DEMI ALLAH, BASUHLAH KENDERAAN KITA!

“Ana suka tengok Law Kana Bainana, sebab benda – benda yang dia tunjuk tu, benda yang kecil, tapi sangat praktikal untuk kita baiki akhlak kita”, kata saya kepada Abang Hamra.

“Yela, hari tu ana tengok, dia cek kereta – kereta, ada 5 item yang dia cek”, balas beliau.

“Apa yang dia cek tu?”, tanya saya semula.

“Pertama dia cek kebersihan, dia selek jari dia dekat dashboard ni tengok ada habuk ke tak”, cerita Abang Hamra sambil melakonkan cara pengacara program televisyen tersebut menilai kebersihan kereta. “Lepas tu dia tanya dengar apa kat radio, dengar lagu rock ke, dengar Quran ke, nasyid ke, CD – CD semua dia cek, lepas tu dia cek apa ek? Ana lupa la,” sambung beliau lagi.

Dialog santai di dalam kereta Abang Hamra itu masih melekat dalam kepala saya. Membayangkan andai Rasulullah SAW melihat cara saya menguruskan kebersihan kenderaan saya menjadikan saya insaf dan bertekad untuk terus membersihkannya keesokan hari.

Badan luar kereta dibasuh, semua sampah bahagian dalam kereta saya kutip, dan yang paling penting,  laci dashboard yang penuh selama ini saya bongkar akhirnya. Pelbagai benda yang menggamit memori lama beberapa tahun yang lalu saya temui. Saya ketawa sendiri, “punyalah lama aku tak kemas laci kereta!”.

Perodua Kancil Saloon Kelabu
Gambar pinjaman sahaja

Dosa Mencuaikan Kebersihan dan Kekemasan Kenderaan

Semasa saya melakukan kerja – kerja tersebut, saya didatangi satu kesedaran apabila melihat kekotoran dan ketidakkemasan kereta saya. Betapa selama ini saya cuai dalam tanggungjawab saya sebagai seorang muslim yang memandang enteng kebersihan kereta.

Kebersihan dan kekemasan adalah sunnah kehidupan baginda Rasulullah SAW. Kotor dan semak adalah menyalahi cara kehidupan baginda, menyalahi sunnah, bahkan satu bida’ah dalam tatacara menguruskan kehidupan sebagai pengurus tadbir alam dunia.

Setiap butir kekotoran terasa seperti butiran dosa – dosa saya. Debu – debu yang meliputi badan kereta ternampak seakan debu – debu dosa yang melekat pada hati yang menghijab hidayahNya. Semakin banyak sampah – sampah yang terkumpul dalam kereta semakin banyak dosa saya yang terkumpul. Dosa mencuaikan tuntutan agama, dosa memandang rendah tanggungjawab menjaga kebersihan. Dosa rasa tidak apa hidup dalam kekotoran dan ketidakkemasan!

Taubat

Jika kekotoran itu satu dosa, maka proses proses taubatnya adalah menyesali perbuatan membiarkan kenderaan kotor dan tidak kemas. Kemudian mesti dikuti dengan perbuatan menghentikan diri daripada membiarkan kereta kotor dan dilengkapkan dengan keazaman yang tinggi untuk tidak mengulangi lagi perbuatan seperti itu.

Demi redha Allah, marilah kita sama – sama bertaubat dan bersihkanlah kenderaan kita!

Sedikit Nostalgia Silam

Semasa saya mengemaskan kereta, membuang sampah – sampa terkumpul, saya menemui beberapa item yang membangkitkan nostalgia lama. Antara yang saya temui adalah barang – barang milik orang lain yang ditinggalkan dalam kereta saya. Masing – masing dengan memori tersendiri.

Resit buku Baby’s First Lift a Flap:Snooze dan Men Are From Mars Women Are From Venus bertarikh 9 Disember 2009 atas nama Kak Jawahir. Resit ini kenangan semasa zaman saya dan Kak Husna bertukar kenderaan, saya suka pakai motor Kak Husna, jimat minyak, ruang dan masa. Sedangkan Kak Husna dengan teman – teman serumah beliau termasuk Kak Jawahir pula menggunakan kereta saya. Mudah bagi mereka nak bergerak berkumpulan. Dan mungkin waktu itu, Kak Jawahir dalam persediaan beliau untuk menjejak alam perkahwinan dengan Abang Hisham.

Rantai kunci Karnival Wanita 2009 (KAWAN’09) anjuran HEWI PMIUTM. Rantai kunci ini mungkin cenderamata daripada pihak muslimat – muslimat sebagai tanda berterima kasih kepada saya kerana meminjamkan kereta. Cuma, hampir dua tahun rantai kunci tersebut terperap dalam laci.

Pelekat pas kenderaan bagi hari pendaftaran pelajar baru di Centre for Foundation Studies International Islamic University Malaysia (CFS IIUM). Pelekat ini mesti disimpan semasa kereta saya dipinjam Hafizah, pelajar UIA PJ ketika saya masih bekerja di Kuala Lumpur tempoh hari.

Buku simpanan Bank Muamalat Muhammad Anwar bin Ahmad.  Saya tidak pernah kenal nama ini. Tetapi berdasarkan transaksi dalam buku simpanan yang tarikhnya adalah dalam tempoh kereta saya dipinjam Hafizah, saya rasa beliau adalah kawan Hafizah yang menggunakan kereta saya.

Kepada yang mahu menuntut barang – barang ini bolehlah hubungi saya.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s