PERJUANGAN INI WARISAN PARA RASUL BUKAN WARISAN KETURUNAN

“Masalahnya Cawangan Bukit Ubi itu, dulu ahlinya tinggal yang tua – tua, sekarang mana anak – anak mereka? Itulah masalah ahli PAS, mak ayah orang kuat tapi tak turun ke anak…”, keluh Haji Kassim selaku Pengarah MTD Semambu.

Kami bertujuh yang lain terdiam. Perbincangan yang dihadiri oleh orang – orang kanan Jawatankuasa MTD Semambu (kecuali saya yang langsung tidak berjawatan) dilanda sedikit keresahan apabila soalan saya mengenai bilangan peti undi yang berjumlah lebih dua kali ganda daripada cawangan PAS yang masih hidup. Cawangan Bukit Ubi adalah antara cawangan PAS yang terpaksa dimansuhkan beberapa tahun lepas kerana ketiadaan pelapis penggerak daripada generasi Y dan Z.

Saya yakin di Bukit Ubi itu ada sahaja orang atau ahli PAS. Ada sahaja penyokong PAS, sekurang – kurangnya. Tetapi tiada siapa antara mereka yang mahu membentuk jemaah atau kelompok untuk membuat kerja – kerja yang tertanggung pada PAS. Di warung – warung berdekatan pasti ada wakil penduduk yang tolong berkempen bagi pihak PAS.

Tetapi…

Kerja – kerja yang tertanggung pada pihak PAS dalam usaha mentauhidkan Allah dalam sistem pemerintahan Malaysia ini banyak, pelbagai dan memerlukan komitmen yang besar. Hanya muncul membantu pasang poster dan banner 5 tahun sekali atau hanya muncul di ceramah – ceramah tidak benar – benar dapat mengerakkan parti ini ke tahap yang sepatutnya dicapai.

Yang terbisik dalam hati saya ketika mendengar keluhan Haji Kassim adalah, “perjuangan ini bukan warisan keturunan…”. Bukan satu atau dua keluarga yang saya lihat generasi anak – anak mereka tidak terkesan dengan penglibatan ibu bapa dalam perjuangan PAS. Perjuangan ini adalah berdasarkan kefahaman dan penghayatan individu terhadap tuntutan Tauhid itu sendiri. Mentauhidkan Allah bukanlah baru saja mula diperjuangkan oleh nenek moyang kita beberapa kurun lepas, ianya sudah diperjuangkan sejak Nabi Adam AS dipertutunkan ke bumi lagi. Dan diwarisi oleh para Rasul selepas – selepas itu.

“Sesungguhnya kami mengutuskan bagi tiap – tiap umat itu seorang Rasul yang menyerukan pengabdian kepada Allah dan penolakan toghut…”

Inilah tanggungjawab yang tertanggung kepada para Rasul dan diwarisi terus menerus bagi mereka yang mengikuti jalan mereka. Mereka yang tidak menghayati inti pati perjuangan para Rasul masakan akan mewarisi perjuangan ini. Mereka akan disibukkan dengan urusan – urusan dunia yang menggoda dengan balasan – balasan material. Keinginan nafsu peribadi yang cintakan kesenangan, kemewahan, dan segala nikmat dunia sementara mengatasi kedudukan dan kepentingan Allah yang abadi. Penyakit kronik umat Islam hari ini.

Ah, perjuangan mentauhidkan Allah menentang nafsu dalam diri adalah perjuangan besar yang berlangsung setiap sela nafas manusia. Hanya dengan bimbingan dan pilihanNya kita akan terselamat.

Seruan saya kepada teman – teman saya yang sudah mula atau bakal menjejaki kehidupan berkeluarga, perhatinlah terhadap pembentukan karekter dan cara pemikiran anak – anak hasil perkongsian hidup anda kelak. Kenalkanlah mereka dengan perjuangan para Rasul sebagai inspirasi mereka di awal usia. Banyak yang saya lihat, ibu bapa yang segan mempromosikan perjuangan kepada anak – anak sehingga mereka membesar tanpa merasa dekat dengan perjuangan ini. Semoga generasi kita dapat menghasilkan pelapes yang lebi berkualiti kelak, insyaAllah.

 * * * * *

Di akhir mesyuarat, Mak Cik Ani, isteri Haji Kassim, bertanya kepada saya, “awak ni anak siapa?”.

Saya terdiam. Dalam hati saya sekali lagi berbisik, “perjuangan mentauhidkan Allah ini bukan warisan keturunan…”.

2 thoughts on “PERJUANGAN INI WARISAN PARA RASUL BUKAN WARISAN KETURUNAN

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s