BERSIH 2.0: HANGPA TAKUT APA?

“Ustaz, BERSIH tu apa ustaz?”, tanya Aiman sambil disokong beberapa pelajar kelas yang lain. Saya yang baru mahu memulakan kelas Additional Mathematics, sedikit terbantut. Memohon ilham daripada Allah al-Rashid, apakah jawapan terbaik untuk mereka.

“Baiklah, antum mahu tahu pasal BERSIH ek?”, jawabku sambil menulis di papan putih.

“BERSIH ni adalah satu gabungan yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil”, kata saya lagi sambil membulatkan dua perkataan, ‘bersih’ dan ‘adil’.

“Apa yang bersih? Apa yang adil?”, seperti biasa, saya cetuskan persoalan pada mereka, cubaan membangkitkan daya pemikiran dan fokus mereka.

“Bersih itu dari segi penipuan dalam pilihanraya seperti adanya pengundi hantu dan lain – lain, antum tahu tak apa itu pengundi hantu?”, sambung saya.

“Tahu! Tahu!”.

“Bagus, adil pula, dari segi kesamarataan hak bersuara. Bukan macam sekarang ni. Sepatutnya, biarlah semua pihak boleh bersuara, barulah kemudian serahkan pada rakyat untuk pilih yang terbaik”, terang saya lagi.

“Ok, macam ni, katakanlah Bawi dengan Adam bergaduh, lepas tu, ana cuma dengar dari Adam je, adil tak ana?”.

“Tak adil!”.

“Bagus, macam tu la halnya dengan BERSIH ni, faham?”. Mereka mengangguk – angguk faham.

Perhimpunan BERSIH, motif dan tujuannya mudah difahami dan jelas.  Tak ada selok belok falsafah melampau, tak perlu menghadam buku teks tebal, tak perlu tadah kitab kuning bersanad untuk difahami tujuannya. Sebagai satu wadah rakyat yang mahukan sistem pilihan raya yang telus, tiada penipuan daripada mana – mana pihak bagi mengekalkan kuasa mahupun merampas kuasa. Kemudian mahukan keadilan dalam menyampaikan seruan, ideologi, dan manifesto pihak yang bertanding, supaya rakyat boleh buat pilihan dengan matang dengan maklumat – maklumat yang pelbagai. Semuanya ke arah menuju sistem politik/demokrasi yang lebih matang dan menguntungkan rakyat.

Bagi yang tidak tahu, berikut adalah 8 tuntutan-mudah-faham oleh BERSIH:

1. BERSIHKAN  SENARAI UNDI

2. REFORMASIKAN UNDI POS

3. GUNAKAN DAKWAT KEKAL

4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI

5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL

6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM

7. HENTIKAN RASUAH

8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Sekarang, saya jadi bingung berhadapan dengan tuduhan – tuduhan kelam kabut terhadap BERSIH. Komunis, khawarij dan bermacam label yang kotor dipalitkan terhadap perhimpunan ini. Soalan saya mudah saja, “hangpa takut apa?”.

Rakyat mahu berhimpun mahu tunjukkan kesatuan mereka untuk memohon sistem pilihan raya yang lebih baik untuk mereka. Bukan berhimpun bawak senapang gajah, lastik, kayu silambam dan lain – lain untuk serang Putrajaya. Jadi, “hangpa takut apa?”.

One thought on “BERSIH 2.0: HANGPA TAKUT APA?

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s