KALUNGAN KASIH BUAT AISYAH

Hari ini apabila kita dilanda kemarau, atau keadaan – keadaan tertentu yang menyebabkan kita tidak dapat menggunakan air untuk tujuan wudhu’, kita diberikan keringanan untuk bertayyamum.

Hari ini dalam 30 juzuk al-Quran, kita temui surah an-Nur ayat 11 hingga 20. Dibacakan kita, umat akhir zaman berulang – ulang. Daripada peristiwa itu terdapat pengajaran besar buat umat Muhammad seluruh alam.

Tetapi, mungkin tanpa kita sedari, sebenarnya, keringanan tayammum dan penurunan ayat 11 hingga 20 surah an-Nur adalah melibatkan tokoh besar muslimat yang menjadi penyejuk mata Rasulullah saw, iaitu Aisyah ra. Alangkah mulianya apabila kita kita dijadikan Allah swt sebagai sebab turunnya sesuatu yang syariat dan kalimah yang agung. Tercatat di dalam al-Quran dan menjadi legasi yang kekal sehingga hari terakhir nanti.

Sebagai salah seorang ibu buat kaum mukmin, yang banyak memberi tunjuk ajar kepada umat Muhammad, saya rasa bangga dapat mengasihi beliau. Bahkan, ayat tayyamum iaitu ayat 6 surah al-Maidah dan ayat 11-18 surah an-Nur adalah seperti satu jambatan yang menghubungkan saya dan kita semua, umat akhir zaman kepada saidatina Aisyah. Legasi yang ditinggalkan semasa beliau bersama – sama Rasulullah saw membebaskan manusia daripada jajahan kekufuran dan kerosakan.

Kalungan Kasih
Kalungan Kasih

Dicatatkan dalam satu rombongan Rasulullah yang disertai oleh Aisyah. Semasa mereka sampai ke Baidak, kalung Aisyah telah terputus dan hilang. Rasulullah dan para sahabat yang lain pun mencari – cari kalung tersebut sehinggalah tiba waktu subuh keesokan harinya. Pada waktu itu rombongan tersebut kehabisan air untuk berwudhuk. Dalam masa itu, Allah memuliakan dan melindungi Aisyah daripada rasa tidak puas hati para sahabat dengan menurunkan ayat 6 surah al-Maidah, “kalau kamu tidak memperoleh air, tayammumlah kamu dengan tanah yang bersih, sapulah muka dan tanganmu dengan tanah itu…”. Dan sehingga hari ini, kita mewarisi keringanan tayammum ini.

Tercatat pula dalam peristiwa al-Ifk, iaitu sewaktu kepulangan rombongan tentera Rasulullah daripada peperangan al-Muraisi, kalung Aisyah terputus. Beliau berusaha mencarinya sendiri tanpa diketahui rombongan Rasulullah. Rombongan tersebut kemudiannya meninggalkan beliau kerana mereka menyangka Aisyah bersama mereka di dalam kenderaanya, sedangkan Aisyah masih menari – cari kalungnya. Aisyah kemudiannya dibawa pulang oleh Safuan bin al-Mu’tal yang kebetulan tertinggal daripada rombongan tersebut. Sampai di Madinah, kaum Munafiqin mengambil kesempatan daripada peristiwa ini untuk memburukkan keluarga Rasulullah dengan menuduh Aisyah berlaku bersama dengan Safuan. Akhirnya Allah menurunkan ayat 11-20 surah an-Nur sebagai membela dan membersihkan Aisyah daripada tuduhan jahat tersebut.

Begitulah dua legasi besar yang kita warisi daripada Aisyah. Sebagai satu jambatan yang menghubungkan kasih umat akhir zaman kepada beliau. Ummul mukminin ra, inilah kalungan kasihku untuk mu!

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s