ZIARAH AMAL USTAZ ABDUL KARIM SIDEK

PEKAN, 16 Januari 2011: Unit Amal Cawangan Taman LKNP Bukit Setongkol dengan kerjasama Surau Putih Perkampungan Cenderawasih telah mengadakan Program Ziarah Amal ke rumah Ustaz Abdul Karim bin Sidek yang mengalami keuzuran selepas terjatuh pada 3 Januari lepas. Program ziarah ini adalah bertujuan untuk menzahirkan semangat persaudaraan Islam sekaligus memberi sokongan moral terhadap Ustaz Abdul Karim.

 

Ustaz Abdul Karim adalah seorang guru di Kuliah Abu Bakar al-Lughah wad-Din Pekan, Pahang. Beliau juga merupakan seorang pendakwah bebas yang aktif menyampaikan kuliah – kuliah di masjid dan surau termasuk Surau al-Ikhwan Taman LKNP Bukit Setongkol dan juga Surau Putih di perkampungan Cenderawasih.

Pada hari Isnin, 3 Januari yang lepas, Ustaz Abdul Karim dilaporkan terjatuh di Kuliah Abu Bakar, menyebabkan beliau mengalami kecederaan pada kaki beliau. Hal ini bertambah buruk kerana kaki beliau telah pun mengalami keuzuran fizikal sebelum ini, akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya. Perkara ini menyebabkan beliau tidak dapat menjalankan aktiviti – aktiviti mengajar di surau dan masjid sekitar Kuantan buat sementara waktu. Namun, beliau telah pun mula kembali bertugas di Kuliah Abu Bakar setelah bercuti selama seminggu walaupun mengalami kesukaran untuk memandu kenderaan ke sana.

 

Dalam pertemuan tersebut, Ustaz Abdul Karim yang berkerusi roda ceria menyambut rombongan Unit Amal dan Surau Putih ke rumah beliau. Beliau kemudiannya turut memberi nasihat dan motivasi kepada ahli – ahli Unit Amal untuk sentiasa istiqamah dalam perjuangan Islam disamping meningkat budaya ilmu dengan memperkasakan institusi usrah. Menurut beliau, tanpa ilmu yang sahih, aktivis Islam kerap tersasar samada ke arah terlalu memudah – mudahkan syariat ataupun ke arah terlalu menyempitkan toleransi syariat, yang mana kedua – dua ini menyebabkan agama Islam terfitnah.

 

Seterusnya, bagi meringankan beban Ustaz Abdul karim, Unit Amal kini dalam proses mengkaji tuntutan pampasan yang sesuai daripada badan – badan berkaitan seperti PERKESO. “Kita berasa bertanggungjawab sepenuhnya untuk mencari apa – apa jalan untuk membantu aktivis dakwah yang banyak menyumbang kepada masyarakat seperti Ustaz Abdul Karim”, ulas jurucakap Unit Amal Cawangan Taman LKNP Bukit Setongkol.

About these ads

One response to “ZIARAH AMAL USTAZ ABDUL KARIM SIDEK

  1. MAJLIS BERSAMA ULAMA SYIRIA
    SYEIKH MUHAMMAD KURAYYIM RAJIH
    Syaikhul Qurra’ Asy-Syamiy
    (Ketua Ulama al-Quran di Syiria)

    DI MASJID AL-FALAH USJ 9

    pada :
    RABU , 19 JAN 2011
    LEPAS MAGHRIB
    (jadual asal pada Isnin 17 jan tetapi ditunda ke tarikh baru seperti di atas)

    biodata ringkas : (dipetik dari pada : http://www.islam-dz.com/vb/t1761.html )

    * Lahir pada tahun 1344 h = 1926 m di Hayyul Maidan, Damsyik, Syiria .
    * Mula mempelajari dan menghafaz al-Quran semenjak kecilnya dengan Ibunya sendiri yg seorang alimah.
    * Kemudian berpindah berguru kepada masyaikh , antaranya: Syeikh Yaasin az-Zarzuur, Syeikh Hasan Habannakah (Ulama terkemuka ketika itu), Syeikh Husain Khitab, Syeikh Sulaim al-Hilwaniy (Syeikh Qurra ketika itu).
    * Mendalami pengajian Qiraat Sepuluh Kecil (Toriq Syathibiyyah dan ad-Durrah) dengan: Syeikh Sulaim al-Hilwaniy. kemudian dengan Syeikh Ahmad Sulaim al-Hilwaniy (setelah wafat ayahnya). kemudian dengan Syeikh Mahmud Faiz Ad-Dir ‘Atthoniy dan ramai lagi.
    * Meneruskan pengajian Qiraat sepuluh Besar (Toriq Toyyibah) dengan Syeikh Abdul Qadir Quwaydir .
    * Diisytiharkan sebagai Syeikhul Qurra’ pada tahun 1408 h oleh Syeikh Abdul Razzak al-Halabi (Ulama Besar ketika itu) di Masjid Bani Umaiyyah (Masjid Utama di Damsyik), setelah dipersetujui oleh para Ulama dan para Qurra ketika itu termasuk Syeikh Abul Hasan al-Kurdiy dan lainnya.
    * Kekallah beliau sebagai Syeikh Qurra hingga kini .
    * Beliau menjadi Pakar Rujuk di dalam bidang Qiraat di negara Syiria dan seleruh dunia amnya .
    * Sehingga dengan bantuan beliau terhasilnya kitab: Qiraat Sepuluh yang Mutawatir (dijadikan rujukan utama pengajian Qiraat al-Quran) dan al-Muyassar Qiraat Empat Belas .. lihat gambar di bawah :
    * Karangan beliau : Ringgkasan Tafsir Ibnu Kathir , Ringkasan Tafsir al-Qurthubi, Audhohul Bayan Fis Syarhi Wat Tafsir al-Quran dan lain-lain.
    * Antara murid beliau yang terkenal adalah : Syeikh Muhammad Fahad Kharuf (juga menantu beliau), Taufiq Haddad, Yusof Farih , Muhammad as-Syafii’
    * Giat menyebarkan dakwah : Mengajar di Maahad al-Fath al-Islami di Damsyik (bahagian Takhassus). Memberi fatwa di masjid-masjid sekitar Damsyik , seperti Masjid al-Hasan dan Masjid al-Mansur .
    * Semoga Allah panjangkan umur beliau dan dikurniakan keberkatan dan rahmat Ilahi di dalan usaha dan khitmad beliau untuk Islam dan umatnya , khususnya untuk al-Quran .
    * Diharapkan ziarah beliau buat kali pertama ini akan menghasilkan faedah yang banyak dan berjaya dimanfaatkan oleh umat Islam di negara ini.

    Tuan puan adalah dijemput hadir dan tolong sebar-sebarkan maklumat ini.
    wassalam

    LAIN-LAIN MAJLIS ILMU : BLOG PONDOKHABIB

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s