Perasan tak hari ini terlalu banyak maklumat yang menular? Saya sendiri pun rasa lemas dengan lambakan maklumat yang datang daripada pelbagai medium sosial, sampai tak tahu nak respon pada yang mana dahulu, dan nak respon apa? Nak kongsi? Nak komen? Nak tulis pos baru? Lebih-lebih lagi bila kawan-kawan lain masing-masing dah beri respon tersendiri.

Jadi, kita dah mula rasa tak nak ketinggalan, sekurang-kurangnya, kongsi pun jadilah, takkan lah maklumat ni salah kalau memang dah ramai orang kongsi, kan? Kan?

Tunggu!

Sebelum anda klik butang kongsi tu, anda kena tahu yang tindakan itu mungkin tidak rasional.

Pertimbangkan ini dahulu:

Pertama, sebagai makhluk sosial, manusia memang ada naluri semula jadi untuk tidak mahu ketinggalan dan terasing daripada majoriti. Hal ini kerana bersama dengan majoriti adalah penting untuk survival kita. Namun, kelompok majoriti juga boleh buat benda yang salah. Jadi, walaupun bersama dengan kelompok majoriti penting untuk survival, kena beringat, kemungkinan mereka di pihak yang salah.

Kedua, kita akan mudah menerima maklumat yang telah diulang berkali-kali. Ada beberapa kajian menarik yang telah dijalankan mengenai hal ini, saya tak berhasrat untuk tuliskan panjang lebar di sini. Cuma yang perlu anda tahu, apabila kawan-kawan kongsikan satu maklumat yang sama, kita mungkinada persepsi yang maklumat tersebut betul, walaupun hakikatnya, maklumat itu salah!

Justeru, tunggu. Jangan biarkan faktor emosional atau biologikal menenggelamkan keupayaan rasional kita. Sebaliknya, tingkatkan keupayaan rasional kita dengan pemikiran skeptikal.

Oh, tidak, saya tak akan buat syarahan definisi pemikiran skeptikal di sini. Cukup kita mulakan dengan langkah yang mudah, semudah tanyakan soalan berikut:

ask-question-1-ff9bc6fa5eaa0d7667ae7a5a4c61330c

“Betulkah maklumat ini?”

Pastikan dahulu maklumat tersebut benar. Dan pastikan juga anda betul-betul puas hati dengan maklumat tersebut. PENTING: Jangan sesekali berpuas hati dengan menyandarkan maklumat tersebut pada orang lain, walaupun orang itu kita sangat hormati. Contoh, “takkanlah salah, Ustaz Audi yang cakap, takkan ustaz nak tipu dalam masjid kut.”

“Adakah ada perspektif lain bagi maklumat ini?”

Kerap kali, maklumat yang ditularkan hanyalah pada satu sudut pandang sahaja. Kadang kala, penulis akan menghiasi dirinya dengan karektor-karektor yang boleh meraih simpati dan sokongan orang ramai, mungkin sebagai mangsa, mungkin sebagai pejuang keadilan, mungkin sebagai pembela agama. Boleh jadi, pada sudut pandang yang lebih luas, dialah pemangsa yang menindas dan menzalimi orang lain. Ingat, semua orang adalah hero dalam ceritanya sendiri.

“Siapa yang untung kalau maklumat ini ditularkan?”

Berkait dengan poin sebelum ini, maklumat boleh dihiaskan dengan pelbagai cara untuk mencapai tujuan tertentu. Boleh jadi untuk bagi orang ramai marah pada pihak yang dimusuhi penulis, atau untuk menjatuhkan pesaing perniagaan penulis, atau memang untuk ditularkan semata-mata bagi mempromosikan perniagaan penulis secara halus. Contoh, saya pernah baca ada penjual insurans dakwa hospital menyatakan anak pelanggannya dijangkiti virus kerana duduk dalam troli pasar raya, di hujung pos tersebut, dia meletakkan nama dan pekerjaannya sebagai agen insurans. Kita yang risau akan keselamatan anak-anak cepat sahaja menularkan mesej tersebut. Persoalannya, macam mana hospital sahkan jangkitan berlaku masa dalam troli? Adakah setiap troli di pasar raya tersebut diambil sampel-sampel satu persatu? Kenapa hanya troli? Kenapa bukan mainan, tandas, buah-buahan dan apa sahaja yang boleh disentuh oleh seorang kanak-kanak? Adakah hospital tersebut telah buat ujian terhadap semua benda yang disentuh oleh anak tersebut di pasar raya? Entah. Yang pastinya, ajen insurans tersebut berjaya menjadikan kita semua sebagai alat untuk memasarkan perkhidmatannya.

Ok.

Jika anda berpuas hati dengan ketiga-tiga soalan di atas, maka dipersilakan untuk kongsikan maklumat tersebut.

Komen dan promosikan maklumat tersebut sebaik mungkin. Jika tidak, ada baiknya anda abaikan dahulu.

Hei, apa kata anda cuba uji tiga soalan di atas terhadap pos ini. Kita lihat kalau pos ini sendiri lulus ujian tersebut!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s