Kenapa biodiesel tidak sesuai untuk kenderaan?

Apakah itu diesel?

Diesel adalah sejenis campuran hidrokarbon (sebatian yang hanya terbentuk daripada atom hidrogen dan atom karbon sahaja) dengan komponen utamanya adalah heksadekana heksadekana, C16H34. Diesel adalah bahan api yang boleh dibakar untuk menjana tenaga haba, satu contoh klasik penukaran tenaga kimia kepada tenaga haba. Tenaga haba itu kemudiaanya kita gunakan untuk melakukan aktiviti harian kita seperti menjana tenaga elektrik menggunakan mesin janakuasa seperti peniaga pasar malam, menukarkannya kepada kinetik seperti enjin kenderaan. Continue reading “Kenapa biodiesel tidak sesuai untuk kenderaan?”

Berdiri Bersama Pelarian

Pada tahun 2015, ketika berumur 16 tahun, Noujain Mustaffa, anak gadis Syria, merentasi lautan biru dalam bot getah, dari Turki ke Lesbos di atas kerusi roda bersama-sama beberapa orang pelarian yang lain, termasuk kakaknya, Nisreen Mustaffa. Dua tahun lepas, beliau dan keluarga beliau melarikan diri ke Turki, kerana ancaman perang saudara di Syria. Beliau menghidapi cerebral palsy sejak lahir dan memerlukan rawatan yang lebih baik di negara-negara Eropah, menyebabkan Noujain dan Nisreen mengambil risiko merentasi laut Aegean.

Continue reading “Berdiri Bersama Pelarian”

Kronologi: Kes Pedofilia Richard Huckle

Pertengahan Jun 2016, media seluruh dunia gempar melaporkan kes jenayah pedofilia Richard Huckle. Lebih mengejutkan, Huckle telah menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi jenayah pedofilianya sejak tahun 2006 sehingga 2014. Huckle telah ditahan di lapangan terbang Gatwick pada 19 September 2014. Penangkapan dan pertuduhan terhadap Huckle tidak didedahkan pihak berkuasa kepada media sehinggalah bermulanya perbicaraan kes tersebut pada Jun 2016.

Di sebalik penangkapan Huckle, terdapat 1001 kisah penyiasatan yang terperinci dan penuh berdedikasi daripada pihak berkuasa beberapa buah negara dalam menjatuhkan satu jaringan penjenayah pedofilia di seluruh dunia. Artikel ini akan memaparkan kronologi siasatan yang telah didedahkan pihak Task Force Argos kepada media. Continue reading “Kronologi: Kes Pedofilia Richard Huckle”

Setia Dengan Kebenaran

“Plasma darah terdiri daripada 90% air dan 10% bahan terlarut, dan warnanya kuning cair”. Saya memulakan perbincangan mengenai komposisi darah dengan pelajar tingkatan tiga.

“Cikgu, plasma ni yang dia buat tv plasma tu kan?” Tanya salah seorang pelajar saya, Aina.

Saya terdiam. Saya rasa tak setuju dengan pernyataan tersebut, tetapi belum dapat fikir apa yang tak kena, belum pun saya dapat nafikan, Aina teruskan lagi, “ye lah cikgu, Ahad lepas Cikgu Firdaus cakap, dia ada kena mengena dengan tv plasma”.

Pelajar lain turut mengangguk-angguk membenarkan pernyataan ‘Cikgu Firdaus’. Continue reading “Setia Dengan Kebenaran”

5 Cara untuk Jadi Golongan Pertengahan

image

“Cuba Tuan tengok buku ini,” saya menunjukkan buku The Path of Muhammad kepada Tuan Fazrul yang sedang memandu.

Saya menyambung lagi, “buku ini diterjemahkan untuk dijadikan rujukan kumpulan…”

“Kadizadeli?” Tanya Tuan Fazrul.

“Tak, untuk kumpulan al-Jerrahi al-Hevati, sebuah kumpulan tariqat sufi,” jawab saya.

Continue reading “5 Cara untuk Jadi Golongan Pertengahan”