Hikayat Anak Muda: Warkah untuk Wanita

Duhai wanita

Kau orang mulia

Maka jangan kau biar

Dirimu terus dihina

Oleh lelaki durjana

 

Apakah kau tidak rasa dihina?

Apabila lelaki durjana

Menyentuh dirimu yang sempurna

Sedang kamu bukan haknya

Tetapi dia tetap dengan sifat rakusnya

Memang sifat lelaki durjana

Mencumbu rayu pelbagai cara

Mempergunakan cintamu kepada dirinya

Agar kamu tewas kepada nafsunya

Binatang pun tidak sekeji dirinya

 

Apakah kau kira

Perbuatannya itu tanda cintanya?

Jangan tertipu wahai wanita

Itulah tanda betapa kejinya

Hati si lelaki durjana

 

Apakah kau kira

Dalam tingkah lakunya

Dia menghormatimu seadanya?

Sudah pastinya tidak!

Diambilnya kesempatan pada dirimu yang lemah

 

Buangkan cintamu padanya

Apakah kamu kira

Dia boleh jadi suami yang mulia?

Sedangkan nafsu sendiri gagal dibimbingnya

Mampukah dia membimbing seorang wanita?

 

Hapuskan saja kepercayaanmu padanya

Apakah boleh diyakini orang yang khianat

Dan sanggup mengambil kesempatan

Dengan mempergunakan nama cinta?

Apakah perbuatannya tidak akan diulang?

 

Janganlah terjerat dengan si durjana

Tiada jaminan dia seorang yang setia

Jika sebelum pun kamu bernikah

Dia sudah melakukan khianat

Adakah ini lelaki idaman?

 

Duhai wanita

Sedarilah bahawa kau mulia

Diciptakan Allah sebagai bidadari dunia

Maka janganlah kau tewas lagi padanya

Si jahanam lelaki durjana

 

Duhai wanita

Cintamu itu bukan untuk lelaki sepertinya

Tetapi cinta itu untuk Dia

Allah yang Maha Sempurna

Yang sentiasa menerima taubat hambaNya

 

Duhai Wanita

Bangkit dan kembalilah kepadaNya

Dia terima taubat ikhlas hambaNya

Jangan lagi kau letakkan di hatimu selain Dia

Persetankan yang selainNya

 

Cukuplah Dia

Penjamin cinta yang setia

Yang terus kekal sampai ke syurga

Selagi kau berusaha

Menagih cinta abadi milik Allah

 

Kau akan berjaya

3 thoughts on “Hikayat Anak Muda: Warkah untuk Wanita

  1. Assalammualaikum saudara,

    Puisi yang banyak maksud tersirat. Tapi bukan semua kaum lelaki begitu.

    wassalam

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s