Berita Palsu: Industri Penipu Dunia Siber

Tahukah anda manakah antara berita berikut yang merupakan berita palsu?

Pada awal tahun ini, lagenda badminton negara, Razif Sidek meninggal dunia.

Bulan lepas, Bukit Aman mengeluarkan amaran berjaga-jaga terhadap kegiatan jenayah rogol dan penjualan organ di Bachok yang didalangi bekas pelajar UiTM Jengka.

Sekitar bulan Mei yang lepas, mesin teler automatik (automated teller machine, ATM) di seluruh negara tidak dapat beroperasi antara dua hingga tiga hari kerana serangan perisian tebusan WannaCry.

Sejak bulan November tahun lepas, pengurup matawang di Makkah dan Madinah tidak lagi menerima matawang Ringgit Malaysia.

Continue reading “Berita Palsu: Industri Penipu Dunia Siber”

Hero Ransomware Ditahan FBI

Pada bulan Mei baru-baru ini, dunia siber diancam oleh perisian tebusan (ransomware) WannaCry yang menyekat akses terhadap komputer, menyebabkan operasi organisasi-organisasi penting seperti Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom dan syarikat telekomunikasi gergasi Sepanyol, Telefonica, terjejas. Dianggarkan perisian tebusan ini mencapai lebih 200,000 mangsa daripada lebih 100 buah negara sebelum ancamannya berjaya dineutralkan oleh seorang lelaki warga Britain berusia 23 tahun, Marcus Hutchins.

Continue reading “Hero Ransomware Ditahan FBI”

Apa itu Kriptografi?

Tbzb tfeboh nfncbdb ufouboh lsjqsphsbgj

Bolehkah anda baca pernyataan di atas?

Jika boleh, tahniah, anda berjaya menyahsulitkan (decrypt) kod rahsia saya, hei, mungkin anda berbakat menjadi penggodam.

Jika tidak boleh, tak apa, memang itulah tujuan kriptografi (cryptography), untuk merahsiakan teks asal.

Kriptografi ialah kaedah menyimpan atau menghantar maklumat dalam bentuk yang hanya akan boleh dibaca oleh orang yang ditujukan sahaja. Istilah ini berasal daripada istilah Yunani, kryptos, yang bermaksud tersembunyi, dan –graphia, yang bermaksud penulisan.

Mungkin anda pernah dengar bahasa F di sekolah dahulu? Bahasa F ialah salah satu contoh kriptografi mudah.

Continue reading “Apa itu Kriptografi?”