Kenapa Menulis?

Sejak sekian lama apabila saya menutup akaun Friendster saya, sekaligus menamatkan riwayat Friendster Blog saya, terdapat banyak suara samada daripada sahabat – sahabat yang dekat atau jauh, samada yang tahu saya pernah menulis blog ataupun tidak yang menanyakan kalau – kalau saya ada menulis laman blog ataupun tidak. Jawapan biasa yang saya berikan adalah belum ada. Memang ada perancangan, tapi tidak tahu bila nak mula, atau hakikat sebenarnya kenapa nak dimulakan.

Lebih – lebih lagi, saya sering melayari Saifulislam.com (walaupun tersangat jarang saya menyumbang apa – apa respon), oleh itu pastinya saya menghadam maksud Begin With the End in Mind,  yang sering dibahaskan Ustaz Hasrizal. Pastinya soalan yang timbul berkaitan dengan hal ini adalah, kenapa menulis? Kenapa saya perlu menulis blog dan sebagainya? Terlalu banyak dan melimpah ruah jumlah blog yang terawang – awangan di bumi dotcom ini. Segan pula hendak menambah bilangan. Bimbang sekadar jadi melukut di tepi gantang.

Menulis blog sebagai wadah da’wah, betul – betul berkesankah? Ataupun lebih sekadar khayalan, mahu up to date bersama – sama rakan sefikrah yang lain. Berlumba – lumba untuk meng‘update’kan blog masing – masing. Sedangkan jiran sebelah tetap dibiarkan lagha dengan keasyikan dunia. Persoalan yang rasional dan kritis. Lumpuh niat mahu menulis blog semula bila tidak mampu menjawab soalan yang dibina dari dalam diri sendiri.

Lama dibiarkan keinginan ini mati sampailah tergerak hati untuk klik pada pautan ummusaif.com yang sentiasa mendampingi di sisi saifulislam.com. Apabila membaca beberapa entry yang terdapat dalam ummusaif.com, saya mula terkesan dengan satu perkara. Proses mendisiplinkan diri dalam menilai kembali pengalaman silam untuk menjadi satu mutiara yang bernilai.

Biarpun saya belum betul – betul mengkhadam dan menikmati isi kandungan ummusaif.com, tetapi saya banyak tertarik bagaimana Ustaz Hasrizal terus menerus untuk menggalakkan isteri beliau mencebur bidang penulisan blog ini. Bukan sekadar suka – suka, menambah garam sesudu di dalam laut, tetapi nilai pendidikan pada diri penulis sendiri. Nilai itulah yang menjadi kekuatan pada satu – satu penulisan blog.

Ramai yang menulis blog, tapi blog yang tidak hidup. Ada yang tiada identiti, tidak unik, habis di‘copy-paste’kan segala jenis artikel dan puisi – puisi yang ada. Bosan dan lelah membaca. Ada yang sekadar panjang bercerita, tetapi gagal mengambil pengajaran dan mengaitkan dengan akal yang waras. Gagal belajar menilai kelemahan diri sendiri untuk dibaiki atau sekurang – kurangnya menasihati diri sendiri.

Itulah kelemahan – kelemahan yang saya mahu atasi pada diri sendiri. Saya berhajatkan penulisan yang boleh membangkitkan keupayaan diri saya. Penulisan yang merupakan manifestasi kepada penilaian saya terhadap perkara silam bagi membutirkan pengajaran yang bermakna untuk masa hadapan. Mendidik diridengan sifat kaizen, berlandaskan peringatan Rasul;

“Seorang mukmin tidak boleh dua kali jatuh dalam lubang yang sama”

Riwayat Muslim

Segalanya bagi membuahkan jawapan yang kukuh dan memuaskan persoalan pokok, kenapa menulis?

Wallahualam.

__________________________________________________________________________________________ 

 

Artikel yang terdapat dalam Muhammad Qayyum adalah bersifat perkongsian idea semata – mata. Semua pihak bebas menyalin semula dan/atau menyebarkan apa – apa artikel yang terdapat dalam Muhammad Qayyum. Walaubagaimanapun, alamat Muhammad Qayyum perlu disertakan bersama bagi memudahkan proses rujukan oleh pihak tertentu disamping dapat meluaskan medan perkongsian.

Muhammad Qayyum Bin Halele @ mqayyum.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s