image

“Cuba Tuan tengok buku ini,” saya menunjukkan buku The Path of Muhammad kepada Tuan Fazrul yang sedang memandu.

Saya menyambung lagi, “buku ini diterjemahkan untuk dijadikan rujukan kumpulan…”

“Kadizadeli?” Tanya Tuan Fazrul.

“Tak, untuk kumpulan al-Jerrahi al-Hevati, sebuah kumpulan tariqat sufi,” jawab saya.

“Saya tak pasti sekiranya kumpulan Kadizadeli masih wujud hari ini, tetapi kalau mereka masih ada tentu mereka akan memusuhi al-Jerrahi al-Hevati,” saya meluahkan apa yang terbuku.

“Ironinya, Kadizadeli pun gunakan buku ini sebagai teks ideologi gerakannya.”

Kadizadeli adalah gerakan yang muncul di empayar Uthmaniah. Gerakannya mirip dengan kumpulan salafi hari ini. Mereka terkenal dengan pandangan anti-sufisme.

“Macam mana Imam Birgivi boleh menulis sebuah buku yang menjadi rujukan dua kumpulan yang berlawanan?”

“Imam Birgivi sendiri menyertai kumpulan tariqat sufi tetapi seruannya dalam al-Tariqah al-Muhammadiyyah (The Path of Muhammad) sangat mirip dengan seruan kelompok salafi hari ini, seperti kembali ke sumber al-Quran dan as-Sunnah yang sahih.”

“Ana juga jumpa pattern yang sama pada Ibnu Taimiyyah. Kitab al-Ubudiyyah karangannya juga menjadi rujukan beberapa kumpulan sufi,” Tuan Fazrul memberi pandangan beliau berkenaan buku yang sedang dikajinya sekarang.

Menjadi Golongan Pertengahan

Saya bukanlah golongan asatizah yang layak membahaskan krisis salafi vs sufi ini. Apa yang saya boleh lakukan untuk diri saya adalah berusaha untuk berada di golongan pertengahan, satu kedudukan yang dapat membentengkan diri saya daripada melakukan kesalahan dalam memandang satu-satu kumpulan.

Ianya bukan untuk isu salafi vs sufi sahaja, malah dalam segenap isu hidup ini. Sekecil-kecil pergaduhan anak-anak sehinggalah isu politik negara.

Namun, untuk berada di tengah-tengah mampunyai disiplin dan prinsip tersendiri bagi membezakannya dengan mereka yang diibaratkan bagai lalang ditiup angin – satu kelompok yang jauh lebih bermasalah.

Berikut adalah 5 cara menjadi golongan pertengahan yang berkualiti:

1. Berani Mendengar
image

Kita mestilah cukup terbuka untuk mendengar tetapi cukup berprinsip untuk tidak terus membenarkan dakwaan mana-mana pihak. Dengarlah dengan jujur untuk memahami pandangan tersebut, bukan mendengar dalam masa yang sama kita sudahpun merangka respon terhadapnya. Take our time, ianya ‘OK’ jika selepas mendengar kita cuma mampu senyum dan ucapkan terima kasih.

Percayalah, kita tidak kelihatan bodoh semata-mata menangguhkan respon. Perkara yang lebih penting adalah mengelakkan diri daripada bercakap sesuatu yang tidak matang ideanya – yang akan menyebabkan kita kedengaran ‘bodoh’.

2.Fahami Latar
image

Satu-satu idea/pandangan bukannya jadi secara rawak ataupun tiba-tiba. Ada rantaian peristiwa, cara hidup, dan pelbagai faktor sekitar termasuk masa yang mempengaruhi idea tersebut. Dalam bidang sains sosial, ianya dikenali sebagai milieu.

Memahami latar akan menerangkan kepada kita kenapa pihak A berpandangan begini dan pihak B pula berpandangan begitu. Dan mungkin pada masa dan persekitaran sekarang kedua-dua pandangan tidak realistik dan tidak boleh diaplikasikan, melainkan digabungkan kedua-dua pandangan menjadikannya satu kerangka idea yang baru, atau dalam jargon sekarang: sinergi, hibrid, dan lain-lain. (Istilah jadi tak penting bila ianya tidak diaplikasikan.)

3.Berani Berbeza
image

Apabila kita berinteraksi dengan orang yang berideologi yang berbeza dengan ideologi kita, apakah yang kita rasa? Apabila kita mula rasa ‘mereka’ salah dan sepatutnya ‘mereka’ mesti buat seperti kita, maknanya kita tak berani hadapi perbezaan.

Adakah berbeza itu satu kesalahan? Ya, dalam perkara-perkara dasar yang mungkin melibatkan faktor nyawa seperti memandu lawan arah trafik ataupun menyalahi dasar-dasar aqidah dalam agama bagi orang Islam seperti mengaku menjadi Nabi/Rasul. Tapi dalam banyak ruang kita boleh berbeza dengan selamat (kadang kala kita akan menjustifikasikan satu-satu perbezaan ini adalah salah kerana berlawanan dengan agama – sedangkan para ulama’ pun berbeza pandangan, contohnya kes kalimah Allah sekarang ini, yang tidak akan saya ulas, =D)

Berani berbeza bukanlah pada berani buat perkara yang lain daripada orang lain. Tetapi juga berani berinteraksi dengan sihat bersama-sama mereka yang berbeza dengan kita.

4.Jangan Cepat Simpulkan
image

Why don’t you take some time to reconsider?,” kata kawan saya, Sheldon.

Jangan tergesa-gesa mengiyakan ataupun menafikan sesuatu yang anda dengar. Sediakan ruang dalam diri kita untuk simpankan perkara-perkara yang masih belum dibuat keputusan. Bukan semua isu dalam dunia ini (terutamanya di Facebook) memerlukan respon segera kita.

Dan kita mesti sentiasa ingat, apa-apa keputusan atau pandangan kita hari ini boleh berubah apabila ada faktor baru yang relevan. Kita mesti akur bahawa pengetahuan kita sentiasa terbatas. Namun, mesti kita tegaskan pada diri kita, perubahan keputusan/pandangan kita mestilah tidak berteraskan kepentingan peribadi, sebaliknya mestilah kerana kita satu-satu kebenaran yang kita temui – penegasan ini penting untuk kita bezakan diri kita dengan golongan lalang ditiup angin.

5.Kebenaran Hakiki Milik Allah
image

Seperti yang dinyatakan pada poin di atas, pengetahuan kita adalah terbatas. Hanya Allah itu al-‘Alim, yang tahu semua perkara samada yang sudah ataupun belum terjadi. Maka, asas kepada menjadi golongan pertengahan adalah keimanan bahawa tidak ada sesiapa yang boleh memberi satu-satu kebenaran yang tidak boleh dipersoalkan melainkan Allah. Menjadi golongan pertengahan adalah manifestasi kita sebagai hamba yang lemah dan mahu memulangkan hak memiliki kebenaran itu hanya kepada Allah.

Atas dasar itu, golongan pertengahan mesti mengalaskan pandangan/keputusan yang dibuat dalam taklukan Allah, seperti menggunakan kalimah insyaAllah, alhamdulillah, dan seumpamanya.

2 thoughts on “5 Cara untuk Jadi Golongan Pertengahan

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s