Baru–baru ini, saya telah diminta untuk menyatakan penyelewengan yang berlaku dalam GPK melalui komen di:

http://suarajagat.wordpress.com/2009/08/09/buyut-terbakar/#comment-611

Saya sebenarnya tidak gemar menyentuh satu–satu kumpulan itu secara terus. Saya tidak mahu disalahfahami sebagai mahu memusuhi pengikut–pengikut kumpulan ini. Apatah lagi, saya bukan mahu menghukum mereka, tapi mahu mengajak mereka yang pernah terlibat dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat dan penyelewengan akidah untuk kita sama–sama membuka perbincangan yang jujur dan ikhlas untuk mencari kebenaran dengan penuh toleransi, bukan dengan pergaduhan dan provokasi penuh emosi. Berikut adalah jawapan saya:

Assalamualaikum.

Sebenarnya, saya sangat tidak berminat berhujah dalam lingkungan sempit seperti ini.  Kita masing-masing akan terus salah menyalahkan, terus berprovokasi, hujahnya tiada nilai mencari kebenaran, hanya mahukan kemenangan emosi. Satu komen umpama menitiskan setitik lagi minyak dalam api yang semakin membara. Kebenaran tetap ditolak ke tepi.

Menjawab persoalan khusus kepada saya, iaitu persoalan akidah yang terseleweng. Berdasarkan maklumat daripada bekas pengikut-pengikut yang kini aktif sebagai bloggers. Pada perspektif saya, mereka semua jujur dalam menulis hal ini, ini diperkuatkan lagi dengan kosistensi maklumat yang mereka catatkan, tidak bertentangan antara satu sama lain. Maka saya simpulkan beberapa perkara:

Pertama: Meyakini bahawa mereka yang di luar ajaran adalah BUKAN ORANG ISLAM. Bermakna ahli GPK mengkafirkan para ulama’ yang setia mengikuti dan menyampaikan ajaran Islam secara terurus daripada satu generasi ke satu generasi. Mengkafirkan mereka yang berpenat lelah, terbunuh syahid menegakkan Islam di seluruh dunia. Menafikan keIslaman para pejuang Islam yang menentang Toghut siang dan malam dalam khemah-khemah jemaah Islam. Tidakkah kita pernah mendengar hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, “Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Apabila seseorang mengkafirkan saudaranya, maka ucapan mengkafirkan itu akan kembali kepada salah seorang di antara keduanya iaitu yang berkata atau yang dikata”. Hadith tersebut merupakan satu peringatan, supaya kita jangan mudah mengkafirkan orang lain. Apatah lagi, mengkafirkan mereka yang setia dengan jalan Islam, menafikan keIslaman mereka yang menadah kitab, berhadapan guru bagi memperoleh ilmu yang diwarisi daripada Nabi Muhammad SAW.

Kedua: Mempertangguhkan kewajipan amalan yang fardhu ain seperti solat dan puasa atas alasan negara Islam belum terbentuk. Menganggap syariat tidak wajib dirlaksana selagi belum ada entiti ‘negara Islam’. Perkara ini jelas menunjukkan kesalahfahaman yang jelas tentang tuntutan Islam. Menafikan kewajipan yang Allah perintahkan kepada setiap individu dengan alasan seperti itu bermakna, anda menganggap ajaran Islam yang yang diturunkan Allah SWT, disampaikan secara sempurna oleh Rasulullah SAW sejak 1400 tahun dahulu tidak sempurna untuk diamalkan. Ambillah pengajaran daripada peristiwa selepas Hijrah, sebelum Nabi mendapat perintah mengalihkan kiblat ke Makkah, sedangkan hati baginda tidak cenderung berkiblatkan Baitul Muqaddis, dalam pada masa yang sama, golongan Yahudi mengejek-ejek kaum muslimin kerana berkiblatkan Kota Suci mereka. Adakah kaum muslimin dan Nabi menangguhkan solat dan tunggu sehingga arahan pertukaran kiblat baru dijalankan solat? Tidak! Apa yang telah diwajipkan Allah terus wajib.

Saya pelik apabila dimaklumkan ajaran GPK mengatakan bahawa, ibadat seperti solat tidak wajib kerana Nabi SAW, tidak diperturunkan syariat sehinggalah tertubuhnya Negara Islam Madinah. Hujah ini sangat menyeleweng. Pengsyariatan solat berlaku semasa peroistiwa Isra’ dan Mi’raj. Peristiwa besar ini berlaku sebelum Hijrah. Selepas peristiwa itu, wajib kaum muslimin solat 5 waktu. Tanpa menunggu adanya sebuah negara Islam. Maka, kita boleh lihat di sini, soal terbentuk atau tidak ‘negara Islam’ bukan alasan menangguhkan pengsyariatan ibadah Fardhu ‘Ain.

Ketiga: Memperakui status pimpinan mereka seumpama Nabi dan Rasul. Dengan mudah, mereka menggunakan bahasa arab untuk mendefinisikan Rasul sebagai ‘pembawa berita’, tidak ubah seperti posmen. Begitu juga mereka, sebagai penyampai ‘pendakwah’ adalah pembawa berita, maka mereka adalah Nabi dan Rasul. Benar, dari segi bahasa, rasul itu bermaksud seperti di atas. Tetapi, kita sepatutnya faham, Allah tidak menggunakan sesuatu kalimah itu atas maksud kosong seperti itu. Dengan kata lain, Rasul dari segi istilah syariat Islam, adalah lelaki yang dilantik oleh Allah untuk menyampaikan wahyu bagi dirinya sendiri dan disampaikan kepada umatnya. Saya lontarkan persoalan, buat mereka yang sewenang-wenangnya mengakui kerasulan diri sendiri, adakah anda mendapat wahyu dan dilantik Allah SWT? Pastinya tidak! Jika kita rujuk hadith yang diriwayat Bukhari dan Muslim, Nabi SAW bersabda:

 “Perumpamaan aku dan para nabi sebelumku ialah seperti seorang lelaki yang membuat sebuah bangunan, yang diperindahkan dan dipercantikkan keseluruhnya, kecuali satu tempat untuk batu bata di salah satu sudutnya. Ketika orang-orang mengelilinginya, mereka kagum dan berkata, ‘Seandainya ada batu bata yang diletakkan di sana’. Akulah batu bata itu, dan akulah penutup para nabi”.

Hadith ini menjelaskan Rasulullah SAW mengakui ketetapan bahwa tiada lagi Nabi selepas baginda, apatah lagi Rasul. Sebab, kedudukan kerasulan adalah lebih khusus dari kedudukan kenabian, iaitu setiap Rasul, sudah pasti Nabi tetapi tidak sebaliknya. Itu belum dibahaskan daripada sudut akhlak kenabian, kemukjizatan, dan lain-lain keistimewaan seorang Nabi dan Rasul.

Dan buah penutup, bukankah SS Dr MAZA sendiri menyatakan secara rasmi dalam Berita Harian mengenai penyelewengan akidah oleh GPK? Apalah sangat hujah saya yang tidak berautoriti dalam agama. Pastinya beliau menghukum kesesatan GPK atas kapasiti yang layak sebagai seorang mufti. Sila rujuk:

http://negarakurniaallah.blogspot.com/2008/11/ada-pegawai-jabatan-agama-pengikut.html

11 thoughts on “Gerakan Pemuda Kahfi: Apakah Penyelewengan Kamu?

  1. salam,,,
    untuk pengetahuan saudara,
    org GPK tidak mempercayai peristiwa isra’ & mikraj.
    pada pandangan mereka, apabila mereka melakukan perjalanan malam ke tempat program, itulah isra’ mikraj mereka… wallahualam

    1. wassalam Kak Syifa, syukran atas perkongsian. Kalau macam tu, panjang lagi la perbahasan yang perlu dilakukan. Kak pernah berhadapan dengan anggota kumpulan ke? Sayang sekali saya cuma dapat maklumat daripada internet, tidak dapat maklumat yang lebih detail. Kalau kak ada kenal sesiapa, boleh kenalkan tak? Boleh saya buat perbincangan ilmiah dengan mereka.

  2. salam.. mungkin saudara perlu membuat kajian secara detail tentang apa yang ada dalam ajaran ini. lebih mudah untuk saudara membuat kupasan dan hujah dibahagian mana yang terpesong. semoga allah memberi hidayah kepada mereka untuk menerima kebenaran. actually, nice article. good job. teruskan menulis =)

  3. assalamualaikum. saya suka cara kamu berhujah tidak ikut emosi.. dan saya suka niat kamu untuk berhujan secara ilmiah dengan mereka…. untuk mendapatkan 1 persefahaman….niat yang mulia…. semoga allah tunjukkan jalan kepada kamu…. IHDINASSIROTOLMUSTAKIM…… saya baru jumpa SUARAJAGAT tapi lebih tertarik ke blog kamu… sebelum ni sibuk membaca blog2 dari indonesia sebab…mereka cakap bernas…baru kelmarin saya terfikir kenapa tak ade blog di malaysia yg memberi ilmu dan berhujah berlandaskan nas Al Quran…then now saya hampir jumpa…. terima kasih kerana berkongsi ilmu… dan sekiranya ditakdirkan kamu berjumpa dengan anggota kumpulan tu….jangan lupa kongsikan….. ntah kenapa saya rasa tertarik dengan topik GPK ni…padahal baru je terjumpa laman yang menghujahkan secara dalam tindak tanduk pergerakan mereka….. pasti ada hikmahnya…..

  4. salam…saya nk tanya saudara apa yg dimaksudkan sunnah berdasarkan hadis nabi saw pd haji wida’ yg berbunyi : ‘ Ku tinggalkan dua perkara pusaka, taklah kamu sesat selamanya selagi kamu berpegang kepada keduanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya’…

  5. Wassalam. Secara umumnya, sunnah berdasarkan jumhur ulama merujuk pada 3 perkara; perbuatan, percakapan, dan pengakuan ar-Rasul SAW.

    Saya kira anda faham dengan perbuatan dan percakapan, pengakuan (takrir) merujuk kepada perbuatan atau percakapan para sahabat yang dibenarkan oleh ar-Rasul SAW. Sebagai contoh, sewaktu Khalid al-Walid memakan dhob, ar-Rasul SAW tidak makan dan tidak pula melarang, peristiwa ini membawa makna, dhob halal dimakan. Wallahualam.

    Saya nasihatkan untuk anda merujuk kepada para ulama’ untuk kefahaman yang lebih mendalam. Banyak blog yang baik untuk anda bertanya mengenai Islam seperti blog Ustaz Zaharuddin, Ustaz Azhar Idrus dan lain – lain. Saya sudah siapkan link ke blog – blog mereka di panel sebelah kanan bawah tajuk Pewaris Anbia’.

  6. penah jumpa sendiri ke dgn pengikut ni?
    saya ada rakan yg masih aktif. saya rasa dia dah 10 tahun kot berada dlm gerakan tu. sebab saya tinggalkan group ni dalam tahun 2005, kejap je seminggu

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s