Kenapa ada dua fenomena air pasang dalam satu masa?

Tahukah anda, dalam satu-satu masa, ada dua fenomena air pasang berlaku di permukaan Bumi?

Satu di permukaan Bumi yang menghadap Bulan. Manakala satu lagi berlaku pada permukaan Bumi yang bertentangan.

Kita mungkin pernah dengar sebelum ini yang fenomena pasang dan surut adalah disebabkan oleh daya tarikan graviti Bulan ke atas Bumi.

Namun, jika fenomena tersebut cuma disebabkan oleh kesan tarikan graviti Bulan ke atas permukaan Bumi, sepatutnya, hanya permukaan yang menghadap Bulan yang akan mengalami fenomena air pasang. Oleh itu, pasti ada penjelasan lain terhadap fenomena ini. Continue reading “Kenapa ada dua fenomena air pasang dalam satu masa?”

Advertisements

Kenapa Bulan tidak jatuh ke Bumi?

Ibarat Bulan jatuh ke Bumi.

Perumpamaan di atas bermaksud mendapat keuntungan yang besar. Mungkin kerana Bulan dilihat sebagai bebola bercahaya yang cantik, maka jika ia jatuh ke riba kita, kita akan memiliki satu objek yang sangat bernilai dan sukar dimiliki. Umpama batu geliga daripada perut naga, mungkin.

Cuma, sekiranya Bulan betul-betul jatuh ke riba seseorang, ‘keuntungan’ bukanlah perkara pertama yang akan kita fikirkan, sebaliknya, ‘kemusnahan peringkat global’. Dengan saiz dan jisimnya yang besar, kesan hentamannya pasti akan membawa kesan malapetaka yang boleh menyebabkan Bumi tidak boleh menampung kehidupan.

Tetapi jangan risau, sebenarnya, hampir mustahil untuk Bulan meninggalkan orbitnya dan menghentam permukaan Bumi. 

Kenapa?

Mari kita bincangkan dahulu sains di sebalik pengorbitan Bulan mengelilingi Bumi. 

Continue reading “Kenapa Bulan tidak jatuh ke Bumi?”

Projek Menjawab Bumi Rata

Bumi Rata

Untuk sesiapa yang belum pernah dengar tentang Bumi Rata, ia merujuk kepada satu hipotesis (dakwaan) yang menyatakan Bumi kita ini sebenarnya bukan berbentuk glob, sebaliknya rata. 

Di Malaysia, hipotesis ini dipercayai dan diterima oleh segolongan orang. Mereka lazimnya menafikan autoriti organisasi-organisasi yang berkaitan dengan kajian alam semesta, sama ada di peringkat antarabangsa mahupun dalam negara, umpamanya NASA, Jabatan Meteorologi Malaysia, dan… Bahagian Falak Jabatan Mufti negeri-negeri di Malaysia. Asas pada penafian mereka terhadap autoriti ini adalah organisasi-organisasi ini dipengaruhi oleh NASA.

Oleh itu, saya berhasrat untuk menjawab dakwaan-dakwaan mereka berdasarkan kaedah saintifik yang boleh diuji sendiri dan mengelakkan kebergantungan terhadap data-data daripada NASA dan seumpamanya. 

Continue reading “Projek Menjawab Bumi Rata”

Proxima B: Eksoplanet yang boleh didiami manusia?

Baru-baru ini satu kertas kajian telah diterbitkan berkenaan dengan penemuan sebuah eksoplanet (planet di luar sistem suria) yang mungkin boleh didiami manusia. Er, menyatakannya sebagai boleh didiami manusia adalah pernyataan yang agak keterlaluan. Namun data-data yang didapati ketika ini memberi isyarat yang positif dengan hipotesis kebolehan planet itu didiami.

Continue reading “Proxima B: Eksoplanet yang boleh didiami manusia?”