Pernahkah anda dapati emel yang bukan spam dimasukkan dalam ruangan spam manakala emel spam pula sebaliknya? Situasi ini ialah ralat yang boleh berlaku pada apa-apa alat pengesan disebabkan beberapa faktor. Fenomena ini dinamakan sebagai palsu negatif dan palsu positif.

Bagi memahami apa itu pakai negatif dan positif, kita kena fahami dahulu prinsip yang digunakan oleh alat pengesan.

Setiap alat pengesan, sama ada yang ringkas seperti jalur dwilogam yang digunakan untuk mengawal suhu seterika sehinggalah yang lebih kompleks seperti pengekodan saringan emel spam, berfungsi berdasarkan prinsip yang sama, iaitu mengesan kehadiran kondisi yang telah ditetapkan pada alat tersebut. Alat-alat ini biasanya digunakan dalam sistem kawalan automatik.

Contohnya, jika jalur dwilogam digunakan untuk mengesan kehadiran kondisi suhu melebihi 46°C, jalur dwilogam akan membengkok dan memutuskan litar elektrik, menyelamatkan baju kita daripada terbakar.

Sistem penyaringan emel pula diprogramkan untuk mengesan kehadiran corak yang dikenalpasti sebagai emel spam seperti perkataan yang digunakan, lampiran, dan sebagainya. Satu-satu emel yang dikesan mengandungi kondisi yang sepadan dengan emel spam akan terus diletakkan dalam ruangan emel spam, bagi mengelakkan anda daripada terlepas emel-emel yang lebih penting jika dilambakkan dengan emel-emel spam.

Namun, sistem alat pengesan tidak sempurna, maka satu-satu bacaan yang dibuat boleh jadi salah satu daripada yang berikut;

  1. Benar positif adalah bacaan data yang benar dan menujukan kehadiran kondisi seperti yang telah ditetapkan. Contohnya seorang perempuan yang mengandung telah membuat ujian air kencing dan mendapat keputusan yang positif.
  2. Benar negatif pula ialah bacaan yang benar terhadap ketidakhadiran kondisi yang ditetapkan. Contohnya seorang perempuan yang tidak mengandung mendapat bacaan negatif daripada ujian air kencingnya.
  3. Palsu positif ialah bacaan menunjukkan kehadiran kondisi yang ditetapkan tetapi sebenarnya kondisi tersebut tidak hadir. Contoh, seorang perempuan yang tidak mengandung mendapati ujian air kencingnya positif. Hal seperti ini boleh berlaku disebabkan terdapat kehadiran faktor lain yang mencemarkan bacaan alat pengesan. 
  4. Palsu negatif merujuk kepada data palsu yang menunjukkan ketidakhadiran kondisi yang ditetapkan, sedangkan kondisi tersebut hadir. Misalnya, ibu mengandung mendapati ujian air kencingnya negatif, sedangkan dia benar-benar mengandung. Lazimnya ralat ini berlaku kerana kerosakan pada alat pengesan sehingga menyebabkan kondisi yang hadir gagal dikesan.

Sensitiviti bagi satu alat pengesan ditakrifkan sebagai kebolehan alat untuk mengesan kehadiran satu-satu kondisi, apabila kondisi tersebut benar-benar hadir. Spesifisiti bagi satu alat pengesan pula adalah kebolehan satu alat untuk tidak mengesan kehadiran apa-apa kondisi yang tidak hadir. Secara matematiknya;

Dengan kata lain bagi meningkatkan sensitiviti alat pengesan, kita kena kurangkan Palsu Negatif, manakala untuk tingkatkan spesifisiti, Palsu Positif perlu dikurangkan.

Untuk memudahkan kita membahagi sensitiviti dan spesifisiti, bagi penting emel spam, jika sistemnya sensitif, emel spam tak akan muncul dalam ruangan emel utama kita, manakala kalau sistemnya spesifik, emel bukan spam tidak akan diasingkan sebagai spam. Lihat pada emel anda, adakah sistemnya cukup spesifik dan sensitif?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s