyum.wordpress.com/2009/08/27/kalimah-kalimah-al-quran-bukan-terjemah-guna-kamus-arab-melayu/#comment-35

Seolah – olah merekalah yang bersusah payah mahu menegakkan kedaulatan Islam di Tanah Air Malaysia ini. Berikut adalah jawapan saya.

Baiklah, saya terangkan macam ini.

Saya TIDAK MENOLAK PERJUANGAN ISLAM. Bahkan, saya salah seorang ahli HARAKAH ISLAMIAH yang terkemuka di Malaysia. Sebaris dengan JAMAAH – JAMAAH ISLAM yang lain di Malaysia seperti ABIM, JIM, HALUAN dan pelbagai lagi. Kami bergerak dalam jemaah dengan TANZIM (ORGANISASI) YANG KUKUH dengan pimpinan ulama’ BERPANDUKAN AL QURAN DAN SUNNAH dengan MATLAMAT MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH DI MUKA BUMI (MEMBANGUNKAN SISTEM KHALIFAH). Kami daripada rumpun yang sama dengan Jemaah Ikhwanul Muslimin di Mesir, HAMAS di Palestin, PLO di Turki, PKS di Indonesia dan lain – lain jemaah Ikhwan di seluruh negara Islam yang bercita – cita untuk sama – sama menegakkan Daulah Islamiyyah di tempat masing – masing dengan menentang kerajaan toghut dan kemudian bersama – sama menegakkan sistem Khalifah Islam.

Penentangan saya kepada GPK adalah kerana GPK menyebarkan ajaran akidah palsu. Iaitu HUDAN-BAINAT-FURQAN (HBF). Sedangkan HBF itu bukanlah satu SUNNAH ar-Rasul SAW. Tiada sirah yang menunjukkan bagaimana Rasulullah SAW mentafsirkan al-Quran dengan kaedah tersebut. Benar dalam al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 185 yang bertejemahan;

“…bulan Ramadan Yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah…”

Tetapi anda semua terikut dengan tafsiran seleweng golongan MUJASSIMAH. Tidak beriman dengan perkara ghaib seperti HAKIKAT HARI AKHIRAT, HAKIKAT NUBUWWAH (KENABIAN) / RISALAH (KERASULAN), HAKIKAT MALAIKAT, dan YANG PALING PENTING HAKIKAT ALLAH ITU SENDIRI!

Mana mungkin anda membainatkan Allah sebagai sistem pemerintahan negara? Tidakkah anda berpegang kepada surah al-Ikhlas ayat 4;

“Dan tidak ada sesuatu apapun yang serupa denganNya”

Allah itu Tuhan, al-Khaliq, WUJUDnya Allah itu dengan QIDAM (SEDIA ADA) dan BAQA (KEKAL). Tidak kira jika seluruh umat manusia di dunia ini kufur kepada Allah, maka tidak sedikit pun Allah SWT akan jatuh kekuasaan atau zatNYA. Allah itu Maha Sempurna. Bagaimana kalian mahu membainatkan Allah? Jika kalian membainatkan Allah dengan sesuatu, maka kalian telah mengatakan Allah itu serupa dengan makhluk. Orang musyrik dahulu membainatkan tuhan – tuhan mereka dengan membuat patung berhala, kalian pula membainatkannya dengan satu sistem pemerintahan. Apa bezanya? Sistem pemerintahan itu makhluk! Yang diciptakan!

Kenapa begitu sukar kalian mempercayai perkara – perkara ghaib? Tidakkah kalian takut dengan ancaman Allah dalam surah at-Takaathur, ayat 5-7 ;

“sekali lagi (diingatkan), jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat! Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan berada di jalan yang benar). (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. Kemudian, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!”

Pengajaran daripada ayat di atas, Allah mengancam mereka yang tidak mahu beriman dengan perkara ghaib berdasarkan ilman yakin (keyakinan atas dasar ilmu) yang disampaikan olah para Rasul SAW, dalam konteks sekarang, para ulama’ yang jujur. Sebaliknya mahu dibuktikan secara berjisim atau material, barulah mahu percaya. Maka untuk golongan ini, Allah ancamkan dengan api neraka yang menjulang, apabila mereka berada dihadapannya kelak, barulah akan rasakan kebenaran dengan ainul yaqin (keyakinan dengan melihatnya sendiri) sewaktu mereka dilemparkan di dalamnya.

Perjuangan Islam itu bukan atas dasar semangat. Tetapi atas dasar kefahaman. Kefahaman terhadap nilai Islam itu sendiri. Ya, video itu boleh memberi keinsafan dan motivasikan diri untuk berjuang, tetapi ingatlah, barangsiapa yang berjuang atas dasar semangat, perjuangan anda tidak akan ke mana. Kerana anda tidak faham tuntutan sebenar perjuangan Islam. AKIDAH PERJUANGAN wajib dikhadamkan. Apakah dalil yang menyatakan kesempurnaan akidah adalah dengan menentang kebatilan toghut? Maka dihafal dan difahami ayat ini:

“…oleh itu, sesiapa engkar kepada toghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka dia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus…”

Al-baqarah:256

Kemudian, apa itu toghut? Maka berkata pula Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah rah;

“Thaghut itu setiap yang diagungkan tanpa kerana ketaatan kepada Allah dan rasulnya baik daripada manusia atau syaitan atau pun daripada berhala.”

(Jami Rasail dengan tahqiq m/s 373 Jilid 2)

Maka apakah menyamakan Allah dengan makhluk sistem dan mengengkari hakikat perkara- perkara ghaib yang disepakati oleh jumhur ulama’ seperti yang saya nyatakan di atas adalah ketaatan kepada Allah? Pastinya TIDAK! Bahkan fahaman yang begitu adalah toghut.

Maka atas dasar fahaman yang jelas, saya menentang GPK. Saya bukan menentang perjuangan Islam. Saya tidak menentang PAS, ABIM, JIM, PKS, Ikhwanul Muslimin, PLO dan lain – lain kerana akidah mereka sohih dan selaras dengan al-Quran dan as-Sunnah. Bahkan saya salah seorang daripada mereka. Dan kami dalam masa yang sama juga menentang kerajaan toghut yang berpegang kepada sekularisme. Dan kami sering kali menerima mehnah dan tribulasi atas dasar perjuangan kami.

Saya dinasihatkan oleh seorang teman, agar slowdown kerana bimbangkan anda semua yang tidak mahu membuka mata kepada kebenaran nilai Islam. Ya, kami bimbangkan kalian. Kalian begitu mudah berhujah tanpa ilmu. Setiap hujah saya yang bersandarkan dalil yang jelas, kalian tentang semula dan kalian sisipkan dengan ayat al-Quran sesuka hati kalian. Berapa kali saya terpaksa tegur perbuatan kalian itu? Dan kami bimbangkan kalian kerana betapa besarnya dosa dan kesesatan yang kalian buat dengan setiap komen kalian.

Saya berapa kali pernah berkata, jika kalian betul – betul benar, buktikan kebenaran kalian dengan hujah yang jelas kerana itu adalah sunnah, tetapi tidak. Sebaliknya kalian menimbulkan kenyataan mengelirukan. Saya sudah katakan, jika kalian benar, saya tiada masalah untuk berpihak kepada kalian, tetapi apakah respon kalian menunjukkan kalian orang yang benar? Kemudian, adakah kalian sanggup mengakui kebenaran orang lain? Ataupun kalian terus mahu ta’sub kepada GPK walau sebanyak mana pun keterangan – keterangan jelas telah saya beri? Saya tidak pernah dengar seorang pun daripada pihak GPK yang sanggup mengakui dirinya MAHU MENCARI KEBENARAN DENGAN HUJAH YANG ILMIAH. Sebaliknya, bila saya timbulkan hujah yang keras dan kukuh yang tidak mampu dijawab, maka kalian akan jawab dengan menyentuh perkara sampingan yang bukan menjadi persoalan utama saya. Berapa bakul soalan – soalan saya yang gagal dijawab oleh pihak GPK? Sebaliknya yang saya dijawab dengan hujah – hujah menyentuh perkara – perkara remeh.

Saya berharap sangat agar ahli – ahli GPK bawahan yang baru mengikuti ajaran GPK ini dapat membaca hujah di sini dan nilaikan sendiri. Sebab tidak guna saya berhujah dengan mereka yang berkepentingan dalam GPK, pastinya anda akan dibutakan dengan kepentingan itu tanpa mahu membuka mata kepada kebenaran.

Wallahualam.

* * * * *

Artikel yang terdapat dalam Muhammad Qayyum adalah bersifat perkongsian idea semata – mata. Semua pihak bebas menyalin semula dan/atau menyebarkan apa – apa artikel yang terdapat dalam Muhammad Qayyum. Walaubagaimanapun, alamat Muhammad Qayyum perlu disertakan bersama bagi memudahkan proses rujukan oleh pihak tertentu disamping dapat meluaskan medan perkongsian.

Muhammad Qayyum Bin Halele @ mqayyum.wordpress.com

Categories: Akidah, Fikrah, GPK, Jemaah, Semasa, siasah
  1. 22 September 2009 at 3:25 pm | #1

    Salam…semoga Allah s.w.t. membalas saudara dengan kebaikan….janganlah takut saudara dalam menghadapi gerakan seperti ini, Tegas dalam pendirian disulam dengan dakwah atas dasar kasih sayang adalah method yg perlu diutamakan terlebih dahulu..tapi ana percaya saudara telah melakukan yg terbaik…ana sedia membantu dan mahu saudara tahu bahawa saudara tidak keseorangan dalam menangani masalah seperti ini….Jazakallah Khairan Kathira.. (^_^)

  1. No trackbacks yet.