Apa itu Cryptocurrency*?

*belum ada daftar kata Bahasa Melayu dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu sehingga tarikh tulisan ini diterbitkan.

Pendahuluan

Saya rasa, kemungkinan besar, anda telah pun mendengar istilah cryptocurrency, sama ada daripada pembacaan, perbualan, mahupun daripada taklimat skim-skim tertentu. Pastinya, anda juga sudah pun membina konsep umum tersendiri terhadap istilah cryptocurrency, sedikit sebanyak berdasarkan interaksi anda dengan sumber maklumat yang ada, anda ada idea umum bahawa ia berkait dengan dengan wang dan alam siber. Namun, sebahagian daripada idea tersebut mungkin betul manakala sebahagian lagi mungkin perlu diperkemaskan.

Saya sendiri pun, sebelum mengambil inisiatif untuk memahami cryptocurrency, mempunyai tanggapan negatif terhadap topik ini, terutamanya pada dua isu; 1) matawang digital yang digunakan penggodam dan penjenayah siber, 2) penglibatan skim ponzi. Walaupun kedua-dua isu tersebut tidak dapat dinafikan, namun, cryptocurrency tidak boleh didefinsikan dengannya. Sebaliknya, jika anda faham topik ini, anda akan takjub dengan pengaplikasian teknologi pengkomputeran dan idea kriptografi untuk membangunkan satu sistem matawang digital yang kompleks tetapi dinamik. Continue reading “Apa itu Cryptocurrency*?”

Advertisements

Berita Palsu: Industri Penipu Dunia Siber

Tahukah anda manakah antara berita berikut yang merupakan berita palsu?

Pada awal tahun ini, lagenda badminton negara, Razif Sidek meninggal dunia.

Bulan lepas, Bukit Aman mengeluarkan amaran berjaga-jaga terhadap kegiatan jenayah rogol dan penjualan organ di Bachok yang didalangi bekas pelajar UiTM Jengka.

Sekitar bulan Mei yang lepas, mesin teler automatik (automated teller machine, ATM) di seluruh negara tidak dapat beroperasi antara dua hingga tiga hari kerana serangan perisian tebusan WannaCry.

Sejak bulan November tahun lepas, pengurup matawang di Makkah dan Madinah tidak lagi menerima matawang Ringgit Malaysia.

Continue reading “Berita Palsu: Industri Penipu Dunia Siber”

Hero Ransomware Ditahan FBI

Pada bulan Mei baru-baru ini, dunia siber diancam oleh perisian tebusan (ransomware) WannaCry yang menyekat akses terhadap komputer, menyebabkan operasi organisasi-organisasi penting seperti Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom dan syarikat telekomunikasi gergasi Sepanyol, Telefonica, terjejas. Dianggarkan perisian tebusan ini mencapai lebih 200,000 mangsa daripada lebih 100 buah negara sebelum ancamannya berjaya dineutralkan oleh seorang lelaki warga Britain berusia 23 tahun, Marcus Hutchins.

Continue reading “Hero Ransomware Ditahan FBI”

Apa itu Kriptografi?

Tbzb tfeboh nfncbdb ufouboh lsjqsphsbgj

Bolehkah anda baca pernyataan di atas?

Jika boleh, tahniah, anda berjaya menyahsulitkan (decrypt) kod rahsia saya, hei, mungkin anda berbakat menjadi penggodam.

Jika tidak boleh, tak apa, memang itulah tujuan kriptografi (cryptography), untuk merahsiakan teks asal.

Kriptografi ialah kaedah menyimpan atau menghantar maklumat dalam bentuk yang hanya akan boleh dibaca oleh orang yang ditujukan sahaja. Istilah ini berasal daripada istilah Yunani, kryptos, yang bermaksud tersembunyi, dan –graphia, yang bermaksud penulisan.

Mungkin anda pernah dengar bahasa F di sekolah dahulu? Bahasa F ialah salah satu contoh kriptografi mudah.

Continue reading “Apa itu Kriptografi?”

Kenapa air laut masin?

Kenapa air laut masin?

Pernahkah anda tanya soalan itu? Saya rasa pernah, sekurang-kurangnya semasa anda masih kecil, masa rasa ingin tahu anda meluap-luap.

Saya sendiri pernah tanyakan soalan ini kepada ibu dan ayah saya ketika saya masih kecil. Dan saya diberitahu yang air laut rasa masin kerana di dalamnya ada garam.

Cuma, saya tak tahu kenapa rasa ingin tahu saya pada ketika itu sampai di situ sahaja, sedangkan, ada banyak lagi soalan susulan yang menarik, seperti;

Kenapa ada garam dalam air laut?

Kenapa sungai dan tasik tidak masin?

Bila difikirkan semula, ada baiknya saya tidak tanyakan soalan-soalan itu, susah pula ibu dan ayah saya terpaksa cari jawapannya. Masa itu bukannya boleh google jawapan!

Continue reading “Kenapa air laut masin?”

Adakah sistem penyaringan emel spam anda cukup sensitif dan spesifik?

Pernahkah anda dapati emel yang bukan spam dimasukkan dalam ruangan spam manakala emel spam pula sebaliknya? Situasi ini ialah ralat yang boleh berlaku pada apa-apa alat pengesan disebabkan beberapa faktor. Fenomena ini dinamakan sebagai palsu negatif dan palsu positif.

Bagi memahami apa itu pakai negatif dan positif, kita kena fahami dahulu prinsip yang digunakan oleh alat pengesan.

Continue reading “Adakah sistem penyaringan emel spam anda cukup sensitif dan spesifik?”

Kenapa ada dua fenomena air pasang dalam satu masa?

Tahukah anda, dalam satu-satu masa, ada dua fenomena air pasang berlaku di permukaan Bumi?

Satu di permukaan Bumi yang menghadap Bulan. Manakala satu lagi berlaku pada permukaan Bumi yang bertentangan.

Kita mungkin pernah dengar sebelum ini yang fenomena pasang dan surut adalah disebabkan oleh daya tarikan graviti Bulan ke atas Bumi.

Namun, jika fenomena tersebut cuma disebabkan oleh kesan tarikan graviti Bulan ke atas permukaan Bumi, sepatutnya, hanya permukaan yang menghadap Bulan yang akan mengalami fenomena air pasang. Oleh itu, pasti ada penjelasan lain terhadap fenomena ini. Continue reading “Kenapa ada dua fenomena air pasang dalam satu masa?”