Kejayaan dan Sistem Kepercayaan

‎Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman

Saya mengambil masa selepas Subuh tadi untuk meneliti maksud ayat 1 surah al-Mukminun ini. Ada dua elemen penting dalam ayat ini.

1. Output: Berjaya 

Berjaya, apa itu berjaya? Kejayaan seorang mukmin di akhirnya adalah syurga. Tetapi bolehkah seorang mukmin yang sentiasa gagal di dunia untuk berjaya di akhirat? Bagaimana kita boleh berjaya mencapai kejayaan sebenar (akhirat) jika di medan latihan (dunia) kita sentiasa gagal?

Apa pula itu berjaya di dunia? Kejayaan dikaitkan dengan mencapai satu-satu matlamat yang ditetapkan. Kejayaan dunia tak semestinya membawa kepada kejayaan di akhirat. Satu-satu kejayaan didunia cuma dapat membawa kepada kejayaan di akhirat hanya jika diimplimentasikan proses-proses yang dinyatakan dalam ayat 2 hingga 9 surah al-Mukminun.

Untuk memastikan kejayaan di dunia, kita mesti meletakkan matlamat yang jelas dan dapat diukur, barulah kita boleh mengukur diri kita samada kita berjaya atau tidak.

2. Input: Beriman/Percaya 

Elemen pertama untuk kita mencapai satu-satu kejayaan adalah dengan percaya kita boleh mencapai kejayaan itu. Cuma, percaya pada apa?

Di akhirat, jika kita percaya diri kita mampu masuk ke syurga dengan amalan-amalan kita, sebenarnya kita adalah golongan yang tertipu. Kita takkan mampu ke syurga dengan amal ibadat kita. Kita ke syurga dengan kasih sayang dan rahmat Allah. Oleh itu, kepercayaan yang benar adalah, kita percaya pada Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang akan masukkan kita ke syurga setelah kita berusaha menghambakan diri kita kepadaNya.

Begitu juga dengan dunia. Jika kita percaya pada kemampuan diri kita untuk mencapai satu-satu kejayaan, sebenarnya kita telah tertipu. Kita tidak mendapat pertolongan Allah dalam perlaksanaan dan sedang membina sistem kegagalan.

Kita mungkin abaikan solat dan mendekati perkara maksiat untuk mencapai matlamat dunia yang kita mahukan, dan mungkin kita berjaya mencapai matlamat tersebut, tetapi apabila kita tersungkur di dunia, tanpa bantuan Allah, adakah kita masih mampu bangun untuk teruskan kehidupan? Andai mampu, bagaimana pula kalau tersungkur itu di akhirat?

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s