Kenapa Bulan tidak jatuh ke Bumi?

Ibarat Bulan jatuh ke Bumi.

Perumpamaan di atas bermaksud mendapat keuntungan yang besar. Mungkin kerana Bulan dilihat sebagai bebola bercahaya yang cantik, maka jika ia jatuh ke riba kita, kita akan memiliki satu objek yang sangat bernilai dan sukar dimiliki. Umpama batu geliga daripada perut naga, mungkin.

Cuma, sekiranya Bulan betul-betul jatuh ke riba seseorang, ‘keuntungan’ bukanlah perkara pertama yang akan kita fikirkan, sebaliknya, ‘kemusnahan peringkat global’. Dengan saiz dan jisimnya yang besar, kesan hentamannya pasti akan membawa kesan malapetaka yang boleh menyebabkan Bumi tidak boleh menampung kehidupan.

Tetapi jangan risau, sebenarnya, hampir mustahil untuk Bulan meninggalkan orbitnya dan menghentam permukaan Bumi. 

Kenapa?

Mari kita bincangkan dahulu sains di sebalik pengorbitan Bulan mengelilingi Bumi. 

Continue reading “Kenapa Bulan tidak jatuh ke Bumi?”

Advertisements

​Lindungi rasional akal kita dengan skeptisisme

Perasan tak hari ini terlalu banyak maklumat yang menular? Saya sendiri pun rasa lemas dengan lambakan maklumat yang datang daripada pelbagai medium sosial, sampai tak tahu nak respon pada yang mana dahulu, dan nak respon apa? Nak kongsi? Nak komen? Nak tulis pos baru? Lebih-lebih lagi bila kawan-kawan lain masing-masing dah beri respon tersendiri.

Jadi, kita dah mula rasa tak nak ketinggalan, sekurang-kurangnya, kongsi pun jadilah, takkan lah maklumat ni salah kalau memang dah ramai orang kongsi, kan? Kan?

Continue reading “​Lindungi rasional akal kita dengan skeptisisme”

Projek Menjawab Bumi Rata

Bumi Rata

Untuk sesiapa yang belum pernah dengar tentang Bumi Rata, ia merujuk kepada satu hipotesis (dakwaan) yang menyatakan Bumi kita ini sebenarnya bukan berbentuk glob, sebaliknya rata. 

Di Malaysia, hipotesis ini dipercayai dan diterima oleh segolongan orang. Mereka lazimnya menafikan autoriti organisasi-organisasi yang berkaitan dengan kajian alam semesta, sama ada di peringkat antarabangsa mahupun dalam negara, umpamanya NASA, Jabatan Meteorologi Malaysia, dan… Bahagian Falak Jabatan Mufti negeri-negeri di Malaysia. Asas pada penafian mereka terhadap autoriti ini adalah organisasi-organisasi ini dipengaruhi oleh NASA.

Oleh itu, saya berhasrat untuk menjawab dakwaan-dakwaan mereka berdasarkan kaedah saintifik yang boleh diuji sendiri dan mengelakkan kebergantungan terhadap data-data daripada NASA dan seumpamanya. 

Continue reading “Projek Menjawab Bumi Rata”

Proxima B: Eksoplanet yang boleh didiami manusia?

Baru-baru ini satu kertas kajian telah diterbitkan berkenaan dengan penemuan sebuah eksoplanet (planet di luar sistem suria) yang mungkin boleh didiami manusia. Er, menyatakannya sebagai boleh didiami manusia adalah pernyataan yang agak keterlaluan. Namun data-data yang didapati ketika ini memberi isyarat yang positif dengan hipotesis kebolehan planet itu didiami.

Continue reading “Proxima B: Eksoplanet yang boleh didiami manusia?”

Kenapa biodiesel tidak sesuai untuk kenderaan?

Apakah itu diesel?

Diesel adalah sejenis campuran hidrokarbon (sebatian yang hanya terbentuk daripada atom hidrogen dan atom karbon sahaja) dengan komponen utamanya adalah heksadekana, C16H34. Diesel adalah bahan api yang boleh dibakar untuk menjana tenaga haba, satu contoh klasik penukaran tenaga kimia kepada tenaga haba. Tenaga haba itu kemudiaanya kita gunakan untuk melakukan aktiviti harian kita seperti menjana tenaga elektrik menggunakan mesin janakuasa seperti peniaga pasar malam, menukarkannya kepada kinetik seperti enjin kenderaan. Continue reading “Kenapa biodiesel tidak sesuai untuk kenderaan?”

Kronologi: Kes Pedofilia Richard Huckle

Pertengahan Jun 2016, media seluruh dunia gempar melaporkan kes jenayah pedofilia Richard Huckle. Lebih mengejutkan, Huckle telah menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi jenayah pedofilianya sejak tahun 2006 sehingga 2014. Huckle telah ditahan di lapangan terbang Gatwick pada 19 September 2014. Penangkapan dan pertuduhan terhadap Huckle tidak didedahkan pihak berkuasa kepada media sehinggalah bermulanya perbicaraan kes tersebut pada Jun 2016.

Di sebalik penangkapan Huckle, terdapat 1001 kisah penyiasatan yang terperinci dan penuh berdedikasi daripada pihak berkuasa beberapa buah negara dalam menjatuhkan satu jaringan penjenayah pedofilia di seluruh dunia. Artikel ini akan memaparkan kronologi siasatan yang telah didedahkan pihak Task Force Argos kepada media. Continue reading “Kronologi: Kes Pedofilia Richard Huckle”