Imej

Antara sebab berlaku satu-satu perselisihan adalah kerana satu-satu pihak hanya mahu dirinya difahami tanpa cuba memahami kepentingan dan keperluan satu-satu pihak yang lain. Memahami pihak lain adalah satu tahap pemikiran yang ‘lebih tinggi’ dan distrukturkan kaedah ini oleh Edward deBono dalam CoRT 3.1, EBS: Examine Both Sides.

Sebenarnya model turut ini dinyatakan dalam al-Quran, surah al-Hujurat ayat ke-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang memanggil kamu (Muhammad) daripada luar kamar(mu), kebanyakan mereka tidak menggunakan akal mereka.”

Dalam ayat ini, Allah menegur mereka yang memanggil-manggil Nabi supaya segera keluar daripada kamar baginda untuk berurusan dengan baginda, tanpa memikirkan keperluan peribadi baginda, sebagai golongan ‘la ya’qilun’, tidak menggunakan akal.

Dalam kaedah EBS oleh deBono, apabila kita mula melakukan interaksi dengan orang lain, kita hendaklah terlebih dahulu mengenal pasti sisi pandang dan keperluan dua pihak, iaitu pihak kita sendiri dan juga pihak yang berinteraksi dengan kita. Apabila kita mula berinteraksi tanpa meneliti keadaan pihak kedua, maka jadilah kita orang yang akan mendesak-desak dan mementingkan diri, sekaligus menjadikan kita golongan ‘la ya’qilun’.

Imej
Oleh itu, Allah SWT menyarankan kita dalam ayat seterusnya (al-Hujurat:5) yang bermaksud:

“Dan sekiranya mereka berSABAR sehingga engkau (Muhammad) keluar menemui mereka, tentu itu lebih baik bagi mereka…”

Daripada ayat ini, dapat kita faham, dalam berinteraksi dengan pihak kedua, kita hendaklah berSABAR, menekan butang ‘PAUSE’ sebelum melakukan apa-apa tindakan. Maksud berSABAR di sini bukanlah SABAR tidak buat apa-apa, tetapi sebaliknya, kita menekan butang ‘PAUSE’ dalam diri kita supaya tidak mendesak orang lain, sebaliknya mengambil masa untuk memikirkan keperluan pihak kedua itu tadi (EBS) supaya interaksi seterusnya berjaya dilakukan tanpa mencederakan emosi mana-mana pihak.

Kemahiran menekan butang ‘PAUSE’ ini adalah kemahiran yang penting dalam kajian tabiat A+ oleh Tuan Fazrul Ismail. Sesiapa yang berminat untuk mempelajari tabiat A+ boleh mengkaji e-book ‘Saya Mahu Belon’ yang ditulis oleh beliau. Sesiapa yang mahukan e-book tersebut secara percuma boleh hubungi saya.

Ustaz Hasrizal Jamil pula akan bentangkan kajian beliau mengenai surah al-Hujurat dalam SEMINAR ETIKA SOSIAL BERTERASKAN SURAH AL HUJURAT Sabtu ini. Pendaftaran walk-in masih dibuka bagi yang berminat.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s