Arkib

Archive for the ‘Fikrah’ Category

JAWAPAN BUAT PEJUANG ‘ISLAM GPK’

8 September 2009 Muhammad Qayyum 1 comment

Baru – baru ini, saya diasak dengan soalan – soalan daripada pihak GPK, katanya saya ini seolah – olah sibuk nak menjatuhkan mereka, bukan mahu berjuang meninggikan Islam seperti mereka. Salah satunya adalah seperti berikut:

http://mqayyum.wordpress.com/2009/08/27/kalimah-kalimah-al-quran-bukan-terjemah-guna-kamus-arab-melayu/#comment-35

Seolah – olah merekalah yang bersusah payah mahu menegakkan kedaulatan Islam di Tanah Air Malaysia ini. Berikut adalah jawapan saya.

Read more…

Categories: Akidah, Fikrah, GPK, Jemaah, Semasa, siasah

Kalimah – kalimah Al-Quran Bukan Terjemah Guna Kamus Arab-Melayu

Sekali lagi saya poskan komen saya terbaru daripada:

http://suarajagat.wordpress.com/2009/08/09/buyut-terbakar/#comment-621

Hal ini kerana pada pagi tadi, saya dikejutkan dengan komen yang memeningkan daripada seseorang yang saya syak sebagai pengikut GPK. Berikut adalah komen beliau:

ISLAM Says:

26/08/2009 at 8:47 am

hmm….ada masalah ker dengan perkataa kafir 2?…setahu i la kafir 2 mean ingkar…yang selain islam 2sememangnya kta dh tahu kafir…tp saper y mengunakan al-quran? orang islam la…yang paham al-quran org islam la….so sapa y ingkar ayat al-quran orang islam la….so x salah la kta guna perkataan kafir…sama jer maknanya cuma bahasa menurut di sisi Allah tu tegas sikit….hanya orang2 yang berfikir jer dapt menerima…

Lama juga masa yang saya fikirkan untuk faham persoalan yang ditimbulkan beliau. Setelah dibincangkan dengan beberapa orang, saya berpendapat, beliau tidak faham hakikat istilah KAFIR itu dari segi ilmu akidah. Bahkan, setelah diteliti semula modus operandi GPK yang menafsirkan al-quran tanpa merujuk disiplin – disiplin yang telah digarisi jumhur ulama’ sesuai seperti yang diwarisi sejak zaman ar-Rasul SAW sehinggalah sekarang, saya kira beliau mungkin tidak memahami hakikat istilah –istilah syarak secara keseluruhan. Berikut adalah jawapan saya:

Read more…

Categories: Akidah, Dakwah, Fikrah, Semasa

Gerakan Pemuda Kahfi: Apakah Penyelewengan Kamu?

Baru – baru ini, saya telah diminta untuk menyatakan penyelewengan yang berlaku dalam GPK melalui komen di:

http://suarajagat.wordpress.com/2009/08/09/buyut-terbakar/#comment-611

Saya sebenarnya tidak gemar menyentuh satu – satu kumpulan itu secara terus. Saya tidak mahu disalahfahami sebagai mahu memusuhi pengikut – pengikut kumpulan ini. Apatah lagi, saya bukan mahu menghukum mereka, tapi mahu mengajak mereka yang pernah terlibat dengan mana – mana kumpulan ajaran sesat dan penyelewengan akidah untuk kita sama – sama membuka perbincangan yang jujur dan ikhlas untuk mencari kebenaran dengan penuh toleransi, bukan dengan pergaduhan dan provokasi penuh emosi. Berikut adalah jawapan saya (Mudah – mudahan para pembaca dapat kebaikan daripadanya):

Read more…

Categories: Akidah, Dakwah, Fikrah, Semasa

Poliandri dan Poligini: Antara Tarbiah Jiwa Muslimin dan Pengiktirafan Terhadap Emosi Muslimat

Introduksi

Setelah sekian lama, topik nikah kahwin mula menerjah semula ke telinga saya setelah sekian lama topik tersebut menjadi agak asing. Bila difikirkan semula, topik ini sebenarnya memang topik yang popular di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi, terutama bagi mereka yang mula menghampiri garis penamat mereka di kampus. Tetapi mungkin dalam kesibukan sejak awal semester ditambah lagi dengan kesibukan latihan praktikal yang saya lalui pada cuti semester yang lepas menyebabkan saya terlupa akan kepopularan topik tersebut.

Baru – baru ini seorang kawan lama saya menghubungi saya melalui Yahoo Messenger untuk meminta nasihat mengenai masalah beliau dan tunang beliau. Secara teknikalnya, saya bukanlah orang yang layak, sebab saya bertunang pun belum. Tetapi atas dasar perkongsian idea dan ilmu, saya berikan sahaja yang terbaik. Lagipun, saya gemar memberi kaunseling pada kawan – kawan saya. Yang menarik dihujung perbincangan kami, beliau berterima kasih dan bertanya, adakah saya sudah berkahwin? Cara saya menasihati beliau seolah – olah saya berpengalaman menguruskan rumah tangga kata beliau. Lucu mendengarnya. Ah, bagaimana pun ini hanyalah sisipan mukadimah, saya perlu kembali kepada tajuk.

Read more…

Mahasiswa Mengguggat? Menggigit? Menggaru?

Apakah peranan sebenar Mahasiswa dalam masyarakat?

Adakah Mahasiswa berperanan dalam masyarakat?

Jika anda mahasiswa, jawablah dua soalan tersebut, jika anda bukan mahasiswa, jawab juga soalan yang diajukan.  Kita lihat jika ada pertembungan antara jawapan anda sebagai mahasiswa atau bukan dengan mereka yang lain samada mereka mahasiswa atau bukan.  Kemudian, jika anda mahasiswa, nilaikan kembali secara individu, adakah anda memenuhi ekspektasi awam terhadap mahasiswa bahkan adakah anda memenuhi ekspetasi anda sendiri terhadap mahasiswa.

Apa pun ekspetasi kita semua terhadap hubungan mahasiswa-masyarakat, saya kira kita akan terbahagi kepada tiga kumpulan asas. Mengguggat, menggigit atau menggaru.

Di mana anda?

Read more…

Categories: Fikrah, Kampus

PESANAN BUAT SEMUA: PASTIKAN MATLAMAT AKHIR KITA

Assalamualaikum WRT.

Adik – adik yang ana kasihi sekalian, sedikit peringatan dalam menjalankan gerak kerja. Pastikan kita sentiasa ada matlamat yang hendak dicapai dalam gerak kerja kita. Dengan adanya matlamat ini, maka gerak kerja kita akan jadi lebih teratur dan tersusun, kerana kita akan mewujudkan paksi sempadan dan garis panduan yang jelas berbanding dengan mereka yang tidak jelas tujuan mereka. Sesuai dengan sabda baginda ar-Rasul SAW,

“Setiap amalan bermula dengan niat”

Read more…

Categories: Akhlak, Fikrah, SHAHians

Merancang Pembentukan Suasana Intelek

12 April 2009 Muhammad Qayyum 1 comment

“Saya ucapkan terima kasih banyak – banyak kepada semua. Terima kasih banyak. Memang perkongsian kita malam ini banyak membuka minda saya yang tidak beberapa terbuka sebelum ini”, luah adik Arif Zaki sewaktu diberikan ruangan sebagai kata – kata terakhir sebelum ditamatkan mesyuarat malam semalam.

Alhamdulillah, senang sekali mendengar perkataan tersebut, sekurang – kurangnya perancangan saya dalam membentuk suasana intelek (nama lain bagi mereka yang fobia dengan biah solehah) di FKKKSA telah disepakati oleh wakil MPP fakulti dan presiden – presiden persatuan yang bernaung di bawah fakulti tersebut. It’a a small step of a long journey. Memang saya mengharapkan respon yang positif daripada persatuan – persatuan ini kerana presiden – presiden yang telah dipilih mempunyai kecenderungan kepada ruh agama. Sekurang – kurangnya mengikuti usrah, tidak kisahlah persatuan Islam yang mana pun.

Read more…

Categories: Dakwah, Fikrah, Kampus, Semasa

Kenapa Menulis?

Sejak sekian lama apabila saya menutup akaun Friendster saya, sekaligus menamatkan riwayat Friendster Blog saya, terdapat banyak suara samada daripada sahabat – sahabat yang dekat atau jauh, samada yang tahu saya pernah menulis blog ataupun tidak yang menanyakan kalau – kalau saya ada menulis laman blog ataupun tidak. Jawapan biasa yang saya berikan adalah belum ada. Memang ada perancangan, tapi tidak tahu bila nak mula, atau hakikat sebenarnya kenapa nak dimulakan.

Read more…

Categories: Fikrah