Sesal Kerana Meninggalkannya

Majlis meraikan bakal jemaah haji dikalangan ahli kariyyah Surau al-Ikhwan Taman LKNP Bukit Setongkol diisi dengan tazkirah maghrib mengenai ibadat Haji oleh Haji Jamal Salleh. Saya duduk mendengar bersandarkan dinding kerana kepenatan di siang harinya berkejaran ke sana sini mencari barang – barang untuk menyediakan jamuan laksa untuk majlis ini dan juga membantu Ajilina dan Pak Long memasaknya.

Antara sedar, saya terdengar Hj Jamal menyentuh saat kewafatan Rasulullah SAW. Sedikit sahaja yang disentuh beliau dengan nada yang bersahaja, tetapi…

Saya mula terasa kelopak mata saya basah. Ah… Terngiang – ngiang di telinga saya lagu Pemergianmu oleh In Team. Saya tak dapat lagi menumpukan pada kata – kata Haji Salleh, yang saya nampak hanyalah bayangan saat – saat akhir Rasulullah SAW di muka bumi ini. Air mata saya tidak terbendung lagi takala lirik “Dan tibalah waktu ajal bertemu…” mula menerpa ruang separuh sedar saya.

Ah, sungguh – sungguh saya melaknat diri sendiri pada masa itu kerana baru saya sedar sudah lama saya tidak merindui baginda. Terasa sudah lama saya tidak memikirkan baginda. Sudah lama sejak saya meninggalkannya dalam hidup saya. Betapa bodohnya saya kebelakangan ini kerana sanggup mengambil contoh ikutan lain! Bayangkan saya sanggup mengambil sampel tindakan dan pemikiran Michael Scofiled atau Alexander Mahone ketika membuat keputusan – keputusan dalam hidup kebelakangan ini sedangkan kedua – duanya hanyalah watak khayalan dalam drama rekaan! Sedangkan contoh ikutan yang sepatutnya telah lama saya kenali dan pelajari, kenapa begitu bodoh sekali! “Maafkan aku ya Rasulullah!”, hati saya berteriak.

Ya Rasulullah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu

Saya mengulang – ulangi lirik tersebut dalam perjalanan pulang sambil menangisi kejahilan diri.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s