NASIHAT SEORANG ‘BUDAK’

“Qayyum, anta cakap apa pada Cucu Mat Kilau?”, tanya Bang Firdauz melalui corong telefon.

“Kenapanya?”.

“Ni dia tulis…”, Bang Firdauz membacakan beberapa baris ayat yang menunjukkan Cucu Mat Kilau menggunakan nama saya sebagai ahli BADAR yang mengatakan duit yang didapati oleh Dr Syed daripada Lynas sebagai panel perubatan Lynas dimasukkan dalam dana PAS.

Membetulkan Kerangka Idea

Saya jawab, bukan saya yang cakap, saya cuma bahaskan apa yang Cucu Mat Kilau tuduh. Dia yang cakap duit itu Dr Syed sumbang untuk dana PAS Pahang. Saya cuma soal semula, “apa masalahnya?”

Ya, saya bukan ada fakta megenai hal ini. Saya cuma respon terhadap provokasi Cucu Mat Kilau yang menghebahkan berita tersebut pada awal pagi Sabtu 26 November 2011.

Saya respon, andai betul duit itu dimasukkan dalam Dana PAS, dan PAS pula memperjuangkan Lynas ditutup, bukankah itu strategi yang baik? Duit Lynas digunakan untuk menghancurkan Lynas. Inilah dasar idea yang saya bawa untuk menutup kegemparan yang cuba dihidupkan oleh Cucu Mat Kilau seolah-olah perkara ini menunjukkan PAS kononnya tidak jujur dalam menghadapi Lynas.

Sedangkan dasar PAS Pusat jelas. Berkali – kali pemimpin peringkat pusat,  Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man ingatkan, samada Pakatan Rakyat menang atau kalah dalam PRK ke-13, Lynas mesti tetap ditentang sampai tutup.

“So what?”, soal saya pada Cucu Mat Kilau. Andainya duit itu dimanfaatkan PAS untuk tutup Lynas, bukankah ini memanfaatkan masyarakat? Nak kecoh apa? Siapa yang dapat keuntungan di akhirnya? Bukankah orang awam?

Duit Tak Berkat

Kata Cucu Mat Kilau, duit itu tak berkat. Jawab saya, apa yang tidak berkat? Duit itu Dr Syed dapat daripada kerja beliau sebagai panel perubatan, itu kerja halal. Apa yang tak berkatnya?

Matlamat Tak Menghalalkan Cara

Kata Cucu Mat Kilau, ‘Matlamat Tak Halalkan Cara’. Saya jawab, itu usul fiqh, digunakan untuk tentukan hukum. Kalau satu kerja itu haram, maka ianya haram walaupun niatnya baik, tak teraplikasi dalam kes ini, kerana saya dah katakan, kerja Dr Syed adalah kerja halal.

Cucu Mat Kilau jawab, saya muda lagi tak perlu jawab halal haram. Lagipun beliau bukan cakap pasal halal haram. Saya pun tanyakan semula, bukankah beliau yang menyatakan ‘Matlamat Tak Menghalalkan Cara’? Saya cuma respon pada pernyataan beliau. Beliau menjawab, itu pepatah (atau mungkin perkataan lain yang seerti, saya dah lupa) sahaja.

Kenapa Sokong Lynas?

Aju beliau kepada saya. Sempat beliau ‘ugut’ untuk menyiasat siapa saya. Hairan, di mana saya kata saya sokong Lynas? Entah daripada mana kesimpulan itu dibuat beliau. Adakah dengan semata – mata membalas hujah beliau dengan menyatakan wang itu digunakan untuk jatuhkan Lynas bermakna saya menyokong Lynas? Cara berfikir apa yang beliau pakai ya? Saya rasa dalam Six Thinking Hats karya de Bono pun tak ada. Saya jawab, siasatlah, sila tanya Bang Andansura Rabu (pengerusi BADAR) siapa saya?

Saya Orang BADAR

“Saya orang BADAR”, jawab saya apabila beliau membangkitkan sentimen kononnya saya menyokong Lynas kerana tidak mengetahui kesusahan BADAR dan SMSL.

Tetapi saya akui, saya bukanlah orang kanan yang tahu serba serbi tentang BADAR. Apabila saya pulang daripada Kuala Lumpur pada bulan September yang lalu, saya hubungi Bang Andan untuk nyatakan kesediaan saya berkhidmat bersama BADAR sesuai dengan latar belakang pendidikan saya, Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. Itulah titik permulaan saya bersama BADAR.

Dr Syed Muflis?

Mufliskah Dr Syed kalau tidak terima projek Lynas, tanya Cucu Mat Kilau. Entah, mana saya tahu kewangan Dr Syed, saya bukan akauntan dia. Tetapi, pada hemat saya, jika beliau betul fikirkan keuntungan peribadi, lebih baik beliau tak ambil projek itu, orang pun tak cakap belakang. Dan saya rasa klinik-klinik beliau memang mampu sara tanggungan beliau. Tetapi sebaliknya beliau ambil inisiatif  begitu supaya duit itu dapat disalurkan supaya Lynas tumbang. (Saya hanya menggunakan dakwaan Cucu Mat Kilau menyatakan duit itu masuk ke dana PAS).

Kalau Dr Syed Tak Terima Kontrak?

Saya lontarkan soalan, jika kontrak perkhidmatan panel perubatan tersebut tidak diterima oleh Dr Syed, ke mana akan pergi wang Lynas? Bukankah lebih baik jika wang itu boleh dipusingkan untuk jatuhkan Lynas? Bagaimana kalau wang tersebut masuk tabung Barisan Nasional, bukankah itu mudarat yang lebih besar?

Dr Syed Spin

Kata Cucu Mat Kilau, saya sudah diputarbelit oleh Dr Syed tentang duit itu digunakan untuk tabungan dana PAS.

Alamak.

Yang cakap duit itu untuk dana PAS adalah Cucu Mat Kilau. Saya cuma bahaskan dakwaan beliau menggunakan pemikiran logik saya. Bila pula Dr Syed beritahu saya? Pening…

Dr Syed Dan Saya

Siapa Dr Syed pada saya? Jawabnya, entah. Kali pertama saya dengar nama beliau  adalah semasa makcik saya menjadi guru bahasa inggeris anak perempuan beliau di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib. Entah apa yang istimewa, saya pun tak jelas, tetapi makcik saya selalu cerita tentang anak Dr Syed itu dan ini kepada mak saya. Pelajar favourite beliau mungkin. Itu pun sudah lama dahulu, anaknya entah di IPT mana – mana mungkin.

Kemudian saya ada terserempak dengan Klinik Dr Syed Badaruddin di Semambu dan Balok. Orangnya? Entah, saya tak pernah jumpa, kenal pun tidak.

Akrabkah kami? Tak tahulah kalau Dr Syed kenal saya. Saya cuma boleh respon, “wow, popular juga aku”, kalau betul beliau kenal.

Munafik!

PAS munafik, depan lawan Lynas, belakang sapu projek, beliau membuat kesimpulan. Saya pun kongsikan cerita, seorang sahabat Rasulullah yang cacat pernah ambil upah dengan seorang Yahudi untuk biayai dana peperangan Nabi. Bukankah Yahudi itu musuh tradisi Islam, adakah sahabat itu juga munafik?

Awak Orang Muda

Kata beliau, saya orang muda, tidak mengerti susah payah perjuangan, tak perlu nak berhujah panjang lebar.

Baiklah, saya akui saya ‘budak’ di mata beliau, tetapi saya harap beliau boleh terima nasihat seorang ‘budak’ ini.

Nasihat 1: Sumber Berkredibiliti

Saya rasa agak lucu apabila Cucu Mat Kilau menggunakan nama saya sebagai sandaran beliau. Siapa saya ini? Adakah kerana saya kata saya orang BADAR bermakna saya sumber yang berkredibiliti? Saya bukan ada jawatan dalam BADAR mahupun pimpinan utama PAS Kawasan Indera Mahkota, apatah lagi di peringkat PAS Pahang. Sejauh mana lakunya nama saya? Hairan.

Adakah kalau saya cakap saya orang kuat Dato’ Seri Najib bin Tun Razak, dan saya nyatakan esok parlimen dibubarkan, beliau akan bersandarkan kenyataan saya?

Saya cadangkan Cucu Mat Kilau lebih berhati-hati terhadap sumber berita beliau. Nanti hilang kredibiliti sebagai penulis.

Nasihat 2: Tulis Fakta, Bukan Persepsi

Banyak sangat persepsi, sampai saya pun hairan macam mana pemikiran logik beliau bekerja? Contohnya, saya kata, apa masalahnya duit Lynas digunakan untuk membenamkan Lynas? Tiba-tiba saya sokong Lynas. Noktah.

Tiba-tiba Dr Syed spin saya. Noktah.

Tiba-tiba PAS munafik. Noktah.

Tiba-tiba begitu, tiba-tiba begini.  Biarlah tulisan itu matang, janganlah sekadar mengejar sensasi.

Oleh itu, saya cadangkan, Cucu Mat Kilau baca buku Teach Yourself to Think karangan Dr Edward de Bono ataupun Pemikiran Sistemik karangan Tuan Fazrul Ismail. Mudah-mudahan tulisan beliau akan menjadi lebih matang dan tidak cepat membuat konklusi berasaskan persepsi. Keyword: Be matured.

Please Stop Arguing

No point. Saya mendapat teks mesej daripada Bang Andansura pada esoknya. Beliau merujuk kepada hujah antara saya dan Cucu Mat Kilau. Saya pun jawab, alright. Kemudian saya membuka laman facebook dan saya lihat komen Yang Dipertua PAS Kawasan Indera Mahkota, saudara Nasrun Amir terhadap artikel tersebut. Kata beliau, kalau bagi pun tak nak terima (atau lebih kurang begitu maksudnya).

Melihat kenyataan saudara Nasrun bercanggah langsung dengan hujah saya, saya rasa lebih baik saya padamkan komen-komen saya, bimbang ada orang yang tidak bertanggungjawab akan mengambil komen saya di luar konteks sebagai hujah mereka. Dan langkah seterusnya, saya block Cucu Mat Kilau, bukan apa, supaya saya tak perlu lagi rasa nak komen apa – apa di pos beliau. Selesai.

Up To You

Begitulah perasaan saya terhadap kenyataan beliau, terpulanglah dia nak tulis apa – apa, saya rasa malas nak ulas. Saya pun tak tengok sejauh mana nama saya digunakan beliau, dan tak berhasrat nak tahu. Terpulanglah. Orang Kuantan bukan bodoh. Kita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penulisan kita.

2 thoughts on “NASIHAT SEORANG ‘BUDAK’

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s