Imej

“Bulan Ramadhan ini, saya mahu ambil kesempatan untuk betulkan semuanya kembali”, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil menyampaikan hasrat beliau dalam slot Seminar Transformasi Ramadan 1434H baru-baru ini.

Saya mengangguk-angguk, saya faham cabaran yang baru sahaja beliau lalui.

Beliau sebelum itu menceritakan kepada audiens, pengajian ijazah sarjana beliau telah menyebabkan gangguan waktu tidur, seterusnya menyebabkan beliau mengalami kesukaran mengawal pemakanan beliau, yang kemudiannya memberi kesan kepada aktiviti senaman. Semuanya akhirnya memberi impak kepada peningkatan berat badan beliau secara ketara.

Mujur, bagi beliau, beberapa hari sebelum menjelang Ramadhan, beliau telah tamat menduduki peperiksaan dan menghantar tugasan terakhir. Maka sepanjang Ramadhan ini beliau berpeluang untuk menguruskan kembali jadual hidup.

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil sebagai salah seorang speaker Seminar Transformasi Ramadan 1434H
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil sebagai salah seorang speaker Seminar Transformasi Ramadan 1434H

Jujur Pada Diri

Saya mendengar kisah itu dengan penuh insaf, jujurnya, saya akui saya sendiri mengalami masalah pengurusan masa yang besar. Dan masalah peningkatan berat badan yang mendadak. Entah kenapa sebelum ini saya boleh merasakannya ia sesuatu yang ‘OK’.

Sedangkan kertas kerja banyak yang gagal disiapkan, projek banyak yang kurang berkesan, masuk pejabat lewat, janji ditangguhkan, badan semakin cepat semput, nafas sering rasa pendek, pendek katanya, tiada yang ‘OK’.

Apabila difikirkan, isu disiplin dan komitmen ini mungkin bukan masalah saya seorang. Mungkin ini isu Generasi Y yang dinyatakan Ustaz Hasrizal dalam artikel beliau.

Azam Transformasi Ramadhan

Maka saya memilih, saya mesti menyambut Ramadhan ini dengan satu transformasi yang jelas. Iaitu Ramadhan ini akan menjadi medan untuk saya baiki DUA perkara:

  1. PENGURUSAN MASA

  2. PENGURUSAN PEMAKANAN

Kedua-dua perkara ini adalah bermain di sekitar isu DISIPLIN dan KOMITMEN.

Disiplin terhadap diri sendiri. Bila saya patut bangun tidur? Bila saya patut masuk pejabat? Apa yang patut saya makan? Berapa banyak yang saya patut makan?

Komitmen terhadap perjanjian dengan orang lain. Bila dan di mana saya patut berjumpa? Bila saya patut hantarkan sesuatu?

Saya lakukan transformasi ini dengan memperbaiki beberapa perkara spesifik dalam hidup saya, iaitu:

  1. Memastikan solat di awal waktu.

  2. Memastikan masuk pejabat pada jam 9.00 pagi.

  3. Memastikan saya mengikuti jadual Diet Ramadhan yang dibentangkan oleh Dr Mahathir Muhammad dalam Seminar Transformasi Ramadan 1434H.

Jadual Diet Ramadan
Jadual Diet Ramadan

3 perkara ini akan menjadi perjuangan harian saya sepanjang Ramadhan. Tidak banyak, tetapi saya yakin ianya cukup untuk memberi kesan yang besar dalam hidup saya.

Realiti

Sekarang sudah 13 Ramadhan, adakah saya berjaya ikuti apa yang saya rancang di awal menjelang Ramadhan tempoh hari?

TIDAK.

Adakalanya terleka. Adakalanya sibuk mengejar masa. Ada kalanya menjaga hati orang lain. Maka saya langgar perkara-perkara yang telah saya tetapkan. Tetapi, adakah saya patut mengalah?

TIDAK.

Ramadhan ini adalah sebulan masa transformasi. Jika 13 hari berlalu dengan beberapa kelompangan, saya masih ada 17 hari untuk untuk menutup kelompangan itu. Dan kepadaNyalah saya berserah dan memohon kekuatan.

Mengalah atau Mengubah?

Kita boleh memilih untuk kekalkan diri dalam keadaan asal kerana beberapa kegagalan kita.

ATAU

Kita boleh memilih untuk teruskan usaha, bina saja kejayaan-kejayaan kecil.

Bagi saya, jika hari ini saya berjaya berbuka dengan makanan karbohidrat rendah, itu sudah jadi satu kejayaan. Jika hari ini saya berjaya solat 5 waktu di surau pada awal waktu, itu sudah jadi satu kejayaan. One step at a time.

Salam Transformasi Ramadhan.

ASG_poster

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s