LL4G: MUSLIM, DI MANA SENSIVITI MU?

Saya masih berkabung.

Malam 31 Julai 2010, selepas solat Isya’ di surau al-Ikhwan, akhi Bashir, aktivis HALUAN Pahang yang mengimami solat mengajak jemaah untuk solat hajat bagi memohon keselamatan bagi sukarelawan LL4G yang telah diserang tentera kuffar Yahudi. Apabila beliau memaklumkan seramai 20 orang muslim syahid, dada saya mula sebak. Saya mengikuti solat hajat tersebut dengan rasa yang cukup sedih.

Kesedihan saya berpunca dari ketidakpuasan hati saya terhadap kedudukan umat Islam yang begitu mudah diinjak tetapi tidak punya kuasa untuk menuntut bela. Perasaan benci kepada para pemimpin – pemimpin negara umat Islam yang lembik dan menjadi anak didik bodoh Yahudi laknatullah meluap – luap. Kesedihan saya bertambah lagi kerana saya sedar realitinya tiada apa – apa yang dapat saya lakukan secara sinifikan untuk menuntut bela atas nyawa 20 orang syahid LL4G dan jutaan Mujahiddin HAMAS. Tiada platform untuk menuntut bela dan memartabatkan kembali maruah Islam disediakan oleh si lembik – si lembik tersebut. Tidak akan ada panggilan JIHAD akan dibuat oleh si lembik tersebut, bahkan, menunggu kecaman dan kenyataan rasmi daripada si lembik tersebut sudah cukup memakan masa. Sedangkan pemimpin negara bukan umat Islam seperti Perancis segera mengeluarkan kenyataan supaya perkara ini disiasat, begitu juga Sweden, Sepanyol, Denmark dan Greece. Apatah lagi nak diharapkan supaya si lembik membatalkan kontrak bernilai 77 juta dengan syarikat yang Lembaga Pengarahnya dianggotai sekurang – kurangnya dua orang bekas pegawai tinggi rejim Zionis.

Si Lembik itu Diwarisi Kelembikannya oleh Masyarakat Karat

Apabila saya menaiki kenderaan saya untuk pergi atau balik ke pejabat, saya akan mendengar radio IKIM di 89.6 FM. Setiap kali terdengar puisi mengenai perjuangan di Palestin atau terdengar laporan terkini mengenai aktivis LL4G, mata saya mula berair dan merah. Mendengar lagu – lagu yang mengingatkan saya pada Palestin seperti lagu Salahuddin al-Ayubi oleh Mestica sudah cukup membuat mata saya bengkak.

Tetapi…

Saya hairan kenapa kesedihan seperti ini tidak dikongsi kebanyakan masyarakat muslim sekeliling saya. Seolah – olah peristiwa pencabulan tentera kufar ke atas kapal – kapal sukarelawan LL4G ini tidak membawa apa – apa kepada mereka.

Pagi 1 Jun 2010, di sebuah warung, sedang saya menonton video rakaman serangan ke atas kapal Marvi Marvara, saya disapa oleh seorang pak cik, “Tengok bola ke?” Menyirap darah saya ditanya soalan begitu. Suasana di warung pagi itu pula macam biasa, mengumpat, berbual kosong dan percakapan sia – sia memenuhi ruang warung. Seolah – olah 500++ aktivis LL4G yang berdepan pengganas kuffar Yahudi itu tidak membawa apa – apa rasa. Isu lambang selipar Croc yang masih samar – samar pun jauh lebih mendapat perhatian dan dibahaskan dengan panas sekali beberapa hari sebelum itu berbanding kezaliman yang jelas oleh Yahudi.

Malamnya ada sebuah parti harijadi di rumah sekian – sekian muslim. Saya diminta hadir. Pedih benar rasa hati. Kering betul hati kita agaknya sampai rasa wajar dibuat parti hari jadi sewaktu hari – hari sedih umat Islam. Bayangkan kalau ahli keluarga kita merupakan salah seorang aktivis atas kapal Marvi Marvara, ada hati mahu berparti lagi?

Bagi saya, itu satu kezaliman yang nyata untuk sebuah keluarga mengadakan parti hari jadi untuk anak mereka pada waktu begini, bukan apa, kita mendidik anak kita supaya tidak ambil kisah masalah ummah. Mendidik anak jadi self-centered. Kenapa tidak dididik anak itu untuk merasa sedih atas peristiwa pembantaian Yahudi terhadap saudara Islam kita? Dengan rasa geram dan pedih di dalam hati, saya nyatakan saya pening kepala dan tidak mahu hadir. Maaf, saya berkabung atas peristiwa tersebut. Berkabung atas rasa sensitif yang timbul di dalam hati. Bukan berkabung yang dipaksa – paksa buat dan dipaksa – paksa perlambangannya dengan pakaian sekian – sekian, tetapi hakikatnya tiada rasa apa.

Ya Allah, Kuatkanlah Azamku

Tahniah kepada si lembik – si lembik yang telah 53 tahun mewarisi pentadbiran negara kerana berjaya melahirkan masyarakat yang berkarat. Self-centred, westernized, seculared dan jauh dari Allah SWT. Sungguh saya sangat kecewa dengan sikap muslim di sekeliling saya. Harapnya saya tidak bersifat negatif dan berasa kecewa begitu sahaja, semoga Allah jadikan ia sebagai motivasi bagi saya untuk membangunkan masyarakat muslim sekeliling supaya tidak lagi berkarat. Amin.

P/S: Jangan lupa untuk tidak menguzurkan diri untuk ke demostrasi aman Jumaat, 4 Jun ini di Kedutaan Amerika Syarikat.

* * * * *

Artikel yang terdapat dalam Muhammad Qayyum adalah bersifat perkongsian idea semata – mata. Semua pihak bebas menyalin semula dan/atau menyebarkan apa – apa artikel yang terdapat dalam Muhammad Qayyum. Walaubagaimanapun, alamat Muhammad Qayyum perlu disertakan bersama bagi memudahkan proses rujukan oleh pihak tertentu disamping dapat meluaskan medan perkongsian.

Muhammad Qayyum Bin Halele @ mqayyum.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s