BELASUNGKAWA BUAT DR LO’ LO’

Saya cuma pernah bersua dengan beliau sewaktu demostrasi GAMIS terhadap kedutaan MESIR sekitar 2008 ketika bermulanya peristiwa penutupan sempadan Gaza.

Selanjutnya saya cuma tahu mengenai beliau melalui khabar media seperti orang lain.

Cuma, saya masih ingat, sewaktu saya kecil, ayah dan mak saya pernah bercerita tentang Dr Lo’ Lo’, saya tak pasti tentang apa, di mana mereka pernah bersua, tetapi saya ingat cerita itu memang bermaksud mereka pernah berurusan dengan beliau. Dan mereka memuji – muji beliau.

Ayah dan mak saya tidak pernah terlibat dengan PAS. Tetapi cukuplah bagi saya jika bagi mereka, orang PAS seperti Dr Lo’ Lo’ itu orang baik. Walaupun mereka tidak diberikan hidayat melalui kebaikan perilaku Dr Lo’ Lo’ yang mereka nampak, mungkin hidayat itu Allah simpankan kepada saya.

Allah lebih menyayangi Dr Lo’ Lo’ melebihi sayangnya seluruh makhluk di langit dan bumi kepada beliau.

Al-fatihah.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s