BERSIH 2.0: KERANA MENCARI RUANG UNTUK MENYAMPAIKAN

“Segala apa yang kita lakukan, kita tanya balik diri kita, di mana Allah?”, kata saya kepada sahabat – sahabat di Kedai Tapa yang menjadi tempat berlangsungnya usrah Dewan Pemuda PAS Kawasan Bandar Tun Razak. Sahabat – sahabat lain tekun mendengar.

Usrah Dewan Pemuda PAS Kawasan BTR

“Contohnya, BERSIH nanti, untuk apa kita turun? Sekadar semangat – semangat sajakah? Atau ada rasa hubungkaitnya dengan Allah? Atau apa sebenarnya?”, saya mula melontarkan persoalan. Saya pandang muka para sahabat yang duduk dalam bulatan, mengelilingi meja makan yang disusun memanjang. Masing – masing menanti saya menyambung persoalan saya tadi dengan sebuah jawapan.

“Kita turun kerana kita mahu menunjukkan sokongan kita kepada tuntutan sistem pilihan raya yang lebih bersih dan adil. Satu sistem demokrasi yang matang, yang mana suara – suara kita dapat disampaikan kepada umum tanpa sekatan. Waktu itu, kita akan menjadi agen, atau wakil bagi menyampaikan risalah Allah kepada umum dengan berkesan”.

DEMOKRASI YANG ADIL: ANTARA PROSES DAN PRODUK

Membetulkan pandangan. Memahami keadaan. Inilah proses yang penting dalam memahami sesuatu isu.

BERSIH adalah sebuah kempen bermatlamatkan sebuah sistem demokrasi yang bersih daripada penipuan, ketidaktelusan, dan salahguna kuasa oleh mana – mana pihak yang memegang kuasa pemerintahan, samada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat bagi mengekalkan kuasa mereka. BERSIH mahukan satu sistem yang menghormati sepenuhnya hak rakyat memilih pemimpin negara bagi mengurus kehidupan mereka. Rakyat diberi peluang mendengar pembentangan ideologi dan manifesto setiap pihak yang bertanding dalam proses mereka memilih pemimpin yang sesuai.

Ya, BERSIH tidak menjanjikan sebuah Negara Islam. BERSIH tidak bermatlamat menegakkan hudud Allah. Tidak. BERSIH tidak menjanjikan kemenangan Islam.

Kerana, apa yang mahu dicapai PAS bersama dengan BERSIH bukanlah satu produk. Tetapi satu lagi proses untuk memenangkan Islam. Kalau kita melihat sistem demokrasi yang adil sebagai produk yang ingin dicapai, memang kita akan gagal melihat di mana agenda Allah, di mana perjuangan Islam dalam BERSIH.

Demokrasi yang adil adalah satu proses yang ingin dicapai bersama kerana sistem itu dilihat sebagai ruang yang mengizinkan kesaksamaan dalam memberi dan menyampaikan risalah Allah. Ruang yang mengizinkan rakyat berfikir dengan matang dan menimbang dengan teliti hujah – hujah setiap pihak. Berlakunya persaingan yang adil antara Islam dan ideologi – ideologi terbitan yang lain. Waktu itu, cabaran utama kepada para muslim adalah penafsiran dan perlaksanaan al-Quran dan as-Sunnah mesti berkembang sekaligus membuktikan bahawa ideologi Islam daripada Allah SWT itu sememangnya sesuai sepanjang zaman tanpa cacat celanya.

Perjuangan Islam tidak tamat dengan demokrasi yang adil, tetapi berkembang melalui sistem tersebut.

 

BERSETONGKOL DENGAN MUSUH ISLAM?

Isu Ambiga sebagai pengerusi BERSIH 2.0 dibangkitkan. Beliau adalah peguam yang mewakili Lina Joy dalam kes murtad.

Ya, Ambiga terlibat dalam menyokong kes murtad tersebut, dan beliau juga kini menjadi pengerusi BERSIH 2.0. Soalnya, apakah bekerjasama dengan Ambiga menjadi satu kesalahan?

Adakah kerana kita mahu bekerjasama dengan Ambiga untuk mencapai matlamat yang sama bermakna kita mengiktiraf dan menyokong peranan beliau dalam kes Lina Joy?

Kalau begitu, adakah Piagam Madinah yang dibentuk Rasulullah bersama dengan pihak kafirin di Madinah termasuk golongan Yahudi bermakna Rasulullah SAW mengiktiraf dan menyokong mereka yang menyelewengkan hukum Allah dan zalim terhadap manusia?

Sultan Salahuddin al-Ayubi sendiri pernah menjalinkan kerjasama dengan King Raymond yang merajuk dengan pihak Kristian dalam siri kempen perang beliau mebebaskan Jerusalem. Apakah bermakna Sultan Salahuddin berkenan mengiktiraf kezaliman King Raymond terhadap Muslim?

Get the point?

KESIMPULAN

BERSIH 2.0 bukan matlamat, tetapi cuma satu strategi, satu usaha, mencari ruang untuk menyampaikan. Menyampaikan risalah Allah.

3 thoughts on “BERSIH 2.0: KERANA MENCARI RUANG UNTUK MENYAMPAIKAN

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s