Bumi Rata

Untuk sesiapa yang belum pernah dengar tentang Bumi Rata, ia merujuk kepada satu hipotesis (dakwaan) yang menyatakan Bumi kita ini sebenarnya bukan berbentuk glob, sebaliknya rata. 

Di Malaysia, hipotesis ini dipercayai dan diterima oleh segolongan orang. Mereka lazimnya menafikan autoriti organisasi-organisasi yang berkaitan dengan kajian alam semesta, sama ada di peringkat antarabangsa mahupun dalam negara, umpamanya NASA, Jabatan Meteorologi Malaysia, dan… Bahagian Falak Jabatan Mufti negeri-negeri di Malaysia. Asas pada penafian mereka terhadap autoriti ini adalah organisasi-organisasi ini dipengaruhi oleh NASA.

Oleh itu, saya berhasrat untuk menjawab dakwaan-dakwaan mereka berdasarkan kaedah saintifik yang boleh diuji sendiri dan mengelakkan kebergantungan terhadap data-data daripada NASA dan seumpamanya. 

Kaedah

Pengalaman saya cuba berdiskusi dalam talian bersama-sama kelompok yang mempercayai Bumi Rata sebelum ini mengajar saya untuk membahagi-bahagikan topik perbincangan. 

Sebab, jika anda tahu tentang hipotesis Bumi Rata, anda tahu yang hipotesis itu sendiri terdiri daripada beberapa sub-hipotesis. Untuk maklumat anda, idea Bumi Rata bukan sahaja menyatakan yang Bumi berbentuk rata. Sebaliknya ia membawa satu model alam semesta tersendiri. Antaranya;

  1. Matahari dan Bulan berpusing atas permukaan mendatar Bumi.
  2. Bulan mengeluarkan cahaya sendiri.
  3. Graviti tidak wujud. Apa yang kita rasakan sebagai kesan graviti sebenarnya adalah kesan ketumpatan (density).

Oleh itu, kaedah yang akan saya gunakan untuk menjawab hipotesis yang mereka telah cadangkan ialah dengan menguji setiap hipotesis tersebut. Inilah kaedah sains yang sebenar, ataupun sekurang-kurangnya sehampir mungkin.

Mengambil manfaat

Kembali kepada golongan yang percaya tentang Bumi Rata, walaupun saya khuatir kesan kerosakan yang mungkin timbul terhadap kemajuan dan perkembangan pendidikan sains dan teknologi di Malaysia akibat suara mereka, saya berpandangan kita patut mengambil manfaat daripada kekacauan idea yang dibawa oleh mereka untuk memperkemaskan pengetahuan saintifik kita sendiri.

Sebelum ini kita sendiri selesa dengan model alam semesta yang kita pelajari di sekolah, seperti Bumi berbentuk glob, Bumi bergerak mengelilingi Matahari, dan Bulan memantulkan cahaya sendiri. 

Mungkin sekarang dah sampai masa kita tanya diri kita semula, dari mana datangnya idea-idea tersebut? Jika ia datang daripada Sains, pasti ada dokumentasi yang boleh dirujuk, mustahil satu hipotesis boleh diterima oleh komuniti Sains jika tidak ada sandaran data dan kajian yang memuaskan.

Sokongan anda

Pastinya projek ini akan memakan masa, kerana saya bukanlah penulis sepenuh masa, dan cuma melaksanakan projek ini atas dasar minat.

Jika anda berminat untuk ikuti projek ini, anda boleh ikuti blog ini secara percuma dengan memasukkan alamat email anda dalam ruang di sebelah. Anda juga boleh sumbangkan idea anda di ruangan komen. 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s