Fenomena Bermasalah

Satu fenomena baru yang saya perhatikan yang semakin berkembang dan semakin dianggap biasa oleh sebahagian aktivis Islam yang selamat berijab kabul adalah pelanggaran terhadap beberapa larangan ulama’ dalam menyambut hari bahagia mereka.

Bukan saya mahu katakan mengenai beberapa adat yang sukar dielakkan oleh pasangan pengantin kerana kehendak keluarga seperti bersolek melampau (tabarruj), bersanding, atau bertepung tawar. Tetapi yang menjadi perhatian saya adalah beberapa perkara yang sepatutnya dielakkan tetapi malangnya tidak diberi perhatian sewajarnya. Mungkin kerana perkara ini diambil ringan dan mula dianggap biasa. Iaitu aksi berpeluk – pelukan, aksi romantis antara pasangan pengantin baru di khalayak ramai. Lebih daripada itu, pengantin perempuan yang disolek setebal–tebalnya itu pula dipaparkan gambarnya di laman–laman sosial seperti facebook untuk tatapan umum.

Soal Hukum

Pertamanya, kita lihat soal hukum bersolek yang melampau (bertabarruj). Saya kira para aktivis gerakan Islam faham apa itu tabarruj dan hukumnya. Seperti yang diterangkan dalam surah an-Nur, ayat 31:

“…dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang biasa terlihat…”

Persoalannya, jika sebelum bernikah, anda sangat menjaga maruah dan kehormatan diri dengan tidak mengamalkan tabarruj, tidak memampangkan muka anda di laman sosial secara keterlaluan, tetapi kenapa pada hari anda ditabalkan sebagai seorang permaisuri, anda menghalalkan diri anda melakukan perkara sedemikian?

Saya faham, terkadang anda berada dalam suasana keluarga yang tidak faham soal hukum, maka anda terpaksa merelakan diri anda diperlakuan oleh mak andam bagi menjaga hati keluarga. Tetapi apa yang menyebabkan anda menghebah-hebahkan gambar anda itu kepada seluruh dunia? Kenapa tidak dielakkan? Saya rasa tidak ada sesiapa yang boleh paksa anda untuk letak gambar persandingan anda di laman–laman sesawang bukan?

Keduanya, soal berpelukkan dan aksi romantik. Para ulama’ menggariskan pasangan suami isteri cuma dibenarkan berpegangan tangan di khalayak ramai. Hal ini adalah bagi menjaga dua pihak. Pihak pasangan suami isteri dan pihak masyarakat di sekeliling. Menjaga kehormatan dan maruah pasangan suami isteri dan yang lebih utama, iaitu menjaga pihak masyarakat umum daripada tercetusnya keinginan–keinginan tertentu akibat perlakuan suami isteri tersebut. Hal ini kerana keinginan yang timbul daripada hati yang kotor akan akhirnya dikabulkan dengan perlakuan maksiat.

Maksud saya, seseorang lelaki yang hatinya bermasalah, pasti mahu melempiaskan keinginannya untuk bemesra dengan perempuan, tetapi jika dia tidak beristeri, apakah jalan yang akan diambilnya? Pastinya jalan maksiat seperti menyentuh kekasihnya dan sebagainya. Atas dasar inilah para ulama’ menfatwakan haram berpelukan bagi suami dan isteri dikhalayak ramai. Di sini saya sertakan link video kuliah Ustaz Azhar Idrus yang menyentuh isu ini:

Ibu Itik Sekati Part 1

Ibu Itik Sekati Part 2

Credit: Suehanna

Janganlah kita menjadikan majlis meraikan penyempurnaan separuh daripada agama sebagai satu jalan menganjur kepada maksiat mata. Di luar sana terdapat ramai yang berpenyakit di hati. Ramai yang tidak tenteram melihat perempuan yang bersolek dengan aksi romantik. Wajar kita bimbang gambar–gambar kita menjadi pencetus kepada bunga–bunga maksiat orang yang menatapnya atas kelalaian kita yang tidak menurut garis panduan syariah.

Kepada Pengantin Islamis

Terkadang terdapat juga sahabat-sahabat daripada kalangan aktivis gerakan Islam yang meraikan dan mengabadikan kenangan bersama pasangan pengantin dengan bergambar bersama mereka. Tetapi jagalah soal hukum syara’. Memang tidak salah bergambar, tetapi janganlah sampai diambil mudah. Apa keperluannya bergambar dengan pengantin yang dalam tabarruj kemudian diletakkan gambar tersebut sebanyak–banyaknya dalam laman sosial? Janganlah buat begitu sahabat–sahabat sekalian, bimbang kita menjadi penganjur maksiat mata. Jagalah kehormatan pasangan pengantin disamping mengelakkan fitnah yang lebih besar pada ummah.

Penutup

Tahniah kepada sahabat dan sahabiah yang berjaya ke jinjang pelamin. Mudah–mudahan anda semua bakal melahirkan pejuang-pejuang Islam generasi depan. Salam penghormatan atas status anda semua.

6 thoughts on “Janganlah peluk-peluk

  1. salamunlaik..

    sory..aku xtau ni post zaman bila
    tp juz sgt interested nk tau
    apa guide2 or tips2 yg ada dlm islam buat pengantin??
    pastu satu lg kan,kalau kat malaysia ni, mmg dah kebiasaaan, pengantin akan berhias2..itu dikira tabarruj ke??
    saya yg sedang belajr

    Zaid Najid

  2. Salam Muhammad Qaiyum. Saya suka entri ini. Saya mohon keizinan untuk tampalkan pada paparan blog saya.[Akan dikreditkan atas nama blog ini. Terima kasih, Wassalam..]

    Ijja1912

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s