Di Malaysia, bidang training adalah satu bidang yang sedang mendapat sambutan. Banyak syarikat-syarikat training dibentuk dan menawarkan pelbagai program dan modul kepada masyarakat, samada secara umum mahupun spesifik pada industri tertentu.

Mereka yang berduit, akan mendapatkan sijil dan rekognisi bertaraf antarabangsa dan menawarkan modul-modul yang mempunyai nama yang besar di peringkat antarabangsa. Mereka yang rajin, akan membedah buku-buku untuk diambil model pengajaran dan diaplikasikan dalam modul-modul mereka. Mereka yang baru mulakan sendiri, ada yang bentukkan modul daripada idea-idea yang diambil daripada kuliah maghrib, sesi mukhayyam dan pelbagai lagi sumber-sumber yang tidak memerlukan pelaburan yang tinggi. Apa pun caranya, masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri, yang lebih penting, masing-masing bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat.

Persoalannya, bagaimana sebuah syarikat training ataupun NGO dapat memberi manfaat kepada masyarakat dengan sumber yang terhad dengan lebih efisyen?

Model C-M-E

Model C-M-E adalah satu model yang memudahkan check and balance dalam satu-satu program training ataupun sesebuah syarikat/NGO training. Dengan menggunakan model ini, para trainer boleh melihat adakah program ataupun syarikat/NGO itu seimbang dan optimum dalam perlaksanaan kerja mereka.

Model C-M-E ini mengandungi tiga faktor penting dalam satu-satu sesi training, iaitu C: Content (Kandungan), M: Marketing (Pemasaran) dan E: Event Management (Pengurusan Majlis). Ketiga-tiga faktor ini disusun menjadi bentuk bekas (container). Faktor C dan E membentuk dinding bekas dan faktor M pula menjadi dasar bekas.

Bayangkan sebuah bekas seperti di atas di gunakan untuk menceduk beras, maka bekas itu akan terisi dengan beras. Dalam anologi ini, bekas tersebut adalah program ataupun syarikat/NGO training, manakala beras adalah manusia-manusia yang memperolehi manfaat daripada program training tersebut.

Ketidakseimbangan C-M-E

Bayangkan jika salah satu antara kompenen C-M-E tidak dibina dengan betul, maka kita akan lihat kesannya kepada audiens.

Jika kompenen C tidak dibangunkan dengan baik, maka audiens cuma mungkin menikmati suasana program yang berjalan dengan lancar lantaran kompenen E yang cukup baik, dan mereka dapat dikumpulkan kerana hebahan dan pemasaran, M, yang baik. Namun, tidak banyak yang dapat dibawa pulang dengan mereka selepas program.

Jika kompenen E tidak dibangunkan dengan baik, maka audiens mungkin disajikan dengan kandungan latihan, C, yang sangat baik, dan mereka juga dapat dikumpulkan kerana hebahan dan pemasaran, M, yang baik. Namun, perjalanan program tidak lancar, makanan tidak mencukupi, sistem audio bermasalah yang akhirnya menyebabkan mereka mungkin tidak lagi berminat menghadiri sesi seterusnya walaupun kandungan modul yang ditawarkan memang dapat menyelesaikan isu mereka.

Jika kompenen M pula yang diabaikan, walaupun kandungan opengajaran dan material yang digunakan adalah hasil kajian peringkat PhD sekalipun, dan majlis dijalankan dengan sangat lancar (E) di tempat yang sangat kondusif. Namun, hanya sedikit sahaja audiens yang dapat dikumpulkan. Jika ini terjadi, sesebuah program itu barangkali akan membawa kerugian daripada aspek kewangan kepada trainer mahupun penganjur.

Pernahkah anda terlibat dalam program yang mengalami ketidakseimbangan C-M-E seperti yang dinyatakan di atas? Samada menjadi audiens, mahupun menjadi penganjur. Pengalaman saya, saya pernah menjadi kedua-duanya dan dapat merasai dengan jelas kesan ketidakseimbangan C-M-E tersebut.

Bagi yang pernah mengalami ketidakseimbangan C-M-E dalam penganjuran program, itu bukanlah kegagalan, sebaliknya ianya cuma satu proses pembelajaran. Apa yang penting, dengan memahami konsep model C-M-E, kita dapat memperbaiki kualiti program training kita dari masa ke masa?

Dalam pos ini, model C-M-E cuma disentuh secara dasar. Tiada penjelasan terhadap subkomponen-subkomponen yang terkandung dalam komponen C, M, dan E. Jika anda berminat untuk mempelajari lebih mendalam tentang konsep model C-M-E ini, insyaAllah saya akan poskan penerangan mengenainya pada masa yang akan datang.

Tinggalkan komen