Pada bulan Mei baru-baru ini, dunia siber diancam oleh perisian tebusan (ransomware) WannaCry yang menyekat akses terhadap komputer, menyebabkan operasi organisasi-organisasi penting seperti Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom dan syarikat telekomunikasi gergasi Sepanyol, Telefonica, terjejas. Dianggarkan perisian tebusan ini mencapai lebih 200,000 mangsa daripada lebih 100 buah negara sebelum ancamannya berjaya dineutralkan oleh seorang lelaki warga Britain berusia 23 tahun, Marcus Hutchins.

Hutchins menemui mekanisme untuk melumpuhkan WannaCry selepas meneliti pengekodan perisian tersebut. Hutchins menjadi hero segera dunia siber apabila memaklumkan penemuannya kepada warga internet.

Bagaimanapun, pada 2 Ogos 2017, Hutchins ditahan oleh FBI di lapangan terbang Las Vegas ketika mahu mengambil penerbangan pulang ke United Kingdom. Hutchins berada di Las Vegas bagi menghadiri DEF CON, satu konferens yang menghimpunkan profesional dan amatur keselamatan siber, termasuk pegawai kerajaan, penyelidik, dan juga penggodam.

Hutchins ditahan atas enam tuduhan jenayah melibatkan perisian hasad (malware) Kronos, sebuah perisian Trojan yang berupaya untuk mencuri maklumat perbankan pengguna komputer yang dijangkitinya. Beliau didakwa mencipta dan menjual perisian tersebut melalui web gelap (dark web) antara Julai 2014 hingga Julai 2015.

Kronos ialah evolusi daripada Zeus (dalam mitologi Yunani, Kronos ialah Titan yang melahirkan Zeus), perisian Trojan yang boleh mencuri maklumat perbankan dalam talian yang dimasukkan oleh pengguna ketika melakukan apa-apa transaksi dalam talian, menggunakan komputer yang telah dijangkiti perisian ini. Pemangsa siber lazimnya akan menjangkiti komputer mangsa melalui spam atau menyembunyikannya dalam fail muat turun sebagai perangkap.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s