Arkib

Archive for the ‘Akhlak’ Category

PESANAN BUAT SEMUA: PASTIKAN MATLAMAT AKHIR KITA

Assalamualaikum WRT.

Adik – adik yang ana kasihi sekalian, sedikit peringatan dalam menjalankan gerak kerja. Pastikan kita sentiasa ada matlamat yang hendak dicapai dalam gerak kerja kita. Dengan adanya matlamat ini, maka gerak kerja kita akan jadi lebih teratur dan tersusun, kerana kita akan mewujudkan paksi sempadan dan garis panduan yang jelas berbanding dengan mereka yang tidak jelas tujuan mereka. Sesuai dengan sabda baginda ar-Rasul SAW,

“Setiap amalan bermula dengan niat”

Read more…

Categories: Akhlak, Fikrah, SHAHians

Fitrah Itu Islam, Bukan Nafsu, Maka kembalilah Pada Fitrah

Satu perkara yang saya sentiasa ingatkan diri saya, Islam itu agama yang tidak akan bertentangann dengan fitrah manusia. Hal ini kerana setiap syariat dan peraturan yang terdapat bersama ajaran Islam itu bukanlah ciptaan sesiapa melainkan kehendak Allah adanya. Begitu juga manusia, kita semua adalah hasil ciptaan Allah semata – mata. Bertitik tolak daripada keyakinan ini, maka tunduk keegoan diri saya, bahawa tiada siapa yang layak menentukan peraturan kepada manusia melainkan Allah kerana Dialah yang memiliki jiwa dan jasad saya, Dialah yang paling memahami fitrah manuisa, bahkan Dialah yang mencipta fitrah manusia seperti saya.

Atas sebab itulah, saya tidak dapat menemui titik hujah yang tepat dalam menyokong berlakunya pertentangan antara fitrah manusia dan syariat Allah. Tapi yang saya pasti, pertentangan antara nafsu dan syariat adalah benar. Satu perkara yang kita perlu jelas di sini adalah perbezaan antara fitrah dan nafsu. Saya sering mendengar perkataan yang menyebabkan batasan dan sempadan antara keduanya menjadi kabur. Sebagai contoh;

“Ustaz, ana tersepit antara fitrah sebagai seorang perempuan dan tuntutan syariat”, adu seorang muslimat kepada ustaznya.

Read more…

Categories: Akhlak, Dakwah, Kampus, Semasa