URUSKAN KELEMAHANMU TEMAN

Bila tak makan, lapar.

Bila dilanda masalah atau kehilangan sesuatu yang sangat disayangi atau tidak dapat sesuatu yang sangat ingin dimiliki, sedih.

Bila melakukan aktiviti atau kerja sehari – hari, letih.

Ini adalah antara sifat – sifat kemanusiaan yang lemah. Lemah, sesuai dengan hakikat kedudukan manusia itu sebagai makhluk, pastilah ada kelemahan dan keterbatasan, dan kita semua mempunyai sifat – sifat ini. Saya, kamu, dia, mereka, tiada yang terkecuali. Cuma yang membezakannya adalah pengurusan kita terhadap kelemahan – kelemahan ini.

Pengurusan yang betul terhadap sifat – sifat ini penting supaya kita tidak menjadikan kelemahan ini sebagai alasan melemahkan diri daripada menjalankan tugas – tugas kekhalifahan.

Hari ini berapa ramai orang yang beralasan tidak bermaya bekerja waktu pagi kerana tidak bersarapan? Berapa ramai pula pelajar yang rosak prestasi akademik kerana dilanda kesedihan? Dan berapa ramai pula mereka yang tertangguh kerja – kerjanya kerana beralasan penat dan memerlukan rehat yang berlebihan? Semua ini adalah masalah sikap dan pandangan hidup yang tidak mampu menguruskan kelemahan diri dan hanya menurut sahaja perasaan – perasaan yang melemahkan itu.

Menguruskan sifat – sifat ini sebenarnya memerlukan mujahadah yang bermula daripada kekuatan fokus minda. Apabila datang rasa lapar, sedih, penat atau sebagainya, fokuskan minda pada tugas – tugas yang mesti dilaksanakan, jangan dilayan dan difikir keinginan – keinginan tersebut.

Umpamakan sewaktu zaman kampus, katakanlah esok pagi peperiksaan akhir subjek A, petangnya due date tugasan subjek B, dan malam ni perlawanan akhir piala dunia melibatkan pasukan bola kegemaran kita. Apa yang akan kita buat pada malam itu?

Bukan maksud saya abaikan rasa lapar sampai tak perlu makan langsung, pendamkan rasa sedih sampai jadi gila, ataupun lupakan rasa penat sampai pengsan tidak rehat, cuma uruskan masa yang sesuai untuk melayan perasaan – perasaan tersebut supaya tepat pada masanya tanpa mengganggu tugasan dan tanggungjawab kita. Untuk menjadikan kita seorang yang produktif dan optimum.

Mampukah tumpuan minda menguruskan kelaparan, kesedihan, kepenatan dan lain – lain? Jawapnya, MAMPU dan memang boleh dilakukan, asalkan mencukupi dua syarat.

Pertama, daya fokus minda yang mantap.

Kedua subjek yang difokuskan itu sendiri pun mantap.

Malahan, syarat yang kedua itulah yang menentukan kejayaan sebenar kita menguruskan sifat kelemahan manusia sebagai makhluk. Semua ini atas pengalaman diri sendiri, dan saya rasa kita semua ada menghadapi perkara yang hampir sama.

Contohnya semasa saya masih bekerja di Kuala Lumpur dahulu, selama sebulan saya cuma makan sehari sekali, dan saya tidak menderita mati kelaparan pun sewaktu tempoh itu. Cuma pada waktu itu, kerja yang banyak ditambah dengan dengan perbelanjaan yang terpaksa dikurangkan kerana membayar ganti rugi akibat kemalangan yang saya hadapi menyebabkan saya terpaksa mengamalkan diet yang begitu. Bila balik ke Kuantan, makcik – makcik di perumahan saya tegur, “kurus sekarang, putus cinta ke?”. Cis, gosipers

Begitu juga beberapa keadaan yang telah saya hadapi semasa zaman belajar dahulu, apabila lewat malam, terasa sangat penat dan mengantuk, terus rasa tak boleh buat tugasan kuliah. “Rehat dululah, tengok Prison Break kejap”, kata saya dalam hati. Namun, akhirnya sampai waktu Subuh keesokannya pun tak tidur – tidur. Kata penat, tengok drama sampai pagi boleh pula!

Contoh – contoh di atas bukanlah contoh yang baik, sebab… Walaupun syarat pertama, iaitu daya fokus saya mantap dan dapat menyaingi kelaparan dan kepenatan, tetapi syarat yang kedua iaitu subjek yang difokuskan itu ‘tidak mantap’!

Subjek bagi contoh pertama: kekurangan modal kewangan.

Subjek bagi contoh kedua: Prison Break (ah, ini sangat memalukan – jatuh thiqah!).

Subjek yang bersifat tidak kekal, rendah mutu, dan bukan sesuatu yang mahu dicapai pun, ianya sekadar satu subjek untuk mengalih perhatian. Morfin otak!

Tetapi, bagi menghasilkan kekuatan dalaman yang menjadikan kita mampu fokus terhadap kerja – kerja kita yang berat dan memenatkan itu, kita perlukan subjek yang memberi inspirasi yang berkekalan, subjek yang kukuh: Allah! Dengan syarat, kita arif tentangNya. Maklum dengan kehebatan dan keagunganNya, merasai cintanya, hidup bersamaNya.

Bukankah semua rasa lemah – lapar, sedih, penat dan sebagainya – itu hakikatnya daripadaNya? Maka mohonlah perlindunganNya daripada dikuasai kelemahan – kelemahan tersebut. Perlindungan daripada berlebihan dalam lapar, sedih, dan penat. Inilah antara intipati doa yang diajar baginda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Anas b in Malik ra, “… aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas…”.

Memang kita sebagai manusia, mewarisi sifat kelemahan, tapi jangan beralasankannya dalam menggalas tugas khalifah.

Gunakan perasaan – perasaan tersebut sebagai jalan menambah kekuatan diri kita.

Apakah patut kita berhenti kerja dan pergi makan setiap kali rasa lapar?

Sedangkan menahan diri daripada makan mampu menundukkan nafsu. Simpan rasa lapar itu untuk kita makan bersama – sama keluarga ataupun sahabat handai sebagai pengerat kasih sayang.

Apakah kita patut melayan rasa sedih sehingga tidak berdaya untuk melaksanakan tanggungjawab kita?

Masalah yang datang bukan untuk ditangisi apatah lagi dijadikan modal memohon simpati kaum yang berlainan jantina (adik – adik gerakan Islam kampus, sila jaga hal ini, baik muslimin, baik muslimat!). Kesedihan itu sepatutnya dijana sebagai penguat hubungan kita dengan Allah tika bersujud padaNya di malam hari.

Begitu jugalah dengan penat dan lain – lain. Be tough! Jangan lemah menghadapi kelemahan diri!

Fikirkanlah berapa banyak kejayaan yang mampu kita capai hanya dengan menguasai pengurusan kelemahan – kelemahan kita, buatlah pilihan terbaik!

One thought on “URUSKAN KELEMAHANMU TEMAN

  1. terima kasih ya akh…
    bila terbaca blog anta ana ckp pada diri sendiri “kenapalah aku ni susah sgt nk study hri ni”..kelemahan bleh dijadikan kekuatan!
    trima kasih \\(8_8)//

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s