Saya ada terbaca satu pos yang menyatakan Elon Musk mambazirkan 90 juta USD untuk menghantar Tesla Roadsternya ke angkasa untuk berseronok-seronok.

Baik, memang dalam wawancara bersama CBS News, Musk menyatakan tidak ada apa-apa tujuan sebenar pun menghantar keretanya ke Marikh, semuanya dilakukan untuk berseronok-seronok dan mengujakan orang ramai.

Tetapi kita kena faham dahulu konteks keseluruhan projek pelancaran Falcon Heavy yang memuatkan Tesla Roadster tersebut baru-baru ini.

Pelancaran yang bernilai sekitar 90 juta USD tersebut ialah ujian kali pertama untuk menilai sama ada reka bentuk Falcon Heavy boleh melaksanakan misi menghantar muatan ke angkasa lepas. Di samping itu, SpaceX juga boleh menilai apakah penambah baikan yang perlu mereka laksanakan untuk projek sebenar nanti.

Perlu kita tahu, bagi semua jenis roket angkasa lepas, sebelum ia boleh menjalankan misi ke angkasa lepas, mesti melalui proses ujian  pelancaran seperti ini dahulu. Cuma, ujian pelancaran sebelum ini lazimnya membawa muatan percubaan seperti blok konkrit atau keluli, yang agak membosankan, sebab itu orang ramai tidak ambil peduli.

Tetapi SpaceX memikirkan, apakah muatan percubaan yang boleh mengujakan orang ramai tetapi berisiko rendah?

elon-in-roadster-sfgate-1024x766

Pastilah Tesla Roadster milik Musk sendiri!

Ini memang gimik yang sengaja dilaksanakan.

tesla-roadster-spacex-falcon-heavy-payload

Gimik yang pasti menjadikan orang ramai dari seluruh dunia tertarik terhadap perkembangan teknologi penerokaan angkasa lepas terkini.

Oleh itu, ya, memang penghantaran Tesla Roadster bersama-sama Starman ke angkasa lepas ialah untuk berseronok-seronok. Tetapi pelancaran Falcon Heavy ke angkasa lepas ialah projek penerokaan angkasa lepas yang serius untuk perkembangan ketamadunan manusia.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s