BUAT YANG HEBAT ATAU BUAT YANG BETUL?

“Salam, enta gi Kerdau (Sambutan 60 Tahun PAS peringkat Pahang) tak”, mesej peribadi saya terima daripada Hafizan melalui laman sosial, Facebook. Petang Selasa.

“Kerdau tak dapat gi ar”, balas saya.

“Van (Jabatan) Amal ada kosong lagi… Semua tanggung”, balas Hafizan pula.

Buke pasal tu boh, tapi parent ana gi Indon, pas tu ada la kerja2 depa pesang ke ambe”, saya memberi penjelasan.

Beberapa jam kemudian, Azmi pula telefon. “Anta nak pergi Kerdau tak? Ada kosong lagi ni”, kata beliau.

“Alamak, tak boleh la sheikh, parent ana gi Indon, pas tu ada la beberapa tanggungjawab diorang bagi pada ana untuk diuruskan”, sekali lagi saya beri penjelasan.

Kalau disebut tanggungjawabnya, mungkin ada yang tersengih ketawa, tetapi itulah amanah yang ibu bapa saya berikan pada saya sebelum mereka berangkat Ahad lepas. Jaga kucing.

Sambutan 60 Tahun PAS Pahang
Sambutan 60 Tahun PAS Pahang

Ada enam ekor kucing yang saya perlu uruskan makan-minum, berak-kencing, dan tidur-jaga mereka. Paling penting pastikan Comot dan Kecik dimasukkan dalam sangkar menjelang malam ataupun saya akan berhadapan dengan risiko mereka berak merata – rata di dalam rumah. Selepas Subuh, saya mesti buang najis pada pasir tanah liat dalam sangkar mereka dan tambahkan kembali pasir tersebut supaya mereka selesa berak dan kencing di situ.

Acim dan Comel mesti dibawa masuk ke rumah pada waktu malam, atau mereka akan merayap merata – rata. Dua ekor lagi memang setia menjaga pintu dapur rumah, tak perlu dicari, tak perlu dipanggil.

Makan mereka semua 3 kali sehari. Lebihan ikan yang sudah direbus mesti dipanaskan tengah hari dan lewat malam, supaya tidak berbau. Ikan yang berbau tidak akan menjadi pilihan kucing – kucing ini.

Itu diskripsi tugas yang remeh dan nampak kecil berbanding pergi ke Sambutan 60 Tahun PAS di Kerdau, Temerloh. Di sana ada banyak acara yang hebat – hebat, perasmian penubuhan beberapa ketumbukan baru dalam PAS Pahang, ceramah perdana oleh tokoh – tokoh pimpinan peringkat pusat yang hebat.

Tetapi, di sinilah persimpangannya, antara hebat dan betul.

Kalau saya pergi, esok pagi boleh saya sebarkan seribu satu hikayat kepada warga Taman LKNP tentang acara – acara di sana. Siapa pimpinan yang saya jumpa. Apa input – input ceramah Mat Sabu. Menjadi wakil penerangan bagi PAS Pahang kepada mereka.

Tidak kurang juga menemui teman – teman lama, berkongsi cerita dan sebagainya, pastinya mejadi satu kenangan indah, tambahan pula boleh diupdate di Facebook!

Tetapi…

Berbaloikah kalau amanah ibu bapa saya tinggalkan, walaupun ianya sekecil menguruskan kucing dan kebersihan rumah? Inilah persoalan yang muncul dalam kotak fikiran saya semasa saya bersihkan tahi kucing di sangkar Comot pagi ini.

Entah dari mana, tiba – tiba timbul dalam otak saya satu falsafah, “greatness is achieved by doing the right thing, not by doing something that looks great”. Saya fikir ini betul. Saya letakkan kerangka idea tersebut dalam perjalanan sirah. Saya fikir, bukan semua yang Rasulullah buat adalah benda yang nampak hebat, banyak tindakan baginda adalah tindakan – tindakan kecil – kecilan. Tolong angkat barang, tolong suapkan makanan, benda – benda yang orang mungkin tak tahu pun asalnya. Tetapi tindakan – tindakan tersebut adalah betul dan bermanfaat kepada umat sekaligus menjadikannya sesuatu yang hebat. Akhirnya saya berpuas hati sendiri dengan keputusan saya.

*             *             *             *             *

“Syeikh, ini arahan pemimpin syeikh, kita kena wala’”, dialog Gua Ikut Enta part 2. Merujuk kepada program Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS hujung minggu ini, Jumaat hingga Ahad.

 Ijtimak Tarbawi DPPM 2011

Ibu bapa saya pulang hari Jumaat. Tidak pasti bila waktunya. Jumaat malam dan Sabtu malam, ada acara Wayang Pondok di Taman LKNP, satu tayangan percuma kepada penduduk di sini bermatlamatkan penolakan terhadap idea rasicsme UMNO-BN. Juga terdapat video – video mesej anti industri rare earth.

Saya terlibat dalam program ini. Entah, selaku Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Kawasan Indera Mahkota, terasa tidak betul untuk saya tidak membantu menguruskan program Wayang Pondok ini di perumahan saya. Lebih – lebih lagi program ini adalah langkah – langkah awal kerjasama dengan PKR Cabang Indera Mahkota menjelang PRU-13.

Jika dibandingkan, apalah yang hebat sangat dengan program peringkat cawangan mahu dibandingkan dengan program peringkat pusat yang akan dihadiri oleh Tuan Guru Nik Aziz sendiri. Tetapi, bukankah “greatness is achieved by doing the right thing, not by doing something that looks great”? Nampaknya sekali lagi saya terpaksa pilih untuk buat yang betul, bukan buat benda yang saya rasa hebat.

*Di sini saya mengambil kesempatan untuk menyeru kepada semua muda – mudi yang berkelapangan untuk turun hadir ke Ijtimak Tarbawi DPPM di taman Melewar. Selamat berijtimak saya ucapkan!

One thought on “BUAT YANG HEBAT ATAU BUAT YANG BETUL?

  1. Isu artikel ini amat menarik.

    “Greatness is achieved by doing the right thing, not by doing something that looks great”

    Ramai yang suka melakukan sesuatu yang kelihatan ‘popular’. Yang kecil, tetapi amat penting, tidak kelihatan penting kerana ianya dilihat remeh.

    Contohnya melawat dan bertanya khabar kepada orang-orang yang kurang berkemampuan disekeliling (jiran-jiran).. Pernah di dalam satu sesi diskusi bersama seorang ustaz yang berpengalaman dan terlibat secara langsung di dalam dunia da’wah. Beliau ada menyebutkan, cuba cari orang-orang susah, pergi rumahnya lihat. Hadiahkan cawan, sudu dan keperluan kecil yang lain. Mereka akan sangat-sangat menghargainya.

    Kami terdiam dan mendengar.

    Dan diakhirnya, beliau menambah, “Mungkin kita kurang mendapat doa dari orang-orang yang susah.. sebab itu da’wah perlahan dan bermasalah.”

    ……….

    Kecil. Remeh.. Tapi, amat penting.

    Saya sedang membayangkan apa yang akan berlaku jika semua manusia meninggalkan perkara yang utama dilakukan oleh kerana ianya kecil dan remeh. Hmm.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s