Fitrah Itu Islam, Bukan Nafsu, Maka kembalilah Pada Fitrah

Satu perkara yang saya sentiasa ingatkan diri saya, Islam itu agama yang tidak akan bertentangann dengan fitrah manusia. Hal ini kerana setiap syariat dan peraturan yang terdapat bersama ajaran Islam itu bukanlah ciptaan sesiapa melainkan kehendak Allah adanya. Begitu juga manusia, kita semua adalah hasil ciptaan Allah semata – mata. Bertitik tolak daripada keyakinan ini, maka tunduk keegoan diri saya, bahawa tiada siapa yang layak menentukan peraturan kepada manusia melainkan Allah kerana Dialah yang memiliki jiwa dan jasad saya, Dialah yang paling memahami fitrah manuisa, bahkan Dialah yang mencipta fitrah manusia seperti saya.

Atas sebab itulah, saya tidak dapat menemui titik hujah yang tepat dalam menyokong berlakunya pertentangan antara fitrah manusia dan syariat Allah. Tapi yang saya pasti, pertentangan antara nafsu dan syariat adalah benar. Satu perkara yang kita perlu jelas di sini adalah perbezaan antara fitrah dan nafsu. Saya sering mendengar perkataan yang menyebabkan batasan dan sempadan antara keduanya menjadi kabur. Sebagai contoh;

“Ustaz, ana tersepit antara fitrah sebagai seorang perempuan dan tuntutan syariat”, adu seorang muslimat kepada ustaznya.

Pertamanya, kita kena faham asas. Fitrah itu suatu perkara yang suci. Nafsu itu yang bermasalah. Bezakan, keduanya. Jangan disalahkan fitrah bila kita gagal mengawal nafsu supaya sesuai dengan syariat. Fitrah manusia adalah ketundukan kepada Allah, menikmati pemberianNya dengan penuh rasa kehambaan, dihubungkan pemberian dengan pemberinya atas jalan SYUKUR. Sedangkan nafsu itu mengajak manusia untuk mengecapi segala nikmat tanpa rasa puas, mengenepikan Tuhan sebagai Tuan punya NIKMAT dan DIRI. Sebab itu, fitrah tidak boleh dan tidak akan boleh selama – lamanya bertentangan dengan Syariat. Yang bertentangan dengan Syariat itu adalah NAFSU. Maka, perangilah nafsu dan jangan di’alasan’kan dengan fitrah.

Sempena itu, saya ingin mengajak pembaca sekalian untuk sama – sama menyokong KEMPEN BADAN BERTINDAK UTM ZON LARANGAN BONCENG. Satu seruan yang mengajak kita kembalikan fitrah Islam dan mengetepikan desakan nafsu! Layari http://pmiutm.blogspot.com/2009/07/pmiutm-tubuh-jawatankuasa-bertindak.html

Buat mereka yang masih bersoal – soal tentang pengharaman gejala bonceng antara lelaki dan perempuan, sudah tentu hukumnya bukan wajib, sunat ataupun harus.  Tidak ada sesiapa rasanya yang mahu menghujahkannya sebagai makruh.  Maka yang tinggal hanyalah haram. Apakah dalil ianya haram?
Firman Allah S.W.T bermaksud,

“…dan janganlah kamu mendekati zina…”

(Surah al-Israa:32 )

Zina akhirnya akan membawa kehancuran sesebuah keluarga, pengguguran, pembuangan anak dan lain-lain jenayah. Maka selayaknyalah Islam menutup dari awal pintu-pintu penzinaan.

Menaiki motosikal bersama akan membawa kepada persentuhan, berpelukan dan juga pergeselan. Jikalau melihat pun sudah membawa tarikan untuk “keinginan” dan nafsu, apatah lagi jika sudak bergeselan, berpelukan dan besentuhan. Jika tidak berzina secara hakiki pun, perbuatan itu sudah cukup menggambarkan zina dan ia tergolong di dalam zina kecil.

* * * * *

Artikel yang terdapat dalam Muhammad Qayyum adalah bersifat perkongsian idea semata – mata. Semua pihak bebas menyalin semula dan/atau menyebarkan apa – apa artikel yang terdapat dalam Muhammad Qayyum. Walaubagaimanapun, alamat Muhammad Qayyum perlu disertakan bersama bagi memudahkan proses rujukan oleh pihak tertentu disamping dapat meluaskan medan perkongsian.

Muhammad Qayyum Bin Halele @ mqayyum.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s