KENAPA BUJANG TENANG?

Untuk memberi.

Memberi sokongan moral kepada para bujangan yang memerlukan.

Memberi ruang untuk membantu dan dibantu kepada mereka yang sanggup untuk sama – sama membantu, dalam masa yang sama, turut memerlukan bantuan untuk menguruskan kehidupan dunia ini.

Yang paling penting untuk memberi peringatan kepada diri saya sendiri supaya tidak mengulang kesilapan dan kesalahan yang sama.

Ya, tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan lampau saya.

Saya kini berusia 24 tahun. Kira – kira sudah 10 tahun saya berstatus akil baligh, dipertanggungjawabkan Allah dengan dosa dan pahala saya sendiri. Dalam 10 tahun tersebut, banyak kesilapan dan kesalahan yang saya telah lakukan.

Jujurnya kebanyakan dosa – dosa saya adalah berkaitan dengan pengurusan hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Tidak sedikit kecuaian saya dalam menguruskan perhubungan kategori ini, tidak sedikit juga hati perempuan yang saya sudah kecewakan, dan tidak sedikit pula saya cenderung mengulangi kesilapan – kesilapan yang sama. Biarlah jika kenyataan saya ini menjatuhkan maruah atau thiqah saya di dunia ini, yang lebih utama ialah membersihkan diri saya daripada dosa – dosa tersebut.

Banyaknya dosa – dosa yang terkumpul ini sehingga andainya dosa ini sejenis jisim yang berbau, pasti saya akan berkurung di dalam bilik bertahun – tahun memohon kepadaNya dibersihkan daripada segala kesan – kesannya.

Justeru saya memilih untuk bertaubat dengan cara menjadikan dosa – dosa silam sebagai pengajaran yang dapat saya kupas untuk saya sendiri dan dikongsikan pula kepada sahabat – sahabat yang lain. Biarlah muhasabah yang saya buat betul – betul bermanfaat kepada saya dan orang lain.

Andainya muhasabah itu sekadar teringatkan beberapa kesilapan lampau dalam bermonolog sendiri, saya khuatir saya akan terlupa pengajarannya terhadap diri saya sendiri. Biarlah kesilapan itu dibedah secara muhasabah yang kritis, didasari punca kesalahannya dan diambil pengajaran dengan berhikmah.

Dengan memaksa diri saya untuk memberi kupasan terhadap kesilapan lampau saya kepada orang lain, saya akan memilih untuk membuat kupasan yang lebih teratur, mencari bahasa yang mudah difahami, dan yang paling penting, ianya bersifat memberi. Bukan bersifat untuk ditutup atau untuk dilupakan. Saya memberi untuk menerima daripada diri saya sendiri.

Adakah saya akan membuka keaiban diri sendiri? Tidak. Saya mahu mengembara mencari mutiara bernilai disebalik timbunan kotoran. Bukan kotoran itu yang saya ingin fokuskan, tetapi mutiaranya itu saya mahukan untuk kita kongsi bersama.

Bujang Tenang
Bujang Tenang

Di sinilah Bujang Tenang memainkan peranannya, sebagai medium untuk saya berkongsi dengan sahabat – sahabat dan adik – adik bujang.

Dan sampai hari ini pun, saya masih bujang, cuma bujangnya saya hari ini tidak sama dengan bujangnya saya dua bulan yang lalu. Bujangnya saya hari ini berbeza dengan bujangnya saya tiga tahun dahulu. Dan yang pastinya, bujangnya saya hari ini bukanlah bujang yang terbaik, cuma saya mahu memberi yang terbaik kepada komuniti bujang di luar sana. Dengan izin daripadaNya.

3 thoughts on “KENAPA BUJANG TENANG?

  1. salam alaik.
    Usaha murni yang bagus sekali,
    Moga akhirnya yang bujang2 ini akan tenang2 tanpa perlu risau sehingga mendekati jalan yang salah..
    InsyaAllah..,,

  2. ALLAH mgurniakn jodoh yg soleh utk hamba2NYA yg soleh..mgkin kita tak rasakn diri kita soleh @ solehah..tapi ckuplah utk menjadi hamba yg sentiasa mengingati ALLAH, bersyukur kpdNYA n beribadat kepadanya pada setiap detik waktu n ketika..kerna title “soleh” tu hanya ALLAH yg boleh assign..bkn kita..ALLAHU MUSTA’
    AN..^_^..

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s