Mahasiswa Mengguggat? Menggigit? Menggaru?

Apakah peranan sebenar Mahasiswa dalam masyarakat?

Adakah Mahasiswa berperanan dalam masyarakat?

Jika anda mahasiswa, jawablah dua soalan tersebut, jika anda bukan mahasiswa, jawab juga soalan yang diajukan.  Kita lihat jika ada pertembungan antara jawapan anda sebagai mahasiswa atau bukan dengan mereka yang lain samada mereka mahasiswa atau bukan.  Kemudian, jika anda mahasiswa, nilaikan kembali secara individu, adakah anda memenuhi ekspektasi awam terhadap mahasiswa bahkan adakah anda memenuhi ekspetasi anda sendiri terhadap mahasiswa.

Apa pun ekspetasi kita semua terhadap hubungan mahasiswa-masyarakat, saya kira kita akan terbahagi kepada tiga kumpulan asas. Mengguggat, menggigit atau menggaru.

Di mana anda?

Adakah anda mengguggat?

Menggigit?

Atau sekadar menggaru?

Terus terang, perumpamaan menggugat, menggigit, dan menggaru boleh disabitkan pada skop yang sangat luas sehingga sukar bagi saya mengklasifikasikan antara ketiganya. Lebih – lebih lagi menggugat dan menggigit.  Pada pandangan anda apakah yang dimaksudkan dengan mahasiswa menggugat? Dan apa pula yang dimaksudkan dengan mahasiswa menggigit? Mendefinasikan mahasiswa pastinya lebih mudah. Mungkin anda sendiri pun sudah mampu menangkap maksud saya. Sekarang terpulang kepada saya bagi meletakkan definisi yang sesuai bagi mahasiswa menggugat dan menggigit.

Memandangkan perkataan mengguggat dan menggigit adalah kata kerja, pasti kedua – duanya akan melibatkan proses. Apa itu proses? Proses ialah apa – apa perkara melibatkan kemasukan input dan kemudian menghasilkan output. Samada secara fizikal, kemikal (chemical-kimia), biologikal, emosional, dan lain – lain bentuk proses lagi. Dengan kata lain, proses akan menghasilkan kesan. Oleh itu, saya mahu membawa anda melihat dari faktor kesan daripada menggugat dan menggigit.

Sebelum itu, di sini saya sertakan definisi menggugat mengikut kamus dewan edisi keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2005).

  1. mendakwa, mengadukan (perkara) kpd mahkamah;
  2. mendesak supaya menepati janji, membangkitkan perkara yang sudah-sudah, mengkritik dgn keras, mencela, membantah, menyanggah.

Pastinya konteks mahasiswa menggugat lebih menekankan kepada takrifan kedua dalam Kamus Dewan tersebut berbanding tekrifan pertama yang lebih kecil skopnya.  Saya kira aktivis mahasiswa daripada rantau manapun akan setuju dengan saya dalam hal ini. Seterusnya, definisi menggigit daripada kamus yang sama ialah:

  1. mengapit (mengacip, menyepit, dsb) dgn gigi;
  2. mengapit atau mencengkam (berkenaan kasut);
  3. berasa seakan-akan dicengkam atau dicucuk-cucuk (kerana kelaparan dan lain – lain) ;
  4. menimbulkan rasa seakan-akan dicengkam-cengkam atau dicucuk-cucuk (kerana kesejukan dan lain – lain).

Di sini saya kira apa yang saya maksudkan dengan mahasiswa menggigit adalah perumpamaan kepada takrifan pertama.  Anda setuju? Kerana memperumpamakan ‘menggigit’ kepada takrifan yang lain akan terlalu mebesarkan skop bahkan, takrifan yang lain itu juga sebenarnya adalah perumpamaan daripada takrifan pertama (sudah tentu berdasarkan penelitian dan kefahaman peribadi saya sahaja).

Oleh itu, apa itu mahasiswa yang ‘menggugat’? Seperti yang saya katakan, kita akan lihat kesan daripada ‘menggugat’ itu. Proses menggugat jika dilihat daripada definisi kamus agung Malaysia itu, akan membawa kepada satu titik, iaitu menjatuhkan satu – satu institusi itu. Pada saya, apa sahaja bentuk institusi akan mampu digugatkan samada institusi kerajaan, koperat, swasta, persatuan, bahkan institusi raja (di sini saya mahu tekankan, saya tidak bermaksud mengajak anda untuk menggulingkan sistem beraja – harap maklum!). Apa yang memainkan peranan adalah strategi yang bersesuaian untuk memanipulasi semua sumber yang ada disekeliling mahasiswa untuk menjalankan proses menggugat. (ya, saya menekankan perkataan proses, kami mahasiswa kejuruteraan sangat objektif dalam melihat sesuatu itu dalam bentuk ‘input-process-ouput’ – harap maklum!).

Kenapa menggugat? Banyak sekali faktor yang kritikal bagi saya kenapa mahasiswa mahu menggugat satu – satu institusi, yang jelasnya mereka bertindak demikian kerana kegiatan-kegiatan yang tidak selaras dengan keinginan mereka telah dilakukan oleh pihak pemerintah atau kuasa-kuasa luar negara. Di sini kita tidak boleh prejudis sama sekali. Mungkin penentangan mereka betul dan mungkin juga salah, semuanya termaktub pada sistem penilaian masyarakat semasa, tapi bagi muslim, nilaian yang digunapakai sepatutnya tidak berubah, apa yang haram dari segi syariat akan tetap haram!

Kemudian, apakah itu mahasiswa yang ‘menggigit’? Seperti yang saya katakan juga tadi, kita akan lihat kesan daripada ‘menggigit’ itu. Menggigit itu secara fizikalnya akan memisah – misahkan bahan yang digigit bahkan selalunya akan menghancurkan bahan yang digigit itu. Oleh itu, saya mendefinisikan mahasiswa yang menggigit ini sebagai golongan yang melakukan proses kemusnahan dan kehancuran secara fizikal.  Tidak seperti mahasiswa menggugat yang berusaha menjatuhkan atau menumbangkan sesuatu institusi, mahasiswa menggigit ini bertindak menghancurkan secara fizikal satu – satu entiti tersebut. Kalau orang, habis dilanyaknya; kalau peti surat, hancur dibantainya. Termasuk di sini, mereka yang tanpa segan silu menjahanamkan anak dara orang dengan nafsu serakah mereka.

Siapa mereka? Mereka adalah golongan yang kasar dalam tindakan dan tidak sukar mengambil keputusan untuk menggunakan keupayaan fizikal mereka bagi memenuhi kehendak mereka. Kehadiran mereka sangat signifikan apabila kita mula nampak gejala vandelisme dan salah laku sosial berleluasa di kampus – kampus. Golongan ini amat merbahaya sekali pada masyarakat apabila dilepaskan kembali kepada masyarakat. Bukan saya mahu menghentam golongan ini, tetapi kemaraan dan kembang biak mereka wajib dibendung! Kerana mereka ini berstatus mahasiswa dan diajar dengan pelbagai kemahiran, dan kemahiran itu pastinya akan dimanipulasikan dengan sewenang – wenangnya bagi memenuhi kehendak perut dan bawah perut mereka. Menakutkan bukan?

Seterusnya golongan terakhir; mahasiswa menggaru. Siapakah mereka, mudah sahaja, mereka ini golongan mahasiswa yang hanya menggaru – garu sahaja anggota badan mereka yang tidak gatal. Apabila ditanya isu masyarakat, maka dijawabnya dengan’ “tak tahu” sambil mengaru – garu muka. Apabila ditanya isu kampus, maka dijawabnya dengan’ “tak tahu” sambil mengaru – garu tangan. Apabila ditanya isu agama, maka dijawabnya dengan’ “tak tahu” sambil mengaru – garu kaki. Semua tidak tahu. Yang mereka tahu mungkin sekali jalan cerita dan watak komik kegemaran mereka. Mereka ini apabila dilepaskan kepada masyarakat, mungkin boleh berperanan, mungkin juga tidak. Tetapi yang pasti, di kampus, mereka tidak tahu untuk berperanan sebagai masyarakat.

Akhir sekali, siapakah anda? Mahasiswa menggugat? Menggigit? Atau menggaru?

Jawab – jawab, jangan tak jawab!

* * * * *

Artikel yang terdapat dalam Muhammad Qayyum adalah bersifat perkongsian idea semata – mata. Semua pihak bebas menyalin semula dan/atau menyebarkan apa – apa artikel yang terdapat dalam Muhammad Qayyum. Walaubagaimanapun, alamat Muhammad Qayyum perlu disertakan bersama bagi memudahkan proses rujukan oleh pihak tertentu disamping dapat meluaskan medan perkongsian.

Muhammad Qayyum Bin Halele @ mqayyum.wordpress.com

3 thoughts on “Mahasiswa Mengguggat? Menggigit? Menggaru?

  1. salam. mahasiswa sepatutnya menggugat..tapi yang digugat itu perlu berlandaskan kebenaran, bukan kebatilan..tidak sepatutnya menggigit, itu kerja water cannon dan tear gas…jauhkan dari menggaru, mahasiswa adalah harapan negara..yang sepatutnya tahu isu nasional dan internasional, bukan hanya tahu isu “internasional” filem korea mahupun jepun..

  2. jadilah mahasiswa mengugat kerana mahasiswa itu akan membawa perubahan buruk kpd baik. mahasiswa perlu banggun menentang kebatilan yang berlaku…untuk menegakkan kebenaran.

  3. nukilan yg bagus sbb buat ana terpkir ana ni golongan yg mana..tp rsenyer x t’msuk dlm keiga-tiga golongan..

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s