Merancang Pembentukan Suasana Intelek

“Saya ucapkan terima kasih banyak – banyak kepada semua. Terima kasih banyak. Memang perkongsian kita malam ini banyak membuka minda saya yang tidak beberapa terbuka sebelum ini”, luah adik Arif Zaki sewaktu diberikan ruangan sebagai kata – kata terakhir sebelum ditamatkan mesyuarat malam semalam.

Alhamdulillah, senang sekali mendengar perkataan tersebut, sekurang – kurangnya perancangan saya dalam membentuk suasana intelek (nama lain bagi mereka yang fobia dengan biah solehah) di FKKKSA telah disepakati oleh wakil MPP fakulti dan presiden – presiden persatuan yang bernaung di bawah fakulti tersebut. It’a a small step of a long journey. Memang saya mengharapkan respon yang positif daripada persatuan – persatuan ini kerana presiden – presiden yang telah dipilih mempunyai kecenderungan kepada ruh agama. Sekurang – kurangnya mengikuti usrah, tidak kisahlah persatuan Islam yang mana pun.

Review

Keputusan saya pada pengakhiran semester lepas untuk menawan pos presiden Persatuan pelajar Kejuruteraan Kimia (PPKK) telah mendedahkan saya kepada satu alam yang sangat berlainan. Jika dari tahun 1 sehinggalah pengakhiran tahun 2 saya melibatkan diri dalam PMI UTM, JKSK, dan LTKS yang masing – masing merupakan persatuan, seketeriat dan kelab berteraskan manhaj (sistem) Islam, kini saya bertanggungjawab memandu satu persatuan yang dilabelkan sebagai persatuan akademik. Dasarnya tidak jelas, tapi pembawaan yang wujud sebelum – sebelum ini disaratkan dengan sekularisme, heindonisme dan isme – isme yang bukan – bukan.

Dalam keadaan yang terasa asing, saya tetap berpendirian setiap organisasi itu ada peranan dakwahnya. Ada peranannya dalam membawa kepada kebaikan. Sekurang – kurangnya membawa kepada budaya berfikir secara intelek. Hal ini kerana lazimnya daripada pembacaan saya, proses kembalinya seseorang itu kepada ajaran Islam bermula daripada menggunakan akal untuk berfikir. Berfikir tentang alam, tentang hakikat kejadian, dan akhirnya menemui jalan yang membawa kepada Tuhan yang Satu.

Begitu juga halnya untuk mereka yang telah beryahadah sejak kecil lagi tetapi tidak menghayati agama itu sendiri. Semuanya perlu dirawati dengan proses membuka minda. Proses mengajak kepada berfikir. Menyedari hakikat kejadian diri dan di mana pengakhirannya nanti. Pangkalnya tetap sama, buka minda.

Proses Pembukaan Minda

Membuka minda, mengubah mind set bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dengan sekelip mata. Terutamanya bagi mereka yang telah dilazimi dengan sindrom individualistik, heindonistik, materialistik dan pelbagai lagi yang lazimnya mengarahkan mereka untuk tidak berfikir secara benar – benar mendalam. Menjadikan mereka fobia untuk mengambil aspek agama sebagai satu faktor yang perlu ditimbang sebelum melaksanakan sesuatu. Biasanya kerana doktrinisasi patuh kepada syariat itu membawa kepada kekolotan, itu tidak boleh, ini tidak boleh. Pandangan stereotaip dan bias kepada ajaran Islam. Akhirnya lahirlah program karut marut, persembahan pembukaan oleh mahasiswi – mahasiswi berpakaian ketat dan sendat dengan warna merah garang lengkap dengan make-up dan blusher yang tebal, bercatwalk sakan di atas karpet merah. Tidak jauh bezanya denagn melihat sekumpulan badut – memalukan! Kemudian MC memanggil pula pembaca doa bagi memberkati majlis. Berkat apa? Awalnya dah maksiat, tengahnya berlambak – lambakkan dengan maksiat, penutup pun maksiat lagi. Kalau tidak runtuh tempat program pun sepatutnya dah bersyukur sangat. Ada lagi peluang nak bertaubat.

Sebab itu, rawatan harus diberikan sedaya mampu. Perbincangan – perbincangan bersifat ilmiah perlu menggantikan slot – slot merepek yang telah terlazim sebelum ini. Banyakkan program bersifat pembinaan motivasi diri. Itulah antara poin – poin saya pada mereka yang hadir dalam mesyuarat semalam.

Sempat juga saya maklumkan, beberapa dasar dan perubahan yang saya telah tetapkan dalam program – program PPKK yang akan datang sebagai contoh bagi persatuan – persatuan yang lain.

“Program untuk menyambut mahasiswa tahun 1 nanti mesti dengan tujuan yang jelas. Bagi PPKK, kami meletakkan tujuan utama ialah supaya adik – adik ini nanti dapat menetapkan matlamat yang jelas dan kukuh untuk apa mereka masuk ke UTM. ‘Jelas’ bermakna mereka betul – betul tahu apa yang mereka hendak capai, sebab apa mereka belajar di sini. ‘Kukuh’ bermakna mereka dapat beriltizam pada matlamat mereka dan tidak akan mudah dipengaruhi perkara – perkara yang karut marut. Demi mencapai matlamat ini, kami mensasarkan kepada pembentukan dua aspek. Pembentukan pemikiran yang intelek dan pembentukan sahsiah yang baik”, bersungguh – sungguh saya menerangkan salah satu daripada model program PPKK kepada yang lain – lain. Exco MPP merangkap ketua fakulti, adik Izam mengangguk – angguk faham. Barangkali beliau sudah hafal pun, sebabnya, semasa saya mencadangkan diadakan mesyuarat ini beberapa minggu lepas, saya sudah pun bentangkan hal tersebut kepadanya. Mudah – mudahan beliau dapat membentuk suasana intelek yang beliau usahakan dengan bantuan persatuan – persatuan akademik fakulti.

Membentuk Suasana Intelek

Membuka minda perlu diwujudkan seiring dengan membentuk suasana intelek. Suasana yang menggalakkan kepada penghargaan kepada penggunaan akal. Suasana yang meraikan persoalan – persoalan yang kritis dan penjanaan idea- idea yang kreatif. Serentak dengan itu, suasana yang menolak budaya maksiat yang menjauhkan mahasiswa dan mahasiswi dengan nilai penghormatan kepada ilmu. Perancangan dah ada, kata sepakat dah ada, insyaAllah akan cuba digerakkan sedaya mampu.

* * * * *

Artikel yang terdapat dalam Muhammad Qayyum adalah bersifat perkongsian idea semata – mata. Semua pihak bebas menyalin semula dan/atau menyebarkan apa – apa artikel yang terdapat dalam Muhammad Qayyum. Walaubagaimanapun, alamat Muhammad Qayyum perlu disertakan bersama bagi memudahkan proses rujukan oleh pihak tertentu disamping dapat meluaskan medan perkongsian.

Muhammad Qayyum Bin Halele @ mqayyum.wordpress.com

One thought on “Merancang Pembentukan Suasana Intelek

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s