Sekali lagi saya poskan komen saya terbaru daripada:

http://suarajagat.wordpress.com/2009/08/09/buyut-terbakar/#comment-621

Hal ini kerana pada pagi tadi, saya dikejutkan dengan komen yang memeningkan daripada seseorang yang saya syak sebagai pengikut GPK. Berikut adalah komen beliau:

ISLAM Says:

26/08/2009 at 8:47 am

hmm….ada masalah ker dengan perkataa kafir 2?…setahu i la kafir 2 mean ingkar…yang selain islam 2sememangnya kta dh tahu kafir…tp saper y mengunakan al-quran? orang islam la…yang paham al-quran org islam la….so sapa y ingkar ayat al-quran orang islam la….so x salah la kta guna perkataan kafir…sama jer maknanya cuma bahasa menurut di sisi Allah tu tegas sikit….hanya orang2 yang berfikir jer dapt menerima…

Lama juga masa yang saya fikirkan untuk faham persoalan yang ditimbulkan beliau. Setelah dibincangkan dengan beberapa orang, saya berpendapat, beliau tidak faham hakikat istilah KAFIR itu dari segi ilmu akidah. Bahkan, setelah diteliti semula modus operandi GPK yang menafsirkan al-quran tanpa merujuk disiplin – disiplin yang telah digarisi jumhur ulama’ sesuai seperti yang diwarisi sejak zaman ar-Rasul SAW sehinggalah sekarang, saya kira beliau mungkin tidak memahami hakikat istilah –istilah syarak secara keseluruhan. Berikut adalah jawapan saya:

Astaghfirullah..  Itu pada pandangan saudara ISLAM bukan? Soal di sini, bukan mainan bahasa, saudara. Bukan kita definisi guna bahasa arab fushah sahaja. Bukan soal tengok kamus, kafaro=engkar. Bukan! Para ulama’ sejak zaman berzaman telah menggarisi setiap istilah yang digunapakai dalam al-Quran berdasarkan boundary yang telah Allah SWT guna dalam al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah SAW.

Sebagai contoh, kalimah ‘RASUL’. Jika dilihat dari sudut bahasa arab fushah, rasul bermakna pembawa berita atau utusan. Kita lihat pada zaman Rasulullah SAW, baginda telah menghantar utusan ke romawi, adakah utusan tersebut Rasulullah istilahkan sebagai Rasul sebagaimana baginda mengiktiraf dirinya sebagai Rasul? Lihat pula para Sahabat (rad), adakah mereka mengiktiraf diri mereka sebagai Rasul walaupun mereka bersama – sama Rasulullah SAW menyebarkan Islam? Bahkan, sewaktu zaman Saidina Abu Bakar rad menjadi khalifah, beliau mengisytiharkan perang kepada golongan penipu yang mendakwa kerasulan diri mereka. Apakah yang diperangi oleh Abu Bakar itu penghantar surat? Tidak, yang diperangi adalah mereka yang mengakui bahawa mereka menjadi Rasul sebagaimana Nabi Muhammad SAW menjadi Rasul.

Berbalik kepada persoalan ‘kafir’. Banyak orang yang melakukan kejahatan dalam dunia ini, tetapi buka semua Allah SWT gelarkan sebagai kafirun (golongan kafir), ada yang digelar munafiqun, murtadun, fasiqun dan sebagainya. Kenapa Allah SWT tidak mempakejkan semua sekaligus dalam satu ‘Khemah Kafirun’? Dan kenapa pula ada satu hadith khusus melarang sesama muslim mengkafirkan saudaranya yang lain dengan sewenang – wenangnya?

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar:

“Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Apabila seseorang mengkafirkan saudaranya, maka ucapan mengkafirkan itu akan kembali kepada salah seorang di antara keduanya iaitu yang berkata atau yang dikata.”

(Hadith riwayat Muslim dan Bukhari)

Bermakna kalimah kafir itu berat dari sudut pandang akidah Islamiyyah. Orang yang berbuat jahat, berzina, mencuri dan sebagainya, tidak mesti kafir. Mereka mungkin fasiq.  Melakukan kejahatan dan larangan Allah SWT. Tetapi dalam hati mereka siapa tahu mereka masih beriman. Mereka mungkin minum arak, tetapi mereka tidak menafikan pengharaman arak oleh Allah SWT, mereka mengakui arak itu haram. Golongan ini tidak mengengkari kalam Allah, cuma mereka melakukan kejahatan, mereka digelar fasiq. Begitu juga org yang tidak solat, tetapi tidak menolak hukum solat 5 waktu itu fardhu atas dirinya, tetapi,dia tidak solat kerana malas. Orang ini akidahnya lemah, tetapi bukan seorang kafir. tetapi, orang yang tidak solat kerana mengatakan solat itu tidak wajib atas dirinya, yang ini boleh jatuh kafir. Tetapi, siapakah yang berhak menghukum mereka ini kafir? Kalau penolakannya itu atas dasar salah faham, jahil dan sebagainya, itu masih tidak dihukumkan kafir, tetapi jahil. Tetapi jika setelah diberi makluman, diminta bertaubat, tetap degil, mereka sendirilah yang mengakui kekafiran mereka.

Pokok pangkalnya di sini adalah ilmu. Ilmu mengenai al-quran dan sunnah. Tafsiran al-quran bukan mengikut akal dan takwilan sendiri tanpa merujuk disiplin-disiplin yang sepatutnya. Sebab itu saya menyeru untuk kembali kepada pengajian Islam ‘mainstream’.

Apa yang saya maksudkan dengan ‘mainstream’? Pengajian agama yang betul dan lurus diwarisi daripada para ulama terdahulu yang mereka warisi daripada ulama sebelum itu sehinggalah sampai kepada ar-Rasul SAW. Bukannya pengajian daripada satu golongan yang tidak tahu dari mana tiba–tiba muncul mengaku kenabian mereka dan menafsirkan al-quran semula sesuai dengan keinginan (nafsu) mereka dengan takwilan yang bukan – bukan. Ingatlah satu hadith baginda ar-Rasul SAW:

“Sebaik-baik manusia adalah pada kurunku, kemudian generasi setelah mereka, kemudian generasi setelah mereka. Kemudian akan muncul suatu kaum yang memberi persaksian mendahului sumpahnya, dan bersumpah mendahului persaksiannya.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Atas dasar ini para ulama’ ahlul sunnah wal jamaah begitu berhati-hati menuruti sunnah baginda dan begitu berhati-hati dalam memahami al-quran dan as-sunnah supaya semuanya tidak terlepas daripada sempadan yang sepatutnya selaras dengan apa yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi. Bukan bangun satu kumpulan yang tidak bertali arus dengan generasi terdahulu, kemudian mendakwa tafsiran merekalah yang betul. Ingatlah juga larangan Allah SWT,

 “..dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek – ejekan (dan permainan)..”

(al-baqarah:231).

 Wallahualam.

10 thoughts on “Kalimah-kalimah Al-Quran Bukan Terjemah Guna Kamus Arab – Melayu

  1. ya, alhamdulillah kita bersama – sama atas dasar perjuangan akidah. Mudah – mudahan kita tergolong dalam golongan yang mendapat lindungan naungan arasy Allah SWT sesuai dengan hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW telah bersabda:

    “Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”

    (Riwayat Muslim)

    1. Syabas Qayyum…Hebat sekali penjelasan saudara…tapi sayang…tak ada sumbangan kepada usaha untuk tegak syariat islam…setakat menulis dalam blog anak-anak autistik pun boleh buat….Saudara qayyyum boleh tak kita fikirkan sama macam mana nak selamat bangsa Melayu kita ni?Macam mana nak perkasakan kembali Islam…Sehingga Hukum Syariat Islam itu berlaku seluruhnya…Macamana supaya seluruh umat islam memiliki aqidah yang jelas..bukan sekadar makna aqidah yang sempit dan berbelit-belit..Macamana supaya bangsa Islam boleh berdiri sama tinggi dengan bangsa bukan islam…Macamana supaya Bangsa islam hari ni boleh jadi hebat meniti zaman seperti Islam dizaman Rasullah, Al Rashidin, Umaiyah, Abasiah dan Uthmaniah……..

  2. Ramadhan saat yang sangat tepat untuk kita meningkatkan lagi kedekatan kita pada Al-Qur’an.
    Kalau bisa khatam sekali, atau 2x lebih bagus lagi. Dan nanti setelah Ramadhan juga harus tetap dipertahankan.

    Selain baca juga harus meresapi makna setiap kata dlam Al-Qur’an, baca terjemahan atau tafsirnya. Syaamil ada Al-Qur’an dengan terjemahan perkata, sangat memudahkan untuk membaca Al-Qur’an sekaligus mengetahui arti setiap katanya, juga sangat membantu kalau mau belajar bahasa Arab. Coba lihat di http://www.sobatmuslim.com

  3. Assalamualaikum,

    I’ve recently come across some fellow muslims who are extremely against non-muslims. In fact their so strongly against it that they make fun of other religion.In my opinion, it isn’t wise to make fun of another persons religion of which is different from ours.So I reminded them.In a kindly manner of course. I was just remembering what was written in the Surah al-Khafiroun: To you be your religion and to me mine. Was I doing the right thing?

  4. sy berminat dengan apa yg saudara tulis, sy hanya insan biasa yg kurang pandai dalam bab2 agama. penjelaskan saudara sangat memeningkan sy. adakah pada zaman Nabi SAW dan para sahabat wujud sistem demokrasi? kenapa perlu rakyat yang memilih, adakah kuasa atas rakyat atau dari Allah SAW yg menerangkanya melalui Al-Quran dan Hadith.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s