IZINKAN SAYA BERUNDUR SEKETIKA

Saya sebenarnya telah didiagnosis mempunyai kondisi mental, ‘Low Latent Inhibition‘, iaitu saya sukar untuk tidak merespon terhadap perkara – perkara yang timbul di sekitar saya. Namun keadaan saya tidaklah teruk sehingga saya berada di alam sendiri dan khayal memikirkan apa sahaja yang ada dalam penglihatan saya, alhamdulillah, dengan kekuatan akal kurniaan Allah SWT, saya dapat mengawal diri saya daripada terjatuh dalam golongan ‘overthinker’ sehingga menjadi psikotik.

Bagaimanapun, disebabkan kondisi tersebut, saya ada kecenderungan untuk sentiasa berinteraksi dengan stimulus – stimulus yang bersifat ‘sentiasa baru’ seperti sistem yang terdapat di Facebook. Di mana setiap kiriman dan komen akan di’update’ setiap saat. Sukar saya mahu mengawal temptasi seperti ini. Bagaimanapun, ia bukanlah 100% buruk, kerana setakat ini, alhamdulillah, kawan – kawan maya saya di facebook adalah sangat konstruktif , responsif, kreatif dan lain – lain yang positif dalam menyampaikan kiriman atau komen, menjadikan interaksi saya di laman sosial tersebut sebagai interaksi yang sangat baik.

Namun, oleh kerana saya dalam keadaan mengejar ‘dateline’ untuk menyiapkan projek rekabentuk loji. Saya memerlukan konsentrasi yang sangat tinggi untuk menyiapkannya dalam masa yang telah diperuntukkan, yang kini cuma berbaki satu bulan lebih. Justeru, saya mengambil keputusan untuk ‘deactivate’ akaun Facebook saya untuk seketika. Mudah – mudahan, saya akan lebih komited untuk menyempurnakan projek rekabentuk loji saya ini.

Ianya satu projek loji yang sangat baik bagi saya, kerana loji ini menghasilkan metanol daripada bahan buangan kayu kayan dan dalam masa yang sama dapat menghasilkan air penyejukkan untuk dibekalkan ke unit – unit pengawal udara (AHU) di bangunan – bangunan yang kemudiannya akan mendinginkan udara melalui sesalur udara. InsyaAllah, jika projek ini saya siapkan dengan menepati piawaian professional, kemungkinan, projek ini akan dikaji dengan lebih teliti oleh pihak yang pakar untuk diimplimentasikan dalam UTM sendiri. Mohon sahabat – sahabat semua untuk doakan projek saya ini berjalan lancar.

Dikesempatan ini, saya mahu memohon maaf kepada semua sahabat – sahabat saya di Facebook dan juga para pembaca blog ini, kerana saya tidak akan aktifkan akaun Facebook dan kemas kini blog ini sehinggalah selesai tugasan saya, insyaAllah sehingga sekitar November ini. Izinkan saya berundur seketika.

* * * * *

Artikel yang terdapat dalam Muhammad Qayyum adalah bersifat perkongsian idea semata – mata. Semua pihak bebas menyalin semula dan/atau menyebarkan apa – apa artikel yang terdapat dalam Muhammad Qayyum. Walaubagaimanapun, alamat Muhammad Qayyum perlu disertakan bersama bagi memudahkan proses rujukan oleh pihak tertentu disamping dapat meluaskan medan perkongsian.

Muhammad Qayyum Bin Halele @ mqayyum.wordpress.com

One thought on “IZINKAN SAYA BERUNDUR SEKETIKA

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s