Dating 24 jam

“Ustaz, nak pergi mana?”

Dating!” Jawab saya ringkas. Itulah jawapan saya setiap kali mereka bertanya apabila mereka melihat saya akan keluar dari kawasan sekolah. Sengaja saya beri jawapan loyar buruk sebegitu untuk menghiburkan mereka.

Dating je 24 jam!”, balas mereka.

Akhirnya menjadi sinonim bagi mereka mengusik saya dengan frasa, “Ustaz ni, dating je 24 jam!”. Bukan perkara besar bagi saya, sebab saya tahu, yang mereka tahu saya keluar atas urusan – urusan kerja. Maklumlah, selain bertugas sebagai guru dan warden di sekolah ini, saya juga pengurus projek syarikat yang menaungi sekolah ini.

“Ok, antum cakap ana dating 24 jam, sekarang ana nak tanya antum, dari segi ilmu logik, logik tak ana dating 24 jam?”, provok saya dalam kelas physics.

“Tak!” jawab mereka.

“Tapi ana mengaku ana memang dating 24 jam!” cetus saya. Masing – masing mula berfikir.

SMS!”

“Pakai Facebook!”

“Sekarang ni ana dalam kelas, tak SMS, tak Facebook, mana boleh kira 24 jam?” balas saya.

“Ala, kahwin la kalau nak dating 24 jam”, balas seorang lagi.

“Kalau kahwin, 24 jam bersama ke? Buang air pun sama – sama?” provok saya lagi. Yang lain terdiam, buntu, mati akal.

“Sekarang ni tak logik kalau dating 24 jam kan? Tapi ana mengaku ana dating 24 jam. Sebab ana bukan dating dengan makhluk, ana dating dengan al-Kholiq!” jelas saya. Masing – masing ada reaksi tersendiri. Ada yang rasa tersindir, ada yang rasa terkena, ada yang insaf.

“Habis tu waktu tidur?”, seorang lagi bersuara, masih tidak berpuas hati.

“Yelah, masa tidur, ana dibelai oleh kelembutan Allah al-Latif, Yang Maha Lembut belaiannya, tu yang bangun pagi segar je!”, jelas saya lagi. Ramai yang terkesima, terpukul dek terhijabnya pandangan diri masing – masing dari melihat kebersamaan Allah dengan diri mereka.

Saya faham perasaan itu, itulah perasaan yang berkali – kali terjelma dalam diri saya sewaktu ditarbiyyah Allah melalui PM Wan Maseri, ummi angkat saya yang tidak pernah jemu memperkenalkan saya pada Tuhan kita semua, Allah SWT.

Tetapi begitulah hati kita semua, sering terhijab daripada bersama Allah dalam setiap sisi kehidupan kita. Yalah, bagaimana nak rasa kehadiran Allah dalam hidup kita kalau kita pun tidak kenal Allah. Kata ulama’, orang yang tidak kenal Allah, dia akan kehilangan dua perkara, pertama rasa cinta pada Allah, kedua, rasa takut pada Allah.

Masakan boleh rasa cinta Allah kalau tak kenal Allah itu ar-Rahman, ar-Rahim, al-Wadud?

Bolehkah hadir rasa takut jika tidak mengerti Allah itu al-Hakam, al-Jabar, al-Dharr?

Kita hidup dengan suasana buta daripada melihat Allah. Yang kita lihat hanyalah makhluk.

Isteri melihat suami sebagai tumpuan cintanya. Sehingga tanpa suaminya, seolah – olah hatinya akan kering daripada nikmat cinta. Begitu juga sebaliknya bagi suami. Tidak nampak Allah itu al-Wadud.

Pekerja melihat majikannya sebagai pemberi rezeki. Maka dituruti majikannya sehabis boleh, diampu – ampunya segila mungkin bagi memperoleh habuan dunia. Tidak nampak Allah itu ar-Razak.

Rakyat melihat penguasa sebagai pemilik kekuasaan pemerintahan. Maka ditaatinya si penguasa membuta sahaja. Dimatikan akalnya daripada melihat, Allah itu al-Malik, penguasa yang tiada tergugat kedudukannya, penguasa yang tidak dipilih dengan pilihan raya, penguasa yang kekal abadi kekuasaannya.

Maka makhluk menjadi tumpuan hidup kita. Wang, kekasih, rumah, kereta, pekerjaan, majikan, penguasa, hiburan, dan apa saja bentuk makhluk lagi. Semuanya menghijab hati kita daripada rasa hidup bersama Allah.

Sebahagian kita rasa berhubung dengan Allah hanya ketika solat 5 kali sehari. Luar solat ibarat hidup tidak bertuhan. Sebahagian kita yang lain, dalam solat pun tidak rasa bertuhankan Allah! Solat kita sibuk memikirkan soal dunia kita. Hati kita tidak tunduk walaupun zahirnya kita sujud. Jauhnya kita dari bersama Allah!

Soalnya, takala kita diuji, apakah kita masih boleh bergantung harap pada makhluk? Suami mungkin saja curang. Pada tika itu, apakah kita akan mati kesakitan kerana kehilangan cinta suami? Majikan boleh saja muflis. Waktu itu, pada siapakah kita mengharap kurniaan rezeki? Penguasa mungkin saja ditumbangkan. Waktu itu, pada siapa kita mengharapkan perlindungan?

Sebab itu, saya memilih untuk mendidik hati saya supaya meletakkan harapan hanya pada pemberian Allah. Cukup cinta Allah al-Wadud menjadi kecintaan saya. Cukup pemberian al-Wahab memenuhi keperluan saya. Cukup pertolongan al-Wakil menjadi tempat saya serahkan urusan. Saya mahu hidup saya sentiasa rasa kehadiranNya, 24 jam sehari. Biarlah saya dating 24 jam dengan al-Kholiq, kerana saya pilih untuk hidup hanya bersamaNya, selamanya!

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s