UNIT AMAL ZIARAHI MANGSA DENGGI TAMAN LKNP BUKIT SETONGKOL

KUANTAN, 15 Januari 2011: Unit Amal Cawangan Taman LKNP Bukit Setongkol hari ini telah menziarahi anak salah seorang penduduk setempat yang ditahan di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kerana disyaki denggi. Program Ziarah Amal ini dijalankan bertujuan untuk memberi sokongan moral kepada mangsa dan ahli keluarga mangsa untuk terus tabah menghadapi saat – saat sukar.

Mangsa, Mohammad Syazwan bin Baharusman, 16 tahun adalah merupakan pelajar cemerlang PMR daripada Sekolah Menengah Alor Akar. Beliau kini masih menunggu keputusan kemasukan ke MRSM. Dalam sesi ziarah tersebut, Unit Amal telah memberi nasihat dan motivasi kepada Mohammad Syazwan supaya kekal berfikiran positif dan meletakkan cita – cita yang tinggi walaupun beliau tidak dapat mengikuti sesi persekolahan sejak seminggu lalu. Beliau telah ditahan di Wad Denggi sejak 12 Januari yang lepas.

Dalam masa yang sama, Encik Baharusman bin Baharom, ayah mangsa juga diberikan kata – kata semangat untuk bersabar dengan cubaan ini. Hal ini kerana bukan hanya Mohammad Syazwan ditahan di wad, tetapi abang beliau, Mohammad Syahmi bin Baharusman, 22, turut ditahan di wad Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana telah disahkan menghidapi denggi. Mohammad Shahmi adalah mahasiswa Tahun 2 bidang Sains Komputer di Universiti Malaya. Berikutan itu, ibu beliau terpaksa berangkat ke PPUM bagi menjaga beliau.

Dalam hal ini, Unit Amal Cawangan Taman LKNP Bukit Setongkol telah menghubungi Unit Amal Nisa di sana untuk menziarahi dan memberi sokongan kepada Mohammad Shahmi dan ibunya. Unit Amal Nisa telah menziarahi mereka dan membawa sup ketam bagi membantu proses rawatan konvensyenal.

Unit Amal Cawangan Taman LKNP Bukit Setongkol kini dalam fasa perancangan untuk mengadakan Program Gotong Royong Amal di lokaliti ini. Perkara ini bertujuan untuk membantu membasmi kawasan pembiakan nyamuk aedes sekaligus mengawal populasi nyamuk aedes di sini.

“Antara sasaran kami adalah untuk membantu rumah – rumah yang para penghuninya tidak mampu untuk membersihkan halaman dan longkang rumah, seperti rumah – rumahyang dihuni ibu tunggal, orang – orang tua dan lain – lain”, kata jurucakap Unit Amal Cawangan Taman LKNP Bukit Setongkol.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s