Baru–baru ini, saya diasak dengan soalan–soalan daripada pihak GPK, katanya saya ini sibuk nak menjatuhkan mereka, bukan mahu berjuang meninggikan Islam seperti mereka. Salah satunya adalah seperti berikut:

https://mqayyum.wordpress.com/2009/08/27/kalimah-kalimah-al-quran-bukan-terjemah-guna-kamus-arab-melayu/#comment-35

Seolah–olah merekalah yang bersusah payah mahu menegakkan kedaulatan Islam di Malaysia. Berikut adalah jawapan saya.

Baiklah, saya terangkan macam ini.

Saya tidak menolak perjuangan Islam. Bahkan, saya salah seorang ahli gerakan Islam yang di Malaysia. Sebaris dengan kumpulan-kumpulan Islam yang lain di Malaysia seperti ABIM, JIM, HALUAN dan pelbagai lagi. Kami bergerak dalam jemaah dengan organisasi yang kukuh dibawah pimpinan ulama’ yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan matlamat mengehakkan syariah Islam. Kami daripada rumpun yang sama dengan Jemaah Ikhwanul Muslimin di Mesir, HAMAS di Palestin,  PKS di Indonesia dan lain-lain jemaah Ikhwan di seluruh negara Islam yang mempunyai cita-cita yang sama.

Penentangan saya kepada GPK adalah kerana GPK menyebarkan ajaran akidah palsu. Iaitu Hudan-Bainat-Furqan (HBF). Sedangkan HBF itu bukanlah satu sunnah ar-Rasul SAW. Tiada sirah yang menunjukkan bagaimana Rasulullah SAW mentafsirkan al-Quran dengan kaedah tersebut. Benar dalam al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 185 yang bertejemahan;

 “…bulan Ramadan Yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah…”

Tetapi anda semua terikut dengan tafsiran yang menyeleweng. Tidak beriman dengan perkara ghaib seperti HAKIKAT HARI AKHIRAT, HAKIKAT NUBUWWAH (KENABIAN) / RISALAH (KERASULAN), HAKIKAT MALAIKAT, dan YANG PALING PENTING HAKIKAT ALLAH ITU SENDIRI!

Mana mungkin anda membainatkan Allah sebagai sistem pemerintahan negara? Tidakkah anda berpegang kepada surah al-Ikhlas ayat 4;

“Dan tidak ada sesuatu apapun yang serupa denganNya”

Allah itu Tuhan, al-Khaliq, WUJUDnya Allah itu dengan QIDAM (SEDIA ADA) dan BAQA (KEKAL). Tidak kira jika seluruh umat manusia di dunia ini kufur kepada Allah, maka tidak sedikit pun Allah SWT akan jatuh kekuasaan atau zatNYA. Allah itu Maha Sempurna. Bagaimana kalian mahu membainatkan Allah? Jika kalian membainatkan Allah dengan sesuatu, maka kalian telah mengatakan Allah itu serupa dengan makhluk. Orang musyrik dahulu membainatkan tuhan–tuhan mereka dengan membuat patung berhala, kalian pula membainatkannya dengan satu sistem pemerintahan. Apa bezanya? Sistem pemerintahan itu makhluk! Yang diciptakan!

Kenapa begitu sukar kalian mempercayai perkara – perkara ghaib? Tidakkah kalian takut dengan ancaman Allah dalam surah at-Takaathur, ayat 5-7 ;

“sekali lagi (diingatkan), jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat! Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan berada di jalan yang benar). (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. Kemudian, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!”

Pengajaran daripada ayat di atas, Allah mengancam mereka yang tidak mahu beriman dengan perkara ghaib berdasarkan ‘ilman yakin’ (keyakinan atas dasar ilmu) yang disampaikan olah para Rasul SAW, dalam konteks sekarang, para ulama’ yang jujur. Sebaliknya mahu dibuktikan secara berjisim atau material, barulah mahu percaya. Maka untuk golongan ini, Allah ancamkan dengan api neraka yang menjulang, apabila mereka berada dihadapannya kelak, barulah akan rasakan kebenaran dengan ainul yaqin (keyakinan dengan melihatnya sendiri) sewaktu mereka dilemparkan di dalamnya.

Perjuangan Islam itu bukan atas dasar semangat. Tetapi atas dasar kefahaman. Kefahaman terhadap nilai Islam itu sendiri. Ya, video itu boleh memberi keinsafan dan motivasikan diri untuk berjuang, tetapi ingatlah, barangsiapa yang berjuang atas dasar semangat, perjuangan anda tidak akan ke mana. Kerana anda tidak faham tuntutan sebenar perjuangan Islam. AKIDAH PERJUANGAN wajib dikhadamkan. Apakah dalil yang menyatakan kesempurnaan akidah adalah dengan menentang kebatilan toghut? Maka dihafal dan difahami ayat ini:

“…oleh itu, sesiapa engkar kepada toghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka dia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus…”

Al-baqarah:256

Kemudian, apa itu toghut? Maka berkata pula Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah rah;

“Thaghut itu setiap yang diagungkan tanpa kerana ketaatan kepada Allah dan rasulnya baik daripada manusia atau syaitan atau pun daripada berhala.”

(Jami Rasail dengan tahqiq m/s 373 Jilid 2)

Maka apakah menyamakan Allah dengan makhluk sistem dan mengengkari hakikat perkara- perkara ghaib yang disepakati oleh jumhur ulama’ seperti yang saya nyatakan di atas adalah ketaatan kepada Allah? Pastinya TIDAK! Bahkan fahaman yang begitu adalah toghut.

Maka atas dasar fahaman yang jelas, saya menentang GPK. Saya bukan menentang perjuangan Islam. Saya tidak menentang PAS, ABIM, JIM, PKS, Ikhwanul Muslimin, AKP dan lain–lain kerana akidah mereka sohih dan selaras dengan al-Quran dan as-Sunnah. Bahkan saya salah seorang daripada mereka. Dan kami dalam masa yang sama juga menentang kerajaan toghut yang berpegang kepada sekularisme. Dan kami sering kali menerima mehnah dan tribulasi atas dasar perjuangan kami.

Saya dinasihatkan oleh seorang teman, agar slowdown kerana bimbangkan anda semua yang tidak mahu membuka mata kepada kebenaran nilai Islam. Ya, kami bimbangkan kalian. Kalian begitu mudah berhujah tanpa ilmu. Setiap hujah saya yang bersandarkan dalil yang jelas, kalian tentang semula dan kalian sisipkan dengan ayat al-Quran sesuka hati kalian. Berapa kali saya terpaksa tegur perbuatan kalian itu? Dan kami bimbangkan kalian kerana betapa besarnya dosa dan kesesatan yang kalian buat dengan setiap komen kalian.

Saya berapa kali pernah berkata, jika kalian betul – betul benar, buktikan kebenaran kalian dengan hujah yang jelas kerana itu adalah sunnah, tetapi tidak. Sebaliknya kalian menimbulkan kenyataan mengelirukan. Saya sudah katakan, jika kalian benar, saya tiada masalah untuk berpihak kepada kalian, tetapi apakah respon kalian menunjukkan kalian orang yang benar? Kemudian, adakah kalian sanggup mengakui kebenaran orang lain? Ataupun kalian terus mahu ta’sub kepada GPK walau sebanyak mana pun keterangan–keterangan jelas telah saya beri? Saya tidak pernah dengar seorang pun daripada pihak GPK yang sanggup mengakui dirinya MAHU MENCARI KEBENARAN DENGAN HUJAH YANG ILMIAH. Sebaliknya, bila saya timbulkan hujah yang keras dan kukuh yang tidak mampu dijawab, maka kalian akan jawab dengan menyentuh perkara sampingan yang bukan menjadi persoalan utama saya. Berapa bakul soalan – soalan saya yang gagal dijawab oleh pihak GPK? Sebaliknya yang saya dijawab dengan hujah – hujah menyentuh perkara – perkara remeh.

Saya berharap sangat agar ahli–ahli GPK bawahan yang baru mengikuti ajaran GPK ini dapat membaca hujah di sini dan nilaikan sendiri. Sebab tidak guna saya berhujah dengan mereka yang berkepentingan dalam GPK, pastinya anda akan dibutakan dengan kepentingan itu tanpa mahu membuka mata kepada kebenaran.

Wallahualam.

2 thoughts on “Jawapan buat pejuang ‘Islam GPK’

  1. Salam…semoga Allah s.w.t. membalas saudara dengan kebaikan….janganlah takut saudara dalam menghadapi gerakan seperti ini, Tegas dalam pendirian disulam dengan dakwah atas dasar kasih sayang adalah method yg perlu diutamakan terlebih dahulu..tapi ana percaya saudara telah melakukan yg terbaik…ana sedia membantu dan mahu saudara tahu bahawa saudara tidak keseorangan dalam menangani masalah seperti ini….Jazakallah Khairan Kathira.. (^_^)

  2. salam saudara Qayyum

    setelah sy membaca mengenai topik2 GPK ni, sy rasa gerakan ni masih ada sampai skrg. mungkin sy tidak mengikuti perkembangan kmpln ini tp setelah sy baca n fahami cara perlaksanaan yg dilakukan oleh GPK yg dulu sama shj dgn ape yg di amalkan oleh kumpulan yg sdg sy ikuti skrg. mungkin nama ini tidak lagi digunakan dan cara perlaksaannya diperhalusi spy tidak dpt dikesan niat mereka.niat sy mengikuti klas terjemahan al-Quran ni adalah utk menambah ilmu yg masih kurang tetapi spt apa yg d perkatakan oleh saudara mmg betul. apabila mereka menjwb sesuatu persoalan hanya ayat2 al-Quran shj yg dibukakan tanpa dalil2 yg sahih dan terjemahan mengikut kepentingan mereka sendiri.

    sy rasa bersyukur sgt2 kerana sedar sebelum terlambat. seperti kata saudara, sy tidak mahu menggelarkan mereka ini sesat tetapi perlaksaan mereka hanya bersandarkan kepada al-Quran semata2 dan sunnah nabi hanya di ambil sewaktu hendak berdakwah…iaitu nabi berdakwah secara sembunyi2. sunnah nabi yg lain setakat ini x pernah di sentuh. even semasa di bulan ramadhan baru2 ini, kelas al-quran tetap diteruskan. apabila berbicara mengenai solat tarawih…mereka membalas solat ini sunat. jgn lah kita mengikuti kebanyakan org (dgn menganggap spt kebanyakan org bhw solat tarawih ini hanyalah setahun sekali maka haruslah kita ambil peluang utk laksanakan). mungkin penglibatan sy masih di peringkat awal, jd sy xtahu ape lg isi pengajian dlm kumpulan ini. konsep HBF ni mmg slalu diterapkan sewaktu dlm kelas.

    syukran sy ucapkan kpd saudara…

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s