AS PD

Alhamdulillah, sudah 10 bulan saya menjadi salah seorang penghuni Akademi Sinergi. Bermula sebagai seorang kontrakor Total Success Training & Consultancy (salah sebuah syarikat yang bersinergi di bawah jenama Akademi Sinergi), kini saya sendiri memainkan peranan sebagai penggerak utama Akademi Sinergi.

Perjalanannya tidak mudah. Pelbagai ujian melanda, menguji kesediaan fizikal, intelektual, emosional, dan spiritual saya, dan saya yakin ujian-ujian ini akan terus melanda, sehinggalah sampai masa saya terbaring kaku.

Saya dan Akademi Sinergi

Apabila saya imbas kembali, perjalanan saya bersama dengan Akademi Sinergi bermula seawal saya di alam kampus lagi, sekitar 2007. Pada waktu itu, saya sering mengikuti blog saifulislam.com, sekaligus mengikuti perkembangan penulisnya, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Beliau menubuhkan syarikat Saifulislam Training & Consultancy (STC, kemudiannya bertukar nama kepada Synergy Training & Consulting sekitar 2011) sekitar 2009 dan berpejabat di Ampang. Kemudian beliau berpindah ke Bandar Sri Putra sekitar 2011, sekaligus memindahkan operasi syarikatnya ke Bandar Baru Bangi. Pada waktu itu beliau berkongsi pejabat dengan syarikat Total Success Training & Consultancy (TSTC) yang dipunyai oleh Tuan Fazrul Ismail.

STC dan TSTC kemudianya bergabung dengan Akademi Infitah membentuk konsortium yang dijenamakan dengan Akademi Sinergi (AS) pada tahun 2011. Antara pemain utama dalam pembentukan ini adalah Tuan Firdaus Hashim (Cidos) dan Tuan Ahmad Shakir (Shark).

Saya merantau ke Kuala Lumpur pada tahun 2011. Saya bertugas di sebuah sekolah tahfiz di Bandar Tun Razak. Pada waktu itu, saya beberapa kali mengambil kesempatan untuk mengikuti program-program AS. Awalnya menjadi peserta biasa kemudian saya mula menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan. Model yang digunapakai AS pada waktu itu juga sangat bagus, kerana mereka sangat mengalu-alukan sukarelawan. Daripada situ saya mula mengenali beberapa orang-orang penting yang bekerja kuat untuk membangunkan Akademi Sinergi.

Pada penghujung 2011, saya mendapat tawaran untuk menjadi salah seorang anggota AS melalui STC. Ustaz Hasrizal bercadang untuk memasukkan saya ke dalam struktur syarikatnya. Namun atas pertimbangan terhadap beberapa faktor, terutamanya tidak mahu menambah perbelanjaan STC, saya tolak dan berkhidmat di syarikat lain di Shah Alam. Namun hubungan baik dengan AS tetap saya jaga.

Perubahan Struktur AS

Tahun 2012 menyaksikan perubahan besar terhadap struktur AS. Orang-orang kuat AS seorang demi seorang membawa diri menuju destinasi pembangunan hidup masing-masing. Ada yang bekerja di bank, ada yang menemankan isteri belajar di luar negara, sahabat saya, Zainal Lutfi pula menyambung pelajaran di UKM, seperti yang dilakukan oleh Ustaz Hasrizal. Ariff Jauhar pula pergi ke Mesir selama 3 bulan untuk mengikuti ilmu bahasa Arab. Akademi Infitah juga sudah berkembang dengan baik dan perlu berpindah ke lokasi lain yang lebih kondusif untuk mereka.

Pemergian mereka semua berganti. Alhamdulillah AS masih terus hidup. Cikpuan Saadiah Ali dengan timnya mengambil alih pengurusan AS. Imam Muda Asyraf pula membawa syarikatnya Ben Rezuan menggantikan Akademi Infitah. Pada waktu ini saya menjadi warga AS dengan bergabung dengan TSTC sebagai koordinator projek.

Namun formasi ini tidak lama. Cikpuan Saadiah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Johor dan mengembangkan potensinya di sana. Ariff juga sudah pulang ke Malaysia. Kini AS diserahkan kepada Ariff dan saya.

Ariff bertindak sebagai ketua operasi dan saya bertindak sebagai pegawai perhubungan korporat. Tuan Fazrul pula memainkan peranan sebagai penasihat utama.

Perkembangan Terkini

Capaian kerjasama AS berkembang dengan agak pesat beberapa bulan ini. Beberapa perjanjian kerjasama mula digerakkan dengan beberapa institusi seperti Warisan Ummah Ikhlas yang dinaungi oleh Dato Husamuddin (CEO Karangkraf), Lembaga Zakat Selangor, Media Prima dan lain-lain lagi.

Saiz warga AS juga bertambah dengan kemasukan Ustaz Rusydi al-Jauhari (penulis buku Biografi Agung Muhammad saw dan selebiti TV al-Hijrah) serta Tuan Ejul Lutfi dan isterinya, Cikpuan Shila, daripada Gold Mind Evolution.

Formasi AS terkini sangat menekankan model kejayaan bersama dan prinsip sinergi. Semoga formasi ini dapat meningkatkan kekuatan AS untuk memartabatkan ummah dengan penghayatan al-Quran.

InsyaAllah.

Mohon doa-doa daripada tuan-tuan dan cikpuan-cikpuan semuanya ya!

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s