Tahukah anda, dalam satu-satu masa, ada dua fenomena air pasang berlaku di permukaan Bumi?

Satu di permukaan Bumi yang menghadap Bulan. Manakala satu lagi berlaku pada permukaan Bumi yang bertentangan.

Kita mungkin pernah dengar sebelum ini yang fenomena pasang dan surut adalah disebabkan oleh daya tarikan graviti Bulan ke atas Bumi.

Namun, jika fenomena tersebut cuma disebabkan oleh kesan tarikan graviti Bulan ke atas permukaan Bumi, sepatutnya, hanya permukaan yang menghadap Bulan yang akan mengalami fenomena air pasang. Oleh itu, pasti ada penjelasan lain terhadap fenomena ini.

Saya harap, bahagian pendahuluan tadi telah berjaya menjentik rasa ingin tahu anda terhadap soalan berikut;

Kenapa ada dua fenomena air pasang dalam satu-satu masa?

Kenapa fenomena air pasang berlaku pada dua permukaan Bumi yang bertentangan?

Jawapannya, daya pasang-surut (tidal force).

Apa itu daya pasang-surut?

Hmm…

Untuk memahami daya pasang surut, kita kena fahami daya graviti dahulu.

Hukum graviti menyatakan;

Daya graviti, F, antara dua jasad bersamaan dengan hasil darab pecutan graviti, G, dengan jisim kedua-dua jasad tersebut, m1, m2, dibahagikan dengan kuasa dua jarak antara dua objek tersebut, r.

Atau lebih mudah;

Daripada persamaan di atas, kita boleh lihat yang jarak merupakan faktor yang besar dalam menentukan kekuatan daya graviti.

Kenapa?

Kerana nilai jarak akan dikuasaduakan,menyebabkan, perbezaan 10 unit jarak akan mengurangkan kesan graviti pada kadar 100 unit.

Sekarang, bayangkan Bulan dan Bumi. Bumi mempunyai diameter purata sebesar 12, 742 km. Maka, daya tarikan graviti Bulan pada permukaan Bumi yang paling hampir, jika dibandingkan dengan permukaan Bumi yang paling jauh, mempunyai perbezaan faktor sehingga 162 juta unit.

Perkara ini akan menyebabkan Bumi melonjong. Permukaan Bumi yang dekat dengan Bulan akan ditarik dengan lebih kuat berbanding permukaan yang bertentangan dengannya. Pada kedua-dua permukaan ini, fenomena air pasang akan berlaku.

Baik, bagi menerangkan fenomena ini, pada rajah berikut, fokuskan pada 3 titik;

  1. Titik pada permukaan terdekat dengan Bulan, A.
  2. Titik pusat Bumi, B.
  3. Titik pada permukaan terjauh daripada Bulan, C.

Merujuk pada rajah di atas, daya tarikan graviti pada titik A jauh lebih kuat daripada titik B, menyebabkan titik A beralih mendekati Bulan dan menjauhi titik B. Dalam masa yang sama, daya tarikan graviti pada titik B juga lebih kuat daripada titik C. Maka, titik B akan menjauhi titik C. Oleh itu jarak antara titik A dan titik C akan bertambah, menyebabkan fenomena pelonjongan ini.

Daya yang melonjongkan jarak A dan C inilah yang dinamakan daya pasang-surut. Daya ini boleh ditakrifkan sebagai kesan graviti daripada satu jasad (Bulan, contohnya) terhadap satu jasad yang sangat besar (Bumi, contohnya), sehingga menyebabkan kesan graviti pada satu bahagian jasad tersebut berbeza dengan satu bahagian yang lain pada jasad tersebut.

Oleh sebab air laut boleh mengalir, maka kesan lonjongan ini lebih jelas kelihatan melalui fenomena air pasang. Tetapi, jangan tersilap, bukan air laut sahaja yang mengalami kesan pelonjongan daya pasang-surut, tanah di Bumi juga mengalami kesan yang sama. Semasa fenomena air pasang, aras air laut akan meningkat sekitar 4 m, manakala aras tanah akan meningkat sekitar 0.3 m.

Oh ya, jangan lupa, Bulan tidak statik. Bulan beredar mengorbit Bumi. Peredaran ini menyebabkan permukaan Bumi akan mengalami fenomena air pasang dan surut berselang-seli sekitar 6 jam sekali.

Jadi, jika anda duduk rumah sahaja dalam masa 24 jam yang lepas. Tanpa anda sedari, anda telah diangkat sekitar 30 cm selama 6 jam dan diturunkan semula sekitar 6 jam, sebanyak 2 kali.

Dan sekarang anda telah tahu kesan graviti dan daya pasang-surut Bulan dan Bumi.

Hei, terus pupukan rasa ingin tahu dalam diri anda. Letakkan soalan-soalan anda dalam ruangan komen di bawah. Jangan lupa kongsikan tulisan ini untuk menginspirasikan semangat ingin tahu pada komuniti sekitar anda.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s