CERPEN: JANGAN KECEWA DENGAN MEREKA

“Salam, akhi, apa yang anta tahu mengenai fatwa yoga, boleh kongsikan”, mesej ringkas terpapar di skrin lcd. Jarang sekali tuan punya nombor bertanya sesuatu seperti ini, mungkin dia ada keperluan tertentu. Aku lihat, masih ada baki 15 minit sebelum azan Maghrib berkumandang. Masih sempat untuk aku meneliti kembali beberapa rujukan, kerana isu ini sudah lama, aku pun sudah lupa kebanyakan perbahasannya.

“Maaf ukhti, ana tak boleh respon sekarang, sebentar lagi insyaAllah”, jawabku ringkas.

Beberapa saat kemudian satu lagi mesej masuk ke telefonku. Bunyinya, “baiklah, syukran akhi”.

Aku meneliti beberapa pandangan, antaranya fatwa kontroversi yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada Oktober 2008. Ah, padanlah aku sudah lupa, isunya memang sudah lama! Kenyataan media Dr MAZA juga aku teliti bersama – sama pandangan UZAR mengenai isu fatwa yoga ini. Setelah puas meneliti, aku mula memproses kesimpulan yang sesuai. Tiba – tiba, azan berkumandang daripada Surau al-Ihsan. Aku segera menyarungkan kopiah dan mencapai telefon bimbit.

Sambil memandu menuju ke surau yang terletak lebih kurang 1000 meter daripada rumahku, aku menaip mesej bagi membalas pertanyaan tadi. Jawabku, “salam, ukhti, Majlis Fatwa fatwakan yoga adalah haram”.

Sampai di surau, aku segera ke ruang solat dan menunaikan solat sunat qabliyyah Maghrib. Sedang aku solat, telefonku berbunyi, menandakan ada mesej yang masuk. Aku terlupa untuk setkan telefon bimbit ku ke mod senyap. Usai solat, pak bilal mula mengumandangkan iqamah. Aku segera mengambil telefonku dan memadamkanya. Ada yang lebih penting daripada mesej tadi.

“Akhi, kenapa difatwakan haram?”, itu mesej yang aku terima tadi. Kebetulan malam ini, tiada kuliah maghrib. Aku duduk bersandar di dinding surau, menikmati sedikit rehat. Alhamdulillah, mesin pendingin hawa yang dipasang hasil sumbangan jemaah surau al-Ihsan sangat menyegarkan.

“Sebab pada pandangan Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan, perlakuan – perlakuan dalam yoga adalah merupakan susunan – susunan ritual keagamaan Hindu. Jadi bersandarkan hadith, “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri daripada kalangan mereka.”, yoga difatwakan haram.”, balasku.

“Um… Tak ada second opinion ke akhi?”, dia bertanya lagi.

“Ada, Uzar dan Dr MAZA ada ulas, basically mereka tidaklah menentang fatwa yoga itu haram, cuma, bagi pandangan mereka, perlakuan – perlakuan dalam yoga itu bukan amalan ritual Hindu.”.

“Maksud akhi?”.

“Maksud ana, seperti yang kita sedia maklum, ada tiga perkara yang boleh menghakis akidah, iaitu kepercayaan di hati, pengakuan dengan lidah, dan perbuatan. Majlis Fatwa lihat perlakuan – perlakuan dan bacaan – bacaan mantera dalam yoga adalah amalan ritual Hindu. Manakala pandangan lain pula berpendapat, hanya bacaan mantera sahaja yang merupakan ritual keagamaan. Jadi, asalkan dibuang bacaan mantera, senaman-senamannya boleh diamalkan.”.

“Um… Susah juga begini akhi, ana nak terangkan yang mana satu kalau macam ni? Aduhai, beratnya dilema seorang anak”.

“Maksud, ukhti, mak ukhti yang ikuti yoga? Um, berat juga. Ana cadangkan, ukhti ajak mak ukhti sit down together, kemudian ukhti terangkan pada beliau tentang fatwa ini, dan juga pandangan – pandangan lain yang ana beritahu tadi. Kemudian, gunakan pendekatan E-Emotion, jangan terlu menjalar panjang lebar pada I-Intelligent, tak perlu hujah dan fakta panjang lebar, tapi pujuk mak ukhti dengan sentimen kasih sayang, cakap yang ukhti bimbangkan amalan yoga tersebut mungkin merosakkan akidah beliau, lagipun, UZAR dan lain – lain, bukanlah pula galakkan untuk terus dengan yoga, masih banyak senaman lain sebagai alternatif, kemudian, pulangkan semula pilihan kepada mak ukhti, jangan dipaksa apa – apa”. Aku memberi responku.

Agak lama kemudian, aku mendapat mesej,”ah, maaf, ana terlepas cakap, tak berhasrat nak buka kisah keluarga ana pada akhi!”. Aku membaca mesej tersebut dengan pandangan simpati dan empati. Aku pun bukan dibesarkan dalam keluarga ‘islamik’. Aku faham bagaimana beratnya cabaran untuk cuba membetulkan amalan – amalan ahli keluarga yang menyalahi Quran dan Sunnah. Apatah lagi dia merupakan seorang muslimat, pasti kesukaran itu berganda.

Aku cuba menyantuninya, balasku,”takpe, ana faham, tak perlu malu, kita masing – masing ada cabaran yang Allah tentukan dalam keluarga kita masing – masing”.

“Ya, diri ana sendiri pun masih terumbang – ambing. Diri kita ini memang pinjaman. Dan memang ditakdirkan ada dalam keluarga kita masing – masing sekarang”, dia membalas, aku terbaca nada kekecewaan di balik mesej tersebut.

Segera aku teringatkan pesan Ustaz Hasrizal terhadap golongan seperti kami yang mendapat sedikit sentuhan hidayah Allah, kemudian berasa kecewa dengan suasana dan keadaan orang sekeliling yang masih leka.

Aku nukilkan nasihat beliau dalam mesejku kepadanya, “ya, dan kita bukanlah Allah. walaupun kita berkehendak pada yang baik, tidak semestinya tertunai. Dan kita juga bukan Nabi, kita tidak maksum. Kita ada kesalahan lampau, dan pasti akan melakukan kesalahan pada masa hadapan. Jadi, berlapang dada dan jangan kecewa bila ahli keluarga kita melakukan kesalahan – kesalahan”.

Masa sudah menghampiri Isya’. Ahli jemaah yang tertidur dibelai hawa dingin dan karpet gebu surau mula terbangun apabila  ahli jemaah lain mula memasuki ruang solat. Telefon bimbitku berbunyi lagi.

“Betul… Syukran atas peringatan. TC”, balasnya, ringkas, mungkin dia juga sedang menyiapkan diri untuk menyambut Isya’.

“TC?”, aku kebingungan.

“TC-Take care”. Dengan ringkas dia membalas.

“Oh, take care…”, aku bermonolog sendirian. Tiba – tiba aku tersenyum sendiri.

“Allahuakbar… Allahuakbar!”, azan dikumandangkan, memecahkan khayalanku. Aku tersentak bagaikan ditampar di pipi.

“Astaghfirullah…”, aku berbisik. “Dengan hanya dua huruf, aku boleh terlalai. Inilah fitnah bujangan seperti aku bermesej dengan muslimat bujang!”. Getus hatiku memarahi kealpaan diriku sendiri yang masih menunggangi nafsu lawwamah!

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s